Panduan Beli Barang China Secara Online – Step By Step

Kisah niaga beli borong barang dari China ni modal minima selalunya kalau nak start up niaga sekitar RM 1000 ke RM2000. Untung lumayan kalau dropship!

Semua orang boleh berniaga, tapi belum tentu dalam masa 3 tahun pertama mampu bertahan. Peringkat inilah orang bisnes panggil Fasa Survive. Mau tak mau kena ikat perut untuk teruskan perjuangan dalam dunia perniagaan.

Ada yang terlingkup, tersungkur, terbankrup terus akibat tidak ada mentor dan main “tala” je dalam berniaga. Ingat dalam masa 6 bulan kalau berniaga tak menampak hasil, tutup company, tutup cerita. Buka muka buku baru dengan projek lain. Sekurangnya, modal berniaga RM 2000 untuk start up niaga tak terbakar tangan terus.

Fasa permulaaan ini lah fasa penat lelah kita. Kitalah kuli kitalah boss.!

Fasa-fasa perkembangan bisnes:

FASA 1: Kita bekerja sorang-sorang memulakan bisnes. Kita memilih produk ataupun servis apa yang mahu ditawarkan kepada bakal pelanggan. Kita memilih partner-partner. Kita mengeluarkan duit yang diperlukan sebagai modal. Kita mendaftarkan bisnes kita. Kita dalam fasa survival.

FASA 2: Bisnes kita sudah menampakkan tanda-tanda dapat survive. Jualan sudah mula masuk. Terbukti produk dan servis kita memang ada pasarannya. Tingkah-laku dan kemahuan pelanggan pun sudah mula nampak jelas.

FASA 3: Bisnes kita mula berkembang. Permintaan mula naik. Jualan mula meningkat. Tetapi itu berlaku hasil kita yang bekerja kuat. Kita yang sebenarnya membawa duit masuk. Kalau kita tidak bekerja, duit tidak masuk.

FASA 4: Bisnes kita sudah mempunyai orang-orang key-persons. Dalam fasa ini kita gunakan duit keuntungan bisnes bagi ‘membeli orang’.

Dalam syarikat kita sudah ada:

+ Key-person yang menjaga kewangan.
+ Key-person yang menjaga pemasaran dan jualan.
+ Key-person yang menjaga operasi.
+ Key-person yang menjaga pentadbiran dan kakitangan.

FASA 5: Bisnes kita sudah berjalan sendiri. Kita tidak perlu lagi bekerja kuat. Sistem-sistem dan SOP-SOP sudah digunakan 100%.

Kredit : Facebook Puan Ainon Mohd 

Dah nampakkan peringkat yang perlu orang niaga perlu lalui. Bukan buat loan RM 200K terbakar tangan sibuk OEM produk sendiri sedangkan anda sendiri boleh cari yang lebih baik iaitu borong barang dari China contohnya.

Kredit gambar : Faiz Sufi

Persoalan Sekarang Mahukah Anda Bermula Niaga Letak Barang Depan Mata Orang Dah Paham?

Jalan terus Sabil !

Gambar atas ni salah seorang kawan baik adik saya. Dulu saya bekerja dengan orang tuanya, sekarang anak dah boleh handle perniagaan NIAGA JALANAN! Salute!

Niaga jalanan ni best sebab mampu asah skill anda menjual, saya dah terlibat dengan jual barang borong dari China secara terbuka di pasar malam. Tahu la sambutannya amat menggalakkan. Sebab apa, harga mampu milik! Orang tak banyak songeh sudah sebab dah tahu ini barang apa yang dijual.

Niaga barang borong dari China ni modal minima selalunya kalau nak start up niaga sekitar RM 1000 ke RM2000. Baru berbaloi untuk borong. Kemudian ikut anda la samadaa mahu buka untuk agen dan dropshipper sekiranya nak tambah lagi channel niaga selain tapak di jalanan contoh pasar malam.

Nak cari barang niaga untuk diborong dari China pula, kalau boleh cari yang barang bermusim dan sentiasa ada permintaan sedia.

Contoh la saya bagi. Barang bermusim seperti Action Camera, VR Box ( ini saya ada jual online, sila rujuk Instagram saya ye kalau berminat nak beli 😀 ) , dan lain – lain.

Barang sentiasa ada permintaan seperti radio usb, spotlight, cable charger, mainan, baju bayi dan barangan bayi ini adalah salah satu, anda letak je barang di pasar malam , mesti ada yang membeli. Barang begini sentiasa ada demand maa, orang je tak nampak 😀

Jadi, dah berkira – kira nak mula niaga? Modal tak banyak keluar, loan tak payah apply, guna ada di tangan saja.

Dropship Pun Boleh. Tak Perlu Pegang Stok Pun

Jika anda pandai mengambil peluang yang ada untuk tambah sumber income sekarang, tak perlu pegang stok pun. Salah satunya anda dropship barang yang tengah TRENDING seperti kasut, baju, bag atau pun barang streetwear. Ini semua boleh buat duit secara online.

Saya sekarang pun sedang buat apa yang diajar, dan mencari sumber kedua dari pendapatan sekarang. Nak tak nak je orang kata.  Jadi….

Saya rekemen anda membaca Panduan Import Beli Barang Dari China Secara Online sekarang ! Kerana apa, pelaburan anda hari ini mungkin menjadi titik tolak perubahan hidup anda sebagai batu loncatan niaga start up Borong Barang China. Panduan ini umpama anda dropship. Tak perlu pegang stok, hanya order melalui online anda akan dapat barang.

SEKEJAP! Yang bestnya ada 3 buah Ebook Bonus lagi bernilai RM XXX diberi PERCUMA iaitu Panduan Meledakan Jualan Menggunakan Fanpage, Kajian Kes – Sports Armband Untuk Smartphone dan 8 Tips Emas Kejayaan Bisnes Borong Orang Cina .

SAYA NAK PANDUAN IMPORT BARANG CHINA SECARA ONLINE !

This post was last modified on May 19, 2017 11:25 am

" Syahril Hafiz : Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis."

Lihat Komen (14)

  • kadang-kadang kita tulis atas kertas tu dah cantik dah..tapi bila tiba nak buat tu, baru tahu asam garam dia..itulah bisnes.

    • yep, bersusah susah dulu, bukan senang nak senang.
      borong barang dari china kalau tak tau cara pun satu hal
      nasib ada panduan ni, boleh membantu

  • Mmg penting tu.. berniaga letak barang, org boleh paham dan berminat utk tahu dan membelinya... Itu juga faktor utama bisnes tu akan survive atau sebaliknya..

  • Susun barang atas meja jualan, dan prospek dah boleh tau apa sebenarnya fungsi barang tu. Tak perlu nak terangkan lebih-lebih. Bagus idea ni :D

    • Ha ah, saya dok bantu kawan yang meniaga pasar malam macam tu. Nak explain pun tak banyak. sebab masing2 barang letak depan mata ni orang dah paham apa fungsi dan kebaikan dia. Cuma kita kena 'goda' pelanggan je supaya membeli.. :)

  • kena susah dulu.

    baru senang kemudian.

    masalahnya, orang kita ni..buat startup..dapat projek banyak, dapat duit banyak..mula lupa diri.

    tu yang aku nampak sekarang.

    laju naik, laju gak depa turun.

    last, last..ilang entah ke mana.