Tips Untuk Dapatkan Akaun Google Adsense Yang Kini Menyokong Bahasa Melayu

Berita baik untuk Blogger Malaysia khususnya yang mempunyai laman web atau blog yang berbahasa Melayu. Kini anda boleh mempunyai akaun Google Adsense untuk jana duit USD melalui blog! Tahun 2017 anda kena fokus mencari pendapatan tambahan melalui internet. Kerana apa? Kalau turut serta dalam buat duit USD melalui blog, tukaran wang semasa adalah

1 USD = RM 4.49 ( tukaran semasa pada tarikh 25 Disember 2016 )

4 tahun lepas saya ada terbitkan artikel ‘Blog Bahasa Melayu Susah Dengan Google Adsense‘. Pada masa tu memang agak rancak kebanyakkan blogger Malaysia dan IM di forum menyediakan perkhidmatan “Kita bayar mereka untuk dapatkan akaun Google Adsense“. Dan saya pun tak lepaskan peluang tu, keluarkan sikit duit untuk dapatkan akaun tersebut. haha. Sebabnya rakan blogger tusuk kanan tusuk kiri, Kak Yan dah jana duit USD melalui Google Adsense di blog SuperMak beliau 😉

Banyak jugak apply sebab sekali try, kena banned, sepuluh kali try lain alamat dan nama kena banned! #arghmoment gila masa tu sampai saya rasa memang nak sangat akaun Google Adsense ni sampai sanggup melabur. Menarik sebab ada Google Adsense ni banyak benda kita boleh pelajari, contoh cara gunakan keyword untuk Google Ads. Wow! Kena target banyak  wang boleh tampung hidup tau 😀

Tapi ada cara dan tekniklah iaitu anda kena dapatkan Pakej Lengkap Buat Duit USD Dengan Panduan Google Adsense 2017.

Dapatkan sekarang Panduan Google Adsense 2017. Klik sini !

Ada blog berbahasa Inggeris dan niche. Lagi mudah nak jana wang Adsense USD ni sebabnya Click Through Rate ( CTR ) yang dibayar sangat tinggi.

Rakan blogger kita, Hasrul Hassan pun nampaknya dah fokus kepada Google Adsense ni, blog Bahasa Melayu dengan trafik yang tinggi. Wow sekali lagi! 🙂

Tips Untuk Dapatkan Akaun Google Adsense

Pertama sekali perlu saya ingatkan, nak submit blog ke, nak apply akaun Google Adsense ke, sila baca TOS dan Polisi yang ditetapkan oleh pihak Google ini sebaiknya. Bukan apa, nak jadi macam saya, 3 kali resubmit baru lulus, lepas tu ada tapisan lagi selepas letak Google Code ads. Memang ketat oh terma dan syarat Google Adsense Bahasa Melayu ni.

1.) Jika anda isu Gmail dengan Google Adsense sebelum ini, bagi pengguna lama yang sudah ada akaun tapi blog sudah lama padam (delete). Buka satu akaun baru Gmail nama, alamat yang sama sebagai admin kepada blog Bahasa Malaysia anda. Jika anda dapati blog anda tiada masalah dengan bahasa, navigasi, kandungan artikel. Dalam masa beberapa hari akan dapat emel dari Google Adsense menyatakan anda perlu kemaskini maklumat sekian – sekian. Masuk ke bahagian Setting, klik pada admin/users dan tambah Gmail lama anda sebagai admin yang baru Google Adsense.

Sahkan pengesahan yang dihantar ke email Gmail lama untuk jadi admin kepada akaun Google Adsense baru/aktif anda sekarang. Sekarang anda boleh login guna 2 email Gmail. Linkkan Google Adsense anda ke Google Analytic.

Kunci utama nak cepat lulus akaun GA adalah memenuhi standard yang ditetapkan oleh polisi syarat Google Adsense. Mudah kan.

2) Rasa blog dah memenuhi semua kriteria, apa lagi teruskan niat anda untuk mempunyai akaun GA. Pastikan kalau ada artikel yang melanggar syarat dibuang. Dah approve sat lagi, Google Adsense crawler ada keyword ‘kill’. Kena banned la akaun anda. Kalau jadi kes macam tu, sila buat rayuan ( appeal ) untuk dapatkan semula akaun anda.

Tulis artikel berkualiti dan konten yang bagus. Baru evergreen!

Sumber gambar : Wealth Sense Coaching

This post was last modified on January 15, 2017 2:48 pm

Syahril Hafiz :Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (39)

  • Sekarang ada yang sanggup untuk bayar beratus-ratus semata-mata untuk buka akaun Google Adsense ni, dulu dan kini jauh berbeza.

  • kalau dah terima tue bagusla, tapi kalau wordpress boleh ke letak google adsense nie..

  • alhamdulillah berjaya dapatkan akaun google adsense tahun lepas. cara saya
    - beli 1 domain dalam english
    - buat artikel english max 5
    - dalam seminggu
    - apply
    - dapat.

    done!

    • power perkongsian ni, tapi tahun lepas dah buat.. tak dapat. haha
      mungkin waktu apply blog tak cukup requirement lagi kot. sekarang dah terkubur , tinggal satu ni je harap lepas Adsense Bahasa Melayu :)

      • haha..tapi part yg payah masa nak tulis artikel BI tu. Dengan BI tak berapa betul.

        akhirnya,anggap je macam tengah jawab paper esei dekat uni...dan siaplah beberapa artikel..hehe

    • Kalau nak buat appeal, tak payah terkesima sangat tak apa kot. Guna ayat kita je.
      Boleh rujuk rakan blogger HasrulHasssan.com.. dia pernah kena banned dengan Google dan buat rayuan. dapat

  • Salam, haritu saya dah apply, lepas step pertama, kena tunggu review yang letak iklan tu, lepas tu fail pula, tak tahu mana silapnya, apa requirement dia actually? dalam email reject tak nyatakan pula apa yg tak betul, masak~~

    • Cuba apply sekali lagi. Kalau masih tak dak masalah yang timbul reject Google nyatakan, contact je terus GA tanya kenapa.

  • salam bro...ko dah dapat dah adsense ni...saya sekarang dalam proses beli akaun harga rm 350....tapi

    cadang nak tulis blog BM...dah ada dah blog..cukup usia...tapi nak tulis saja..

  • Saya pun baru belajar adsense ni. Bab menyediakan artikel yang mempunyai kandungan berkualiti tu yang masih kurang mahir lagi.

    • agak susah bro.. bersabar la. cuba ikut syarat polisi yang Google Adsense bagi, follow step by step

  • dah penah merasai cash out adsense ni.. memang masyukk hehe.. time kat kaunter, kerani bank, kira dengan calculator kiraan terkini tukaran wang huhu...

1 2 3