2 Langkah Mudah Disable Automatic Updates Windows 10

Tak ‘syurga’ la kalau belum guna Windows 10. Saya yang dahulu pengguna tegar Linux, beralih juga ke sistem operasi Windows..Haha.. InsyaAllah dalam perancangan nak dual boot semula laptop ini dengan Ubuntu, sebab Windows 10 memang berat kalau RAM rendah. 😛

Seingat saya, bermula dari Windows 8 dah mula leceh nak jadi administor sepenuhnya sistem operasi ini. Banyak juga membaca bila upgrade ke Windows 10. Konon secure la kan. Microsoft akan push updates kepada pengguna Windows dengan latest security patches.

Siap la data bandwidth yang kuota ciput cukup makan setiap bulan seperti saya #YESHero . Akan bagi sedikit feedback mengenai internet service provider ini pada masa akan datang. Sebab ramai yang bertanya tentang YES Fiz Unlimited Internet tu. Apa salahnya selit yang mobility (broadband) pula.

Mengenai Windows 10 Automatic Updates ini ada bagusnya juga, sebab sistem sentiasa dikemaskini. Tapi kalau major update siap la, ini yang nak ‘kena getah’ sebab kena tunggu lama untuk update. Jadi elakkan sekarang ! 😀

Cara disable automatic Windows 10 updates

Cara #1 : Guna Metered Connection

Cara ini menjadi kepada saya. Jadi saya akan tunjukkan bagaimana nak gunakan Windows 10 Metered Connection ini untuk disable atau turn off automatic updates.

  1. Tekan tombol Windows key + I untuk launch Tetapan Windows  > Klik Network & Internet.
  2. Sekiranya anda menggunakan Internet menggunakan Hotspot atau Wireless klik pada Advanced options
  3. Tukar Toggle ON di Set as metered connection > Done

Cara #2 : Guna Microsoft Tool

Konsep seperti Troubleshooting. Hanya perlu hide kesemua updates Windows 10 dari Microsoft. Jika nak show balik, guna Tool ini juga.

  1. Muaturun “Show or hide updates” tool dari Microsoft.
  2. Klik Next untuk Hide Automatic Updates.

Mudah bukan? Disarankan untuk menggunakan kedua – dua cara diatas di komputer atau laptop anda. Jadi selepas ini tak akan ada push automatic updates sudah di Windows 10 selepas restart atau shutdown. Boleh buat kerja seharian tanpa ada sebarang gangguan. Paling penting, anda guna Windows 10 jimat data telco Bandwidth . 😉

Ramai rekemen Defer upgrade kan di Windows Update? Dari pemerhatian saya, dapati tak berapa banyak fungsi pilihan ini. Jadi bukan yang terbaik sebab masih download untuk schedule apabila restart.

This post was last modified on October 15, 2016 9:53 am

Syahril Hafiz :Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (4)

  • Aku masih kekal Windows 8, dan dual boot dengan Linux Mint. Tapi banyak guna Linux Mint je sekarang ni. Sampai rasa kekok dah masa guna windows. Haha.

    • aduh.. mahu tapi internet semput. hehe
      teringin lama dah ni. tunggu masa balik. Berat Windows 10 ni kalau guna RAM 2GB. Better nak guna upgrade sedap la nak guna. :)

  • Kalau yang kat rumah tu ada Wifi tak perlu lah disable. Update windows ini sebenarnya penting juga untuk performance