Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online

Genap sebulan lebih saya menggunakan pelan Digi Broadband, dan setakat ini menggunakan perkhidmatan internet dari telco Digi tidak pernah mengecewakan. Saya akan review pasal Digi Broaband ini pada artikel akan datang yer, segala detail dan speedtest serta berbaloi ke tak melanggan internet Broadband Digi ini saya akan ulas kemudian. 🙂

Pelbagai cara mudah pembayaran bil Digi ini samaada online ataupun bayar di kaunter/kiosk Digi. Tiada lagi alasan untuk culas membayar sebab internet hari ini saya rasa dah satu keperluan kan?

Pembayaran Digi secara online yang saya gemar adalah menggunakan aplikasi MyDigi. Sebab apa di dalam aplikasi MyDigi ini anda nak semak penggunaan kuota bandwidth, bil semasa, baki kredit, nak topup internet semua ada dalam satu aplikasi. Sangat memudahkan pengguna dengan hanya satu klik.

Muaturun Aplikasi MyDigi : Apple Store l Google Playstore

Baca Lagi :

Melalui Aplikasi MyDigi

1) Bayar Bil Digi Online Menggunakan Aplikasi MyDigi

Anda hanya perlu muaturun aplikasi berkenaan di pautan yang berikan diatas, kemudian tonton video yang sudah saya sediakan dibawah ;

Melalui Perbankan Internet

1) Bayar Bil Digi Melalui CIMB Clicks

Klik pada tab Pay > Bills > Kemudian taip Digi seperti gambar dibawah

2) Bayar Bil Digi Melalui Maybank2u

Klik pada tab Accounts & Banking > Bill Payment > Make a one-off payment > select di senarai Broadcasting & Telecommunications > continue DiGi ( Pospaid ) seperti gambar di bawah

Mudah dan cepat bukan nak bayar bil Digi secara online? Kalau ada pertanyaan sila komen dibawah. Jangan lupa kongsikan artikel ini untuk manfaat bersama.

This post was last modified on July 23, 2017 9:50 am

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (6)

    • tak boleh cik.. kena ada :)
      boleh je bayar kt pejabat pos atau mana2 kedai telco digi nak bayar bil

  • Aku dah bertahun2x pakai dari prepaid tukar postpaid.. skrang maju skit dah ada digi app.. senang bayar terus kat situ.. dapat notification pun cepat dari digi tanda kita dah bayar.

    • betul tu. Dulu bukan main susah nak langgan internet ke apa ke, sekarang ada app MyDigi ni semua boleh check

    • ada banyak cara nak bayar bil lagi. tapi select yang paling senang nak guna dan selalu guna je