Cara Install WhatsApp Messenger Di iPad & iPod

Atas permintaan saudara Fariq, saya akan tunjukkan cara install WhatsApp Messenger di iPad atau iPod anda, sekali tutorial semoga bermanfaat untuk semua. Bagi yang belum mencuba install tweak Cydia yang menarik untuk iOS 7 anda, rujuk sini. Pengguna iPad atau iPod yang ingin menggunakan WhatsApp di peranti mereka jangan risau, sebab cara install WhatsApp ini sangat mudah untuk diikuti.

Cara Install WhatsApp Messenger Di iPad & iPod

Install WhatsApp Bagi Pengguna iPad/iPod Tanpa Jailbreak

Cara install WhatsApp ini memerlukan ;

1. Install iFunBox terlebih dahulu ( www.i-funbox.com )
2. Pinjam iPhone rakan anda atau anda sendiri ada iPhone yang sudah diinstall WhatsApp.
3. Lihat video yang disediakan oleh Redmond Pie dibawah.

Install WhatsApp Bagi Pengguna iPad/iPod Jailbreak

1. Muaturun WhatsApp.ipa di AppCake ( iphonecake.com )
2. Install WhatsPad di Cydia.
3. Install iFunBox. Cucuk iPad/iPod anda di komputer. Kemudian klik pada User Application.
4. Klik pada tab Install App di bahagian menu bar dan install WhatsApp.ipa yang anda sudah muaturun tadi.

Selamat mencuba! Simple ABC. Bagi pengguna Jailbreak, kalau nak install WhatsApp ada masalah, install AppSync for iOS 7 dan ulang semula langkah no 3.


Jom sertai Contest SEO Malaysia Best Blog 2015. Wang tunai sebanyak RM 1500!

This post was last modified on February 17, 2015 8:24 pm

" Syahril Hafiz : Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis."

Lihat Komen (23)

1 2