• Utama
  • Biodata
  • Hubungi
    • Pengiklanan
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman
    • AMP Sitemap

SyahrilHafiz.com

Malaysian Blogger

  • SEO
  • WordPress
  • Info
  • Agro
  • Apple
  • Windows
    • Ubuntu
  • Google
  • Android
  • Perniagaan
  • GST

You are here: Home / Advertorial / E -COMMERCE Menakluk Asia Tenggara

E -COMMERCE Menakluk Asia Tenggara

February 22, 2014 oleh Syahril Hafiz19 Comments

 Lazada, Lazada Affliate, Lazada Market Place

Internet dan bidang e-commerce di Asia Tenggara bertumbuh dengan pesat sejak kebelakangan ini dan tetap kekal antara senarai pelaburan utama di kalangan peserta e-dagang global. Pelaburan e-commerce telah melahirkan pelbagai laman runcit atas talian yang terdiri daripada model “marketplace”yang serba kompetitif dan juga laman-laman yang terdiri daripada “daily deal” dan “flash sales”.

Contohnya, syarikat Jerman jenis “start-up”, Rocket Internet, telah melancarkan rangkaian web jenis “start-up” di awal 2012. Setakat ini, syarikat ini telah menerajui bidang e-commerce di rantau Asia Tenggara dan merupakan syarikat yang berkembang dengan pesat, hasil daripada populasi atas talian yang kian meningkat.

Populasi di Asia Tenggara dianggar meningkat sekitar 205 juta pengguna menjelang 2016 (daripada 118 juta pada tahun 2011) di mana kebanyakan pengguna terdiri daripada golongan negara-negara “Big 6” Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Indonesia , Thailand, Filipina dan Vietnam). Arus internet yang pesat berkembang telah mendorong fenomena membeli-belah internet terutamanya di antara kalangan kelas pertengahan yang bergiat aktif mencari pelbagai produk-produk yang berpatutan di pasaran e-commerce yang serba kompetitif.

Contohnya, jualan besar “Online Revolution” yang diadakan pada 12 Disember lalu yang diilhamkan oleh kempen-kempen jualan seperti “Black Friday” di Amerika Syarikat dan “Singles Day” di Negara Cina, telah mempromosi produk-produk tawaran hebat kepada para pelanggan. Hasil yang menguntungkan daripada kempen ini telah membuktikan bahawa pasaran Asia Tenggara sudah bersedia untuk aktiviti membeli-belah atas talian. Seperti yang tertera di bawah, hampir dua kali ganda trafik atas talian telah dijana oleh Lazada sepanjang kempen ini.

 Lazada, Lazada Affliate, Lazada Market Place

Statistik Dalam Talian

2014 merupakan tahun yang amat menarik untuk pemain-pemain e-dagang di rantau ini, terutamanya dengan kemunculan perdagangan menerusi peranti mudah-alih yang memperbaharui pengalaman membeli-belah atas talian untuk para pengguna yang sentiasa sibuk.

Beberapa pedagang e-commerce yang utama di ASEAN telah melaporkan bahawa 20% – 40% daripada semua urusniaga mereka terdiri daripada urusniaga yang berusul dari peranti mudah alih, yang menunjukkan perkembangan perdagangan menerusi peranti mudah alih yang maju di rantau ini.

Perniagaan atas talian seperti Lazada telah menyesuaikan diri dengan peralihan ini dengan memperbaharui pengalaman e-commerce untuk pengguna dengan melancarkan aplikasi mudah alih baru untuk peranti jenis Android dan iOS.

“Sebahagian besar daripada 600 juta pengguna Internet di Asia Tenggara kini mengakses laman web melalui telefon pintar mereka. Syarikat kami sebagai peruncit e-commerce terulung menghubungkan golongan alat peranti mudah-alih ke rangkaian beli-belah atas talian kerana sebelum ini, pusat beli-belah fizikal hanya boleh dikunjungi para penduduk bandar. Kami amat yakin dengan perkembangan pesat m-commerce di rantau ini,” Maximilian Bittner, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lazada berkata.

Menurut laporan terkini mengenai “Asia Tenggara: Trend Online dan Matlamat“, pertumbuhan e-commerce di Asia Tenggara akan mengalami peningkatan tahunan sebanyak 31 peratus sehingga 2015. Sebahagian besar pertumbuhan mendadak ini didorong oleh factor-faktor seperti peningkatan infrastruktur teknologi dan peralihan abiat pengguna, dan juga kedudukan ekonomi yang bertambah baik di rantau ini.

Sebanyak 200 juta pengguna dalam talian dianggarkan antara tahun 2010 dan 2020, yang membina asas yang kukuh untuk pasaran e-commerce di rantau ini pada tahun-tahun yang akan datang.

Layari : Lazada Malaysia

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Advertorial, InfoTagged With: Lazada, Rocket Internet

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

About Syahril Hafiz

Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis


Comments

  1. ema says

    February 25, 2014 at 4:31 pm

    tak pernah lagi beli dengan Lazada…

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      February 26, 2014 at 12:52 am

      haa boleh start beli harini, ada sales 90% discount! 🙂

      Reply
      • ema says

        February 26, 2014 at 8:12 am

        90% discount..banyak tu? nanti nak terjah ke sana….

