Buka Files dan Folders Sebagai Administrator Dari Right Click Context Menu Di Ubuntu 11.10

Jika sebelum ini kita sudah terbiasa membuka file dan folder yang memerlukan ianya dibuka sebagai root atau as administrator menggunakan command sudo su di terminal. Kali ini saya akan tunjukkan alternatif lain bagaimana anda hanya perlu right click pada context menu untuk jalankan file dan folder sebagai administrator atau root dari nautilius context menu di Ubuntu 11.10. Ianya cukup mudah dan senang untuk jalankan sebarang file dan folder yang perlu run sebagai root.

Pertama sekali apa yang perlu anda lakukan, install nautilus-gksu > buka terminal > masukkan command dibawah

sudo apt-get install nautilus-gksu

Selepas install nautilus-gksu, taip/paste command dibawah

sudo cp /usr/lib/nautilus/extensions-2.0/libnautilus-gksu.so /usr/lib/nautilus/extensions-3.0/

Kemudian, log out dan login semula untuk perubahan. Anda akan dapat lihat seperti gambar diatas Open as administrator jika right click context menu pada mana – mana files dan folders. Masukkan password jika diminta. Selamat mencuba, dengan ini senang la kerja sikit 🙂

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (9)