Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Borang Bantuan Tunai RM500 kini mula diedarkan secara percuma mulai tarikh 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia boleh didapati di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Anda boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut senarai lokasi cawangan BR1M mengikut lokasi negeri masing-masing.

Syarat Permohanan BR1M

Syarat Asas :

  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah berpendapatan kasar RM3000 dan ke bawah sebulan

Dokumen Wajib :

  • Borang Pendaftaran BR1M
  • Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera
  • Salinan Gaji

Jika anda penerima bantuan e-Kasih, anda layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia.

Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah

Dari sumber Mekanisma BR1M, bantuan ini diberikan kepada ketua keluarga atau ketua isi rumah. Ianya merangkumi indidu yang berkahwin, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara. Ilustrasi dibawah penerangan bagaimana anda layak untuk memohon BR1M

Maklumat lanjut anda boleh hubungi talian hotline Bantuan Rakyat 1 Malaysia 1-800-222-500 atau lawati laman web LHDN atau Treasury.gov.my. Diharapkan cara tuntutan Bantuan Tunai RM500 dimanfaatkan bersama jikalau anda mempunyai sanak saudara, jiran, dan sahabat yang memerlukannya. Terima kasih kerajaan Malaysia 🙂

Kemaskini 1 : Borang Bantuan Rakyat Satu Malaysia 2014 ( BR1M 3.0 ). Klik sini.

Kemaskini 2 : Sila layari laman web Bantuan Rakyat  1 Malaysia 2015 ( e-BR1M 2015 ) untuk kemaskini maklumat semasa anda.

This post was last modified on December 5, 2014 11:50 am

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (22)

1 2