• Utama
  • Biodata
  • Hubungi
    • Pengiklanan
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman
    • AMP Sitemap

SyahrilHafiz.com

Malaysian Blogger

  • SEO
  • WordPress
  • Info
  • Agro
  • Apple
  • Windows
    • Ubuntu
  • Google
  • Android
  • Perniagaan
  • GST

You are here: Home / Hiburan / Filem : Kembar Siang

Filem : Kembar Siang

February 3, 2011 oleh Syahril Hafiz19 Comments

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Bakal menggegarkan panggung wayang selepas ini filem “Kembar Siang” yang bakal ditayangkan 24 Februari 2011 selepas sedia kita ketahui masih menunggu ketibaan tarikh tayangan filem Kongsi yang masih belum diketahui. Jadi sebelum meneruskan cerita mengenai sinopsis filem Kembar Siang ini, filem ini dibintangi oleh pelakon yang popular sekarang iaitu Kamal Adli dan Intan Ladyana yang semakin banyak menbintangi filem-filem sebelum ini.

Untuk pengetahuan anda semua lagi, filem Kembar Siang ini diklasifikasikan sebagai filem cereka dan yang pasti bakal menggamit memori penonton semua dengan jalan penceritaan yang kelakar dan menghiburkan. Filem yang berunsur komedi ini diterbitkan oleh Metrowealth Movie Production Sdn Bhd dan pengarahnya, Hatta Azad Khan.

Antara pelakon-pelakonnya ialah ;

  • Kamal Adli sebagai Awal / Awi (Pelakon Utama)
  • Intan Ladyana sebagai Ana/Ani (Pelakon Utama)
  • Mat Over sebagai Pak Wan
  • Sabri Yunus sebagai Pak Din Duda
  • Sathiya sebagai Mohamad Rafi
  • Syanie sebagai Mak Yam
  • Zul Handyblack sebagai Meon
  • Zaibo sebagai Hj Sabran
  • Rozita Che Wan sebagai Jenab
  • Mazlan Pet Pet sebagai Lan Sengau
  • Hamid Gurkha sebagai Wak Sengau

Jadi kebanyakan artis/pelakon popular membintangi filem Kembar Siang ini dan diteruskan dengan Sinopsis Kembar Siang

