Cara Mudah Pembayaran Bil YES 4G Online

Alternatif pembayaran bil internet YES 4G secara online memudahkan pengguna seperti saya untuk bayar bil bulanan YES Unlimited FIZ. Tiada lagi alasan untuk culas membayar sebab semuanya mudah sekarang. Disebabkan saya menyatakan ianya mudah, malas nak ulas panjang, anda teruskan pembacaan dibawah. Nanti ada kelapangan masa sikit saya akan ulas secara ringkas penggunaan YES Unlimited FIZ ni selama saya dah gunakan di lain artikel, ramai sangat bertanya, teruskan melanggan artikel melalui emel. Senang 🙂

Samaada melalui online, kiosk YES atau kedai dealer YES, sama saja pembayarannya iaitu anda hendaklah mempunyai YES ID atau No Akaun untuk pembayaran bil. Saya akan kongsikan alternatif pembayaran bil YES 4G secara online ini dibawah.

Baca lagi :

Melalui Perbankan Internet

A) Bayar Bil YES Melalui CIMB Clicks

1) Klik pada tab Pay > Bills > Kemudian taip YTL Communications seperti gambar dibawah

*Untuk pengguna pelan YES Unlimited Fiz MSISDN Number masukkkan nombor telefon sendiri saja kerana YES FIZ tidak disertakan nombor berbanding pengguna pakej YES yang lain seperti Postpaid Plans

B) Bayar Bil YES Melalui Portal YES

1) Login ke portal YES > Klik pada My Account > Seperti gambar di bawah anda klik pada Bill Payment

2) Terdapat 2 pilihan pembayaran bil YES secara online disitu iaitu melalui Maybank2U dan Kad Kredit > Confirm payment untuk teruskan pembayaran.

DONE. Mudah bukan? Ada sebarang pertanyaan boleh komen dibawah. Tapi pastikan anda skrol dahulu komen sebelumnya untuk persoalan anda yang mungkin sudah terjawab 🙂


Disebabkan contest SEO Malaysia Best Blog 2015 masih lagi berlangsung, apakata anda lungsur terus ke artikel tersebut untuk memberikan sokongan positif kepada peserta yang menjayakan pertandingan Pakar SEO terhebat untuk tahun 2015 ini.

This post was last modified on February 23, 2017 7:07 pm

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (35)

1 2