ClipGrab – Download dan Convert Video dari Youtube Di Ubuntu 11.10 Dengan Mudah

Selain Gmediafinder, Minitube dan CaC, ClipGrab merupakan sebuah perisian percuma untuk memuaturun dan convert video online seperti Youtube, Vimeo, DailyMotion dan laman – laman web video lain dengan mudah. Sama seperti perisian lain, file format yang disediakan untuk convert sebelum muaturun adalah MPEG4, WMV, OGG Theora, MP3 dan OGG Vorbis (audio) . ClipGrab juga boleh digunakan untuk memuaturun HD Video bagi laman yang menyokong video high definition seperti Youtube dan Vimeo.

Cara install ClipGrab di Ubuntu 11.10

1. Buka terminal > taip PPA dan command dibawah

sudo add-apt-repository ppa:clipgrab-team/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install clipgrab

2. Selepas proses install selesai, pergi ke > Internet > ClipGrab

ClipGrab – Youtube downloader paling simple pernah saya cuba selain Minitube. Selamat mencuba! 🙂

This post was last modified on November 29, 2011 11:57 pm

" Syahril Hafiz : Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis."

Lihat Komen (27)

1 2