Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Jika sebelum ini saya dapat banyak rungutan mengenai Filem Kongsi yang agak menghampakan penonton dan peminat filem tanah air, disini saya berpesan, semua cerita ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Sebaiknya kita nilai sendiri sejauh mana filem tersebut mampu membuka ruangan minda kita supaya lebih jauh kehadapan menilai filem-filem yang baik selepas ni.Jadi kita kena ubah perspektif kita sendiri terhadap filem Melayu agar terus di martabatkan dari filem luar.Kalau bukan kita yang menyokong seni filem tanah air, siapa lagi kalau bukan kita?
Alhamdulilah, saya agak tertarik dengan Filem baru yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 9 Jun 2011 iaitu Filem KL Gangster. Tajuk menarik seolah-olah menggambarkan Malaysia pun ada taiko tersendiri. Segalanya akan terjawab sekiranya kita sendiri pergi menonton sejauh mana filem KL Gangster, pengarahnya Syamsul Yusuf dibawah syarikat penerbitan Skop Production Sdn Bhd mampu membuatkan penonton berteriakkan.
Filem dikategorikan sebagai filem cereka dan bergenrekan aksi. Jadi antara barisan pelakon yang menjayakan filem ini adalah Syamsul Yusuf(Shark), Ridzuan Hashim(King), Aaron Aziz(Malek), Adyputra(Jai), Zizan Raja Lawak(Fadil), Sheera(Zati), Shoffi Jikan dan Adam Corrie. Tengok saja dari barisan pelakon dah tahu, semua ni artis-artis popular tanah air. Pelakon hebat, cerita mantap, memang meletop!
Sinopsis Filem KL Gangster
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.
Maka dengan sinopsis tersebut, korang tengok trailer Filem KL Gangster ni yang agak pergh! menarik. 🙂
Psstt! Filem Kongsi bagi korang yang nak sangat muaturun, boleh klik link di sini
Sangat terbaik filem nih…tahniah kepada krew KL Gangster dan Syamsul Yusof!!!Nice one…
kl gangster the best lah…
tak sia-sia tengok…
terutamanya sofii jikan… “aku sengat nanti”
aaron aziz dengan syamsul yusof memang terbaik….
zizan lak “abg long padil”
memang syamsul yusof pengarah muda berbakat besar…
semoga industri filem malaysia semakin maju..
tengok iklan kat tv cam best je
baru selesai menonton
memang menarik dan menghiburkan
rasa2 tak rugi menonton filem nh
🙂
Review Filem KL Gangster
agak2 ade yang patah tulang tak mase buat stunt tu?huhu
skrip mantap gila
lum tgk lagi ehhh.. kawe mahu tgk tadi tapi my wife mahu tgk X-Men First Class lak.. Nanti la aku pi tgk sorang2 he he ..:lol:
posting Its bagus dan menghibur dan video sangat bagus sehingga tetap posting jenis barang.
kita tunggu je dia keluar..
filem aksi..memang ramai orang suka tengok punyala..
Salam…. kebetulan saya berpeluang tengok pra tonton filem KL GANGSTER nie ….filem aksi tanpa cintan cintun …memang aksi dan pergaduhan…4.5/5 bintang laaa
hehe..mesti ramai tengok ni. semua genster mesti kena tengok ni..
liriknya lebih kurang begini ..”open door mind word shock my life open second guess best lyric”
ganas giler cite ni
Aksi pergaduhan ala-ala aksi HongKong. Saya tidak pasti samada ia menepati selera penonton zaman sekarang
trend filem kat malaysia, kalau keluar pasal gangster, mesti ada 2 atau 3 filem yang keluar dengan “tema” yang sama. Nama-nama dalma filem mmg ganas, cuma diharapkan ada juga pengajaran dari filem macam ni.
Jarang tengok filem melayu tapi movie ni macam best jer…. 🙂
Bila kuar panggung ni?
Dah jadi trend kot genre cerita macam ni
kena tunggu ianya ditayangkan dipawagam
mungkin la, kira ok lagi la
dari cite hantu2.tu hehe
Guwa memang ternanti²kan filem ni….
Bace sinopsis jalan cerita pun dah gempak…
Ujang9897 kalau tak pecah muka, pecah meja.. haha….
Filem, lu langsi, lu mati, two thumb down !! v(^_^)
two thumbs up? macam best..haha
macam best… tpi xbest pun kongsi tu….
mcm best jalan ceritanya…
p/s tgh download Kongsi..
tu la pasal. tengok lah nanti. 🙂
blog database error not found semua tu asal?
tu asal amende ko nih?? haiz..mcam2..tension aku…x sabar nak balik poli..belum tengok lg cite tuh..aku x jd download kt sana..aku donlod tempat lain..single link donlod aku rasa lg senang nak donlod.. 🙂
Yusoff Haslam tak buat film sembilu part 3 dah ker ? anak dia pulak duk wat film…
Sembilu = cerita bosan giler, sib baik ada Awie jer…hehe
haha, dia dah tak larat kot
anaknya mewarisi kepakaran bapak..:D
pergh. geek tulis pasal muvi. hehe.~
wowow movie best aku tulis..h4h4h4
H3h3h3
s3s3k4li bu4t sinopsis movi3 pun b3st 😀
h3h3h3
movi3 yg t3rpilih aku rasa menarik jeh..K3K3K3
emm tgk trailer cm xbez jerr
mantop kot 😀