        Reply
  2. zik says

    February 23, 2014 at 9:15 pm

    diaorang hantar pakai gdex..aku ada beli barang minggu lepas… cepat betul…

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      February 24, 2014 at 10:59 pm

      Setuju. Gdex ni pun tengok tempat. kalau kawasan luar bandar macam aku ni memang lambat sikit lah 😀

      Reply
  3. anamizu says

    February 23, 2014 at 12:11 am

    Lazada–penah beli memory card & camera.
    Zalora — tak pernah. dan selalunya cecepat tekan [X] bila nampak iklan Zalora muncul. ngeeee

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      February 24, 2014 at 10:56 pm

      haha, rasanya iklan Zalora lagi gempak dari Lazada ni 😛

      Reply
  4. Afiq Aimannaaim says

    February 22, 2014 at 10:39 pm

    Aku suka start up macam Rocket Internet ni, kalau tak silap, mereka ni semua website designer. Bangunkan website ecommerce, bina jenama melaluinya seterusnya BOOM!

    Dekat Malaysia ni dua daripada jenama mereka popular
    1. Zalora (fesyen)
    2. Lazada (teknologi/gajet)

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      February 24, 2014 at 10:55 pm

      oh tak pasti la pulak aku pasai Rocket Internet ni, ada satu lagi bawah network dia.. PandaPrice 🙂

      Reply
  5. titan says

    February 22, 2014 at 4:11 pm

    not bad. barang diorang leh tahan gak murahnya maa..

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      February 22, 2014 at 9:04 pm

      ha ah, penghantaran kalau masuk sekali pos laju kan bagus 🙂

      Reply
  6. Farzli says

    February 22, 2014 at 2:41 pm

    aku dalam perancangan tapi just untuk baju je..

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      February 22, 2014 at 9:05 pm

      beli je tablet sekali, murah 🙂

      Reply
  7. akubiomed says

    February 22, 2014 at 12:49 pm

    Ketika menghadiri jemputan perjumpaan internet marketeer tahun lepas saya mendapat info mengenai pasaran e-commerce di Malaysia masih muda dan peluang untuk berjaya adalah besar. Kalau perasan beberapa syarikat dari luar sudah memasuki pasaran Malaysia tanpa sedar, saya tidak dapat memberikan nama atas sebab-sebab tertentu. Salah satu sebabnya pesaingan rendah berbanding di barat dan polisi kerajaan juga masih belum establish. Beberapa syarikat secara strategik sudah membina pengkalan di Malaysia. Secara tidak langsung duit kita telah mengalir keluar dari negara ini. Saya mengharapkan syarikat anak tempatan agar cepat bergerak kehadapan. Tidak menjadi masalah membantu syarikat anak tempatan sebagai agen atau pembeli. Semangat kenagaraan saya adalah tinggi.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      February 22, 2014 at 9:06 pm

      Sudah tentu persaingan rendah, kalaulah ada anak Malaysia sanggup buat pelaburan besar seperti Lazada. Boleh pergi!

      Reply
  8. Azri Johan says

    February 22, 2014 at 12:45 pm

    ni advertorial ke contest? :v

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      February 22, 2014 at 9:06 pm

      boleh tuju lagu ? 😀

      Reply
  9. anuar says

    February 22, 2014 at 9:00 am

    Terima kasih di atas perkongsian info… Nampaknye semakin ramai rakyat Malaysia gemar bershopping secara online..

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      February 22, 2014 at 9:07 pm

      setuju! sebab tu penting sekali ecommerce kena ada aplikasi mobile untuk membeli belah :)..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

Tentang Penulis

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Syahril Hafiz. Follow saya di Media Sosial
SyahrilHafiz.com
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

Mesti Baca



Artikel Terbaru

  • 3 Tips Terbaik Membeli Di Shopee, Lazada & 11Street.my Jualan Murah
  • 5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online
  • 7 Pemasaran Instagram – Cara Buat Duit Online Letupkan Jualan Di Instagram!
  • DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil
  • Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
  • Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online
  • Susah Close Sale Bisnes Online? Ikut Langkah Simple Close Sale Guna WhatsApp
  • Cara Beli Barang Online Di Lazada Malaysia
  • Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan & Diet Harian
  • Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

RSS Resepi Menarik

  • Resepi Mee Goreng by RESEPIADIK
  • Resepi Cucur Labu Sedap
  • Resepi Kuih Sagu Kelapa Parut
  • Resepi Sotong Celup Tepung Bestari
  • Resepi Kek Basque Burnt Cheesecake

Pilih Arkib

Pilih Kategori

PRODUK UNTUK DIJUAL

Minyak Enjin Kereta Terbaik

Anak Pokok Limau Nipis

Anak Pokok Betik Sekaki

Susu Kambing Segar Dari Ladang

Susu Lembu Segar Dari Ladang

Chia Seed Murah & Organik

ANDA PERASAN BLOG INI LAJU?

Hosting yang disarankan adalah [1]. Rakan kerjasama Laman Rujukan Kerjaya & Minyak Enjin XRA Power

Hakcipta Terpelihara © 2023 SyahrilHafiz.com· Kembali ke Atas