Mari Fahami Apa Itu GST

1 April 2015 sistem percukaian baru di Malaysia iaitu Goods And Services Tax (GST 6%) atau Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP) dilaksanakan menggantikan cukai lama sebelum ini iaitu Sales And Services Tax (SST 10% – 16%).

Riuh rendah rakyat Marhaen mengemaskini status terkini masing – masing di media sosial mengenai GST ini. Ada yang upload resit dan ada yang buat aduan terus ke KPDNKK berkenaan status barangan yang dinaikkan tanda harga sesuka hati. Paling banyak aduan pasal topup kena caj GST 6% dari Telco Malaysia tu ler. Simple tips dari saya ;

Nak senang kan kita, katakan barangan yang kita hendak beli kena cukai GST 6%, minta resit rasmi ada GST ID. Tak ada jangan bayar, laporkan terus aduan secara online ataupun hotline KPDNKK 1800-886-800.

Mari Kita Hadam Satu Persatu Dengan Memahami Apa Itu GST?

1) Pertama sekali teliti pada resit pembelian. Harap gambar dibawah membantu

Pastikan resit ada GST ID. Bukan semua barangan dikenakan cukai GST. Hanya barangan bertanda ‘S’ saja yang dikenakan GST. Barangan bertanda ‘Z’ dikecualikan GST 6 %

Related Post

2) Carta alir GST dari pembekal, pengilang dan pengguna akhir. Kredit gambar – GST Realiti Sebenar 

3) Download ebook dari KPDNKK berkenaan panduan harga pengguna dan GST. Klik pada pautan terus – http://ebook.kpdnkk.gov.my

4) Mari baca teori GST 6% Malaysia dari status Facebook Matrodi.

 

Dah faham? Belum faham sepenuhnya, boleh baca di blog rakan blogger Denaihati – GST realiti sebenar.

Dengan sistem percukaian GST di Malaysia, peniaga khususnya kena lebih telus dengan perniagaan mereka. Dan kepada pengguna anda seharusnya lebih – lebih teliti dengan GST dan bajet perbelanjaan seharian.

Nak tambah pendapatan? Nak cari side income? Klik salah satu link dibawah. Harap membantu!

  1. Rahsia Tingkatkan Jualan Anda
  2. Rahsia Jana 5 Angka Di Facebook
  3. Rahsia Facebook Lubuk Duit
  4. Rahsia Jana 4 Angka Sebulan Di Instagram
  5. Teknik Master Dropship Tanpa Modal

This post was last modified on April 2, 2015 8:05 pm

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (15)

  • Yang susah nak difahami tentang GST ni ialah, walaupun kutipan dia berjuta-juta, minyak tetap naik harga, tol naik harga, tambang tetap naik harga, semua naik harga la

  • GST tidak boleh dielakkan lagi. Cuma sesal dengan sikap peniaga yang tidak jujur menaikkan harga sewenang-wenangnya.

    • Baru tengok berita tadi, kalau kita sebagai pengguna komplen harga dinaikkan sesukahati/sewenangnya boleh buat aduan dan pihak ni boleh kena kompoun banyak gak dalam RM100k (individu) & RM500k (syarikat)

      • kalau peniaga kenakan GST (walaupun dia x bayar GST), mungkin peniaga boleh dikenakan tindakan.

        masalah tindakan tak boleh dikenakan ke atas sekiranya peniaga menaikan harga jika barang tersebut bukan barang kawalan.

        • betul tu, dah nampak perubahan ketara dari segi harga bila GST dilaksanakan. Bukannya SST dibuang, add on 6% lagi ada lah. #OhMalaysiaku

  • Tadi Aya pergi beli pampers anak. Dari harga RM38 ..dah jadi RM45.. tingginya naik.. huhu.. lps tu 6% GST lagi.. mmg peniaga ambil peluang naikkan harga barang..huhuu

    • Biasa time macam ni peniaga nak ambil kesempatan, ala tengok trend minyak sebelum ni lah, konon harga minyak naik harga barang pun automatik naik. Ek

  • kadang kadang pelik juga ada yang emosi dengan GST ni, x suka dengan pihak "kerajaan" itu pilihan masing masing, tetapi jangan lah pula sampai x nampak tujuan kebaikkan GST itu sendiri seolah olah sebelum GST ni langsung xda cukai

    • Rakyat marhaen sapa tak kenal..haha . Sendiri tak paham lagi flow GST macam mana, perasan knowledge dah 100% paham :D

    • Kan..yang ada SST sebelum ni pun rasa dah markup harga profit gila2..lepas tu add 6% value..oh Malaysiaku.. kerajaan kena didik, buat kempen yang orang tak paham, memang mengarut

  • GST secara teorinya boleh membantu negara dan rakyat tetapi pelaksanaannya lemah. Banyak benda jadi keliru dan dikelirukan. Sebagai contoh : susu bayi tidak dikenakan GST tetapi kenapa diletakkan simbol "S".huhu..pendapat jer nie.

    • oh ye ke ada simbol 'S". Mean ada peniaga yang ambil kesempatan la ni. Buat permulaan aku rasa memang payah Kastam dengan KPDNKK nak tangani semua ni. Harap rakyat membantu bagi report baru jalan :)

Jom Baca Lagi: