Pengguna DiGi Best Prepaid? Bagus sebab anda dah jumpa cara untuk aktifkan plan DiGi Super Long Life 365 hari dengan menekan *128*1*7*3# . Untuk aktifkan, pengguna lama pelan ini harus menaiktaraf dulu ke pelan DiGi Best Prepaid v4 dengan menekan butang *128*1*4# untuk guna perkhidmatan kredit tamat tempoh satu tahun.
Penting ke? Ya, bagi saya untuk peniaga online perlu juga melanjutkan pelan tamat tempoh kredit sebab setahu saya, jual beli peniaga terutama di Instagram contohnya banyak melibatkan aplikasi permesejan sosial seperti WhatsApp, Telegram dan LINE. Dan SMS selalu dilupakan sampai kredit luput, lupa topup 😛 ( dah kena, buat bisnes online jual susu kambing segar, selalu lupa ).
Yang menarik saya suka extend validity ( tamat tempoh ) prepaid ni senang, tak payah pikir nak topup 3 4 kali sebulan. Berbekal 365 hari DiGi Prepaid Super Long Life topup sekali guna dalam tempoh setahun tanpa sebarang masalah.
Nak guna internet beli je langganan data untuk sebulan atau guna basic internet 64kbps tu.. DiGi Internet bagi saya still lagi murah berbanding telco lain. Yang unlimited kuota data pun dah ada untuk plan DiGi ni, tapi postpaid 😀 .
BACA : Apa itu GST 6% ?
Telco lain seperti Maxis dan Celcom boleh juga aktifkan pelan kredit tamat tempoh 365 hari, tapi anda GOOGLE lah sendiri, sebab saya dah bertukar dari Altel ke DiGi. Sebabnya internet murah sikit.. Itu je kot sebabnya, Altel punya pelan kalau ada 365 hari dah lama aktif.
Gambar & Video Cara Aktifkan DiGi 365 Hari
Nak bagi senang pengguna, saya sediakan dalam bentuk gambar. Mudah (Klik gambar untuk besarkan) .
Untuk langgan DiGi Best Prepaid Super Long Life 365 Hari ini anda kena ada sekurang – kurangnya baki kredit sebanyak RM40.00 untuk aktifkan pelan tersebut.
Nak mudahkan anda lagi saya sediakan video dibawah. Jangan lupa SHARE artikel ni jika bermanfaat ya ! )
Nk buat ni pakai Pelan yg mana.. Ke Pelan sy guna skrg boleh extend sehari je.. Lol
haha, kena tukar ke plan seperti saya nyatakan kat atas. Lain pada pelan ni tak semua dapat validity expired 365
woah so good
ni plan yg terbaru?
Tak.. plan sedia ada, cuma tak semua plan boleh buat 365 hari long life expired date DiGi ni 🙂
Digi Prepaid Best P2P 2016 tu okay ka? Dh tertekan. Sebelum ni guna v2. Haih hmm, tolong please.
call DiGi careline nak tukar ke plan asal.
Number?
mcmmana nak tukar ke plan asal ek? menyesal betukar tukar plan hmmmm ? andulu pakai plan easy prepaid lpstuk digi live lpstuh tuka balik ke best . macamna nak tukar ke easy prepaid baru ek ? sebab digi best dibuddyz tapi tetap tarik reload saya ?
Call DiGi Helpline untuk bantuan, no dia saya dah kongsi di komen sebelumnya. TQ 🙂
sy guna digi smart prepaid ada cara x nk buat servis long life ni?harap dapat tlg la sbb lama dh cari ni
boleh masuk kod macam diatas, kalau tak boleh kena tukar plan dulu. Boleh call Hotline DiGi
Macam mane nk call Hotline Digi?
DiGi Helpline 016 221 1800
saya skrg pakai digi new best v2 and nak tukar kepada digi best boleh ke ? macam mana ye ? sebab kalau v2 super long life setahun rm68 . mahal sangat
ha ah, bergantung pada plan. yang ni masih murah
saya skrg pakai plan digi new best v2 , tapi saya nak tukar plan kepada digi best . boleh ke ? macam mana ye nak tukar ?
ikut step macam saya bagi tu, kalau tak dapat call hotline Digi cakap nak tukar plan
skrg package ni rm38 utk setahun…
Xde pun,cuma yg ada aktif sebulan je..
Boleh lagi ke buat super long life ni… sbb baru nk cuba buat, tapi tkde no 3 tu..
*128*7 lepas tu ade pilihan 1 dan 2 sahaja…
cuba step by step dengan *128# dulu, kemudian cari akaun
Dah dapay buat… call dgi careline… kena upgrade ke v4…
Ape2 pun tq sangat atas info…
oh…ok..sama2 🙂
Wahh.,. Trima kasi.. info baru nie. hehe
Sama bro pakai DIgi tapi pakai Postpaid hehe. 48 sebulan. 😀
sekarang guna Celcom dan Maxis..akan datang bertukar pulak ke Bestmobile untuk jana pendapatan..
guna dan jana duit..hu..hu..
Itu yang kita mahu, secara tak langsung boleh tahu apa masalah user setiap hari dan ada yang boleh dijadikan testimonial 🙂
Sedih betul dengan telco negara kita ni. Sudahlah servis tahap cap ayam… songehnya melebih-lebih pula. Dah tu, GST pulak!
cap ayam tu setuju! kalau mansuhkan rugi 800 juta kalau mansuh GST topup. heh
Bro, boleh lagi ke? Aku baru nak buat ni. Tapi tak ada pulak pelan v4. Yg ada v2. Aku punya skang v3.
call hotline DiGi untuk upgrade plan.
Tiap2 bulan topup digi.. sebab nak aktifkan data internet .hehe.. terima kasih kenalkan tips ini..
aktif je super long life tak payah pening lepas ni 🙂
Bos, Ada kuota ke x ni??
Plan untuk aktifkan ni bukan untuk internet, tapi untuk panjangkan tempoh sah baki kredit tu je sampai setahun.
Kawan..adakah untuk mngaktifkan plan ni akan dikenakan kredit ??
good sharing kpd pengguna2 digi..