Perkongsian Di Google+ Memberi Kesan Positif Terhadap SEO. Kenapa?

Assalamualaikum.

SEO dari