Cara Aktifkan Pelan DiGi Super Long Life 365 Hari

Pengguna DiGi Best Prepaid? Bagus sebab anda dah jumpa cara untuk aktifkan plan DiGi Super Long Life 365 hari dengan menekan *128*1*7*3# . Untuk aktifkan, pengguna lama pelan ini harus menaiktaraf dulu ke pelan DiGi Best Prepaid v4 dengan menekan butang *128*1*4# untuk guna perkhidmatan kredit tamat tempoh satu tahun.

Penting ke? Ya, bagi saya untuk peniaga online perlu juga melanjutkan pelan tamat tempoh kredit sebab setahu saya, jual beli peniaga terutama di Instagram contohnya banyak melibatkan aplikasi permesejan sosial seperti WhatsApp, Telegram dan LINE. Dan SMS selalu dilupakan sampai kredit luput, lupa topup 😛 ( dah kena, buat bisnes online jual susu kambing segar, selalu lupa ).

Yang menarik saya suka extend validity ( tamat tempoh ) prepaid ni senang, tak payah pikir nak topup 3 4 kali sebulan. Berbekal 365 hari DiGi Prepaid Super Long Life topup sekali guna dalam tempoh setahun tanpa sebarang masalah.

Nak guna internet beli je langganan data untuk sebulan atau guna basic internet 64kbps tu.. DiGi Internet bagi saya still lagi murah berbanding telco lain. Yang unlimited kuota data pun dah ada untuk plan DiGi ni, tapi postpaid 😀 .

BACA : Apa itu GST 6% ?

Telco lain seperti Maxis dan Celcom boleh juga aktifkan pelan kredit tamat tempoh 365 hari, tapi anda GOOGLE lah sendiri, sebab saya dah bertukar dari Altel ke DiGi. Sebabnya internet murah sikit.. Itu je kot sebabnya, Altel punya pelan kalau ada 365 hari dah lama aktif.

Gambar & Video Cara Aktifkan DiGi 365 Hari

Nak bagi senang pengguna, saya sediakan dalam bentuk gambar. Mudah (Klik gambar untuk besarkan) .

Untuk langgan DiGi Best Prepaid Super Long Life 365 Hari ini anda kena ada sekurang – kurangnya baki kredit sebanyak RM40.00 untuk aktifkan pelan tersebut.

Nak mudahkan anda lagi saya sediakan video dibawah. Jangan lupa SHARE artikel ni jika bermanfaat ya ! )

This post was last modified on April 12, 2017 9:17 am

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (38)

1 2