Bereksperimen Dengan Betik Sekaki

Assalamualaikum. Bereksperimen dengan tanaman Betik Sekaki selepas berjaya keluarnya putik bunga dan menanam secara selingan di antara pokok Limau Nipis dan di kawasan halaman rumah. Bagi yang berminat nak dapatkan bekalan anak pokok Limau Nipis, sila hubungi saya 🙂 . Pokok betik sekaki atau dikenali juga betik Hong Kong biasanya mengambil masa yang lama untuk bercambah tapi berjaya cambah dalam masa seminggu. Dengan kaedah yang betul, betik sekaki dari biji benih sebiji buah berkualiti mampu mencecah <50 anak pokok betik sekaki.

Kebiasaan, pokok betik sekaki diterima ramai kerana pokoknya yang renek dan buahnya manis lagi rangup. Lagipun, betik sekaki yang saya cambahkan sendiri ambil masa 10 minggu mengeluarkan putik bunga. InsyaAllah tunggu hasil tuaian selepas ini.

Pokok betik sekaki juga ada berbeza jantina, tiga jenis bunga iaitu bunga jantan, bunga betina dan bunga dua jantina. Biasa pokok jantan kena dibuang selepas keluar putik bunga. Simpan buat apa 😀 .

Gambar diatas menunjukkan anak pokok betik sekaki yang disemai di tray saya pindahkan masuk kedalam polibag. Ini untuk bahan uji kaji, jadi tanah yang dimasukkan pun separuh dari polibag. Menggunakan kaedah takungan air, jadi dapat menjimatkan air. Ada la caranya :).

Seminggu kemudian, dari polibag berisi betik sekaki ditanam dikawasan lapang dan tiada teduhan. Pokok betik sekaki memerlukan pencahayaan yang cukup untuk membesar selain air.

Dan ini hasil eksperimen selepas tanam selama 10 minggu. Daun dan pokok membesar serta terhindar dari segala penyakit bawaan. Yang pasti buah berkualiti selari dengan penjagaan yang baik. Kalau berminat nak tanam betik sekaki dihalaman rumah anda, jangan lupa hubungi saya untuk dapatkan benih anak pokok betik sekaki ambil sendiri. Boleh?

Jangan lupa follow Instagram saya untuk lebih gambar, lebih gempak, lebih kah! 😀

Syahril Hafiz :Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (13)

      • salam encik sharil hafiz...macam mana sy boleh dapat kan anak benih betik sekaki ni..sy nak tanam di kampung

        • Wslm..maaf sekarang saya stop supply anak benih sebab tak sempat, sekarang sibuk dengan kebun. Kalau saya buka balik jualan anak benih betik sekaki, saya inform melalui emel dan artikel terbaru. Encik boleh langgan artikel blog ini melalui emel atau contact saya melalui emel

    • bukan projek pun ,sampingan je ni. test2 betik sekaki kaedah lain :)
      benih ni boleh dapat kat kedai biasa, tapi tak sesedap betik dari saya la, berminat bagitau, ambil sendiri :D

  • Assalamualaikum. Saya baru nak bermula menanam pokok betik dengan menggunakan biji benih betik dari buah betik yang tok saya bagi

  • Mau tahu bagaimana usaha tanam limau nipis dan pokok betik.

    Bagaimana bagi anak pokok dan nasihat cara penjagaan, apakah penyakit nya yang sering berlaku.