KEMBAR SIANG menceritakan tentang kehidupan AWAL dan AWI sepasang kembar seiras. AWAL abang dan AWI adik. AWAL normal tetapi AWI sedikit terencat dan lurus bendul kerana pernah mengalami demam panas. Tetapi AWI mempunyai daya ingatan dan kemahiran mengira yang luarbiasa dan sering memberi tuisyen kepada MAZLI dan IZAN, anak sekolah yang sering menemaninya.
AWAL dan AWI mewarisi rumah dan kedai runcit peninggalan arwah bapa mereka HAJI SABRAN. Pengurusan kedai runcit itu dilakukan oleh mereka berdua: AWAL jadi bos dan AWI jadi pekerja. Kedai runcit AWAL dan AWI mempunyai saingan dengan sebuah lagi kedai runcit di seberang jalan milik PAK DIN DUDA.
Tapi AWAL dan AWI telah dipesan oleh arwah bapa mereka bahawa dalam berniaga mesti sentiasa jujur dan mesra pelanggan. Ini berbeza dengan sikap dan perangai PAK DIN DUDA yang sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan. PAK DIN DUDA yang sudah tiga kali menduda mempunyai seorang pekerja, MAK YAM. Tetapi MAK YAM tidak dibayar gaji tetap, tetapi dibayar komisyen pada setiap jualan. MAK YAM mendapati komisyennya sangat sedikit. Kedai PAK DIN DUDA tidak dikunjungi ramai pelanggan kerana barang-barangnya yang sedikit dan harganya pula mahal.
PAK DIN DUDA melihat AWI yang rajin dan mahu AWI bekerja di kedainya kerana dia sendiri lebih suka berehat dari bekerja. PAK DIN DUDA pujuk AWI dan berjanji akan carikan gadis cantik jadi isteri AWI. Tetapi rahsia PAK DIN DUDA terbongkar bila dia sendiri tak dapat membezakan yang mana AWI dan yang mana AWAL. Kadang-kadang dia terlepas cakap pada AWAL yang disangkanya AWI. ANI, teman wanita AWAL tidak tahu boy-friendnya mempunyai adik kembar seiras.
ANI tergamam bila melihat AWAL yang dikenali sebagai taukeh, bos atau pengurus kedai, tiba-tiba mengangkut tong gas, membawa barang dapur atas motorsikal roda tiga dan memarut kelapa. ANI syak AWAL cuba berselindung dan menipunya. Seorang penagih dadah yang masuk mencuri di rumah AWAL dan AWI juga tergamam dan menjerit bila mendapati AWI yang sedang tidur di dalam bilik berada di warung luar rumah waktu dia mahu melarikan diri.
Di waktu yang lain budak yang sama menjerit ketakutan bila AWI yang masuk ke toilet di belakang kedai runcit tiba-tiba mendekatinya dari depan sewaktu dia mencuri makanan ringan di dalam kedai. Sekalipun AWAL dan AWI kembar seiras, tetapi mereka mempunyai beberapa kelainan dari segi minat dan citarasa. AWAL suka keluar malam bawa girlfriend, ANI makanmakan dan menonton wayang. AWI takutkan gelap dan bila malam terus tidur. AWAL ada kereta tetapi AWI lebih selesa dengan motorsikal roda tiga yang diubahsuai dan mempunyai gear reverse.
AWI pula jika memandu kereta dalam gear reverse sahaja. AWI diperkenalkan kepada ANI oleh abangnya dan dia terpikat melihat kejelitaan ANI. AWAL jadi serba salah. AWAL memujuk ANI supaya berkahwin dengan AWI. ANI merajuk dan lama mereka tidak berjumpa. Suatu hari AWAL melihat ‘ANI’ yang bertudung masuk ke kedainya membeli barang tetapi langsung tidak menegurnya.
AWAL mengikuti ‘ANI’ yang menaiki skuter. AWI juga ikut. AWAL terkejut melihat bapa ‘ANI’ yang berbeza warna kulit. AWAL menemui bapa ‘ANI’, MOHAMAD RAFI dan dapat cerita sebenarnya. ‘ANI’ adalah ANA dan kembar ANI. Gadis dua beradik itu kematian ibubapa dan dipelihara oleh dua keluarga berbeza. Kedua-duanya tinggal dengan bapa tunggal bila ibu mereka meninggal dunia. Bapa ANI, PAK WAN dan bapa ANA, MOHAMAD RAFI yang mengenali HAJI SABRAN bapa AWAL dan AWI. Katanya dia masuk jawi dengan HAJI SABRAN selepas memeluk Islam bersama isterinya. MOHAMAD RAFI juga kawan baik PAK WAN, dan pernah bekerja dengan majikan yang sama, bapa dan ibu sebenar ANI dan ANI.
Mereka sudah lama tak berjumpa. AWAL beritahu bahawa ANI adalah tunangannya. AWAL mengatur pertemuan antara dua sahabat lama dan gadis kembar ANI dan ANA. Cerita berakhir dengan satu majlis persandingan tiga pasang pengantin: AWAL dan ANI, AWI dan ANA serta MOHAMAD RAFI dan MAK YAM. Antara tetamu yang terkulat-kulat melihat ketiga pasangan itu bersanding ialah PAK WAN dan PAK DIN DUDA. BUDAK PENCURI juga terkedu dan terjekil biji mata melihat dua pasangan kembar di atas pelamin.

Jadi begitulah sinopsis Filem Kembar Siang ini dimana kedua-dua pelakon tadi memainkan watak penting( 2 orang dalam 1 jalan penceritaan), kita teruskan dengan trailer Filem Kembar Siang bakal meletup selepas ini 😆

Pergh! Kelakar dan terbaik, Oh Intan Ladyana 🙂 

sumber : Sinema Malaysia

Artikel Berkaitan:

Filed Under: HiburanTagged With: filem 2011, filem kembar siang, filem komedi kembar siang, filem terbaru kamal adli dan intan ladyana, review kembar siang, sinopsis filem kembar siang, trailer kembar siang, video filem kembar siang

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

About Syahril Hafiz

Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis


Comments

  1. shida says

    February 24, 2011 at 10:09 am

    hye syahril, disini saya ingin berkongsi bersama semua pembaca, filem Kongsi terbitan Metrowealth akan ditayangkan pada 12 Mei 2011, jgn lupa set date anda pd tarikh tersebut ke panggung berdekatan dgn tempat andaaaa….

    Reply
  2. Mohd Isa says

    February 9, 2011 at 6:39 pm

    pergh…takdan aku nak tulis kat SEDUT.ORG dia dah rembat dulu. haha…siut jerk…

    Reply
  3. cikgu faezah says

    February 8, 2011 at 8:51 pm

    hoho..nampak macam best ajer citer nih. Rasanya dah lama tak tengok cerita melayu kat wayang.

