DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil

Cara menukar air radiator kereta secara DIY tanpa perlu ke bengkel. Sebenarnya ada cara mudah untuk kita jimat wang servis kereta ni. Ada sesetengah perkara kita boleh lakukan sendiri dengan kemahiran yang ada tanpa bantuan pihak ketiga.

Tapi kalau anda rasa, untuk Do It Yourself cara tukar air radiator pun susah dan tiada masa. Bengkel dan bantuan “pomen” adalah jalan penyelesaiannya. Lagipun lagi mudah dan cepat.

Kebiasaan kalau part – part minor untuk servis kereta ni saya akan lakukan sendiri, kekadang je rasa sibuk sedikit, tukar minyak enjin pun buat di kedai bengkel dengan upah antara RM 40 – RM 80 bergantung atas tokey kedai. Minyak pelincir enjin kereta sentiasa guna minyak hitam XRA Power. Beli oil filter, upah “pomen” buatkan je. 🙂

Okeh.. cara menukar air radiator kereta ini saya lakukan keatas kereta Kancil. Rasa kalau kereta lain pun lebih kurang sama je drain plug tu ada dimana. Kena pandai cari rasanya, tunduk sikit kepala kat bawah kereta, dah jumpa.

Bahagian – bahagian yang dinyatakan, saya ada terangkan didalam video dibawah. Teruskan menonton.

Bahagian penting tukar air radiator kereta.

1. Buka penutup radiator
2. Buka drain plug (skru untuk buang air)
3. Tunggu air karat keluar sampai habis
4. Tutup drain plug ( pastikan getah dalam keadaan baik )
5. Isi air kosong/ air tapis
6. Start enjin dan tunggu
7. Tutup kembali penutup radiator

Harap dengan penerangan dan info video diatas tentang cara menukar air radiator kereta kini lebih mudah. Nak guna coolant? Terpulang.. sebab untuk kereta Kancil ni tak payah guna pun tak apa, sebab bukan heavy car.

Jika ada yang saya tertinggal diatas, anda boleh komen dibawah untuk perkongsian bersama. Kereta overheat dan temperature naik kini tiada masalah lagi. Kena sentiasa check air, radiator, minyak enjin dan kipas. Anda boleh memandu dengan hati senang ! 🙂

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (23)

1 2