Bila Artikel Diterjemahkan Bahasa

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Pentingkah jika artikel itu dicampur adukkan dengan bahasa-bahasa “baku” kita. Untuk pengetahuan anda semua, Google translate terjemahkan bahasa Malaysia dalam blog ini ke Bahasa Inggeris boleh dikatakan not bad juga la. Sebabnya “korang” Google translate ini tidak dapat mengesan bahasa yang sering kali kita guna kepada bahasa antarabangsa. Jadi anda, kamu, saya amatlah sekali sesuai digunakan kalau anda target pembaca di luar sana membaca juga.

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jadi kalau diikutkan, sekiranya penulisan dalam blog, di pertingkatkan lagi dengan penulisan cekap dan terbaik diiringi pembacaan yang lancar. Insyaallah blog anda mampu menjadi medan info bagi pencari maklumat diluar sana. Penggunaan tatabahasa itu la yang penting.

Agak kelakar la bila, bahasa Malaysia dicampur rojak dengan Bahasa Inggeris. Saya ini pun tak la 100% fasih berbahasa Inggeris, tapi seperti Mohd Isa cakap, ” Guna Microsoft Word untuk perbaiki skill grammar kau”. Jadi betulkan apa yang dia cakap, penggunaan bahasa Inggeris jika kita nak ambil langkah awal menulis blog dalam BI, apakata kita cuba MS Office ini. Perlu diingatkan perisian sumber terbuka masih kekal dihati saya.  :love:

Gambar diatas menunjukkan artikel yang lepas di terjemah ke Bahasa Inggeris. Typo tu tidak la banyak sangat, tapi saya akan cuba perbaikinya sebaik mungkin. Skema sangat ayat, orang pun tak nak baca.  🙂

Lagipun, Bahasa Malaysia kan, bahasa jiwa bangsa kita. Nak memartabatkan bahasa bukan senang cakap tapi nak pratik pula susahnya. Perlu la tanam sifat cintakan bahasa kita seperti Jepun yang menggunakan bahasa perantaraan mereka, sedangkan kita terkial-kial dalam dunia dwibahasa ini. Pentingnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seperti saya sebagai seorang mahasiswa.

Sudah menjadi adat, kalau misi kita terbatas nak capai sesuatu itu sahaja. Mari mengorak langkah lebih mendalam untuk ketahui sejauh mana kita mampu memikul tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang berwibawa. Samaada “kau buat kerja kau” atau “ berganding bahu menjayakan Wawasan 2020“. Diakhiri, jom la cuba Google translate ini menterjemahkan bahasa blog korang. Make fun with life. Wassalam.

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (15)

  • jangan guna terlalu banyak shortform..jadi orang nak baca pun selesa dan senang nak faham kan.. hehehe

  • agak kelakar juga bila ditranslate..lagipun Google hanya translate perkataan yang biasa je..even dari English ke Melayu pun teruk juga terjemahannya..

  • bahasa Melayu agak payah untuk ditranslate kalau berhubung kait dengan tenses dalam bahasa Melayu. Contohnya macam 'sudah' dan 'akan'.

  • Aku banyak kali juga guna google translate ni
    tapi kena edit balik la ,sebab ada perkataan tak diterjemah sepenuhnya

  • Google tak cukup ilmu nak translate la.. Sebab tu kalau adsense pun blog bahasa melayu dorang tak boleh nak accept lagi. Dorang x mahir lagi tu.. Tunggang terbalik jadinye..

  • Kita sendirilah kena berusaha untuk memartabatkan bahasa kita.Apabila saya membuat kajian di internet,saya dapati kebanyakan blog atau laman web yang khusus tentang buah pinggang ni semuanya berbahasa inggeris.Jadi atas dasar itulah saya berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan satu blog khusus tentang buah pinggang berbahsa melayu bertujuan untuk cuba menyayaingi blog-blog bahasa inggeris tersebut.

  • Dulu aku cuba guna GT utk translate blog Mandrin.. byk silap laa.. (Member cina aku cakap lah).. :D

1 2