    Reply
  4. zik says

    February 5, 2011 at 4:13 am

    gandingan dua orang pasangan cinta nie jer.. huhu…

    Reply
  5. RedBoys says

    February 5, 2011 at 1:45 am

    ahh. xtahan aku tgk sinopsis saja. jom2. haha. baca pun dah lawak. adess

    Reply
  6. fendidahada says

    February 4, 2011 at 7:30 am

    intan ada..i like…hehe…banyak pelawak vateran jugak….

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      February 4, 2011 at 10:32 am

      i like it, aha ha..;D
      ha ah, ramai gak, menarik ni nak tengok

      Reply
  7. akubiomed says

    February 4, 2011 at 1:49 am

    Kelainan cuba dibawakan jika sebelum ini genre Seram kali ini komedi romantik. Habuan bonus Metrowealth boleh tahan kecang

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      February 4, 2011 at 10:32 am

      habuan raya cina la bro..hehe
      kan dah tuka office baru..tak dengar cite ke?

      Reply
  8. wazy says

    February 4, 2011 at 12:35 am

    pehhhh
    best la cerita ni,dari sinopsis je dah menarik
    wajib tengok

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      February 4, 2011 at 10:31 am

      jom!! gathering bersama blogger tengok kembar siang..haha

      Reply
  9. TheSharkox says

    February 3, 2011 at 2:46 pm

    gila ah…

    moto roda tiga terbang….

    hahahaha..

    nampak macam menarik, tapi jgan mengecewakan penonton macam filem senario udah la

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      February 4, 2011 at 10:29 am

      haha, terbaik kan.
      aku rasa meletup ni..

      Reply
  10. Anip says

    February 3, 2011 at 2:13 pm

    wah, tak sabar nak sedut nie, bwahhaha. boleh tahan juga cite, kelakar beb,

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      February 4, 2011 at 10:28 am

      hehe, sedut belum disediakan
      kalau ye dah lama macam kak limah tuh

      Reply
  11. MDHAFiZ.NET says

    February 3, 2011 at 1:36 pm

    akan ditunggu piratenya..
    eh salah.. akan ditunggu kehadirannya.. 🙂

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      February 4, 2011 at 10:28 am

      huhu, sentiasa jugak
      tapi nak cepat layan nafsu ni
      kena pegi tengok gak la..haha

      Reply
  12. Jebat Malaya says

    February 3, 2011 at 11:51 am

    macam lawak ja… paling tak tahan bole lak wat action terbang moto ats orang ramai… awi pandu keta dlm gear reverse ja??? haha…

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      February 4, 2011 at 10:27 am

      tu la pasal, siap2 ada willie tu kencang..jom ar pasni

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

Tentang Penulis

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Syahril Hafiz. Follow saya di Media Sosial
SyahrilHafiz.com
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

Mesti Baca



Artikel Terbaru

  • 3 Tips Terbaik Membeli Di Shopee, Lazada & 11Street.my Jualan Murah
  • 5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online
  • 7 Pemasaran Instagram – Cara Buat Duit Online Letupkan Jualan Di Instagram!
  • DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil
  • Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
  • Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online
  • Susah Close Sale Bisnes Online? Ikut Langkah Simple Close Sale Guna WhatsApp
  • Cara Beli Barang Online Di Lazada Malaysia
  • Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan & Diet Harian
  • Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

RSS Resepi Menarik

  • Resepi Mee Goreng by RESEPIADIK
  • Resepi Cucur Labu Sedap
  • Resepi Kuih Sagu Kelapa Parut
  • Resepi Sotong Celup Tepung Bestari
  • Resepi Kek Basque Burnt Cheesecake

Pilih Arkib

Pilih Kategori

PRODUK UNTUK DIJUAL

Minyak Enjin Kereta Terbaik

Anak Pokok Limau Nipis

Anak Pokok Betik Sekaki

Susu Kambing Segar Dari Ladang

Susu Lembu Segar Dari Ladang

Chia Seed Murah & Organik

ANDA PERASAN BLOG INI LAJU?

Hosting yang disarankan adalah [1]. Rakan kerjasama Laman Rujukan Kerjaya & Minyak Enjin XRA Power

Hakcipta Terpelihara © 2022 SyahrilHafiz.com· Kembali ke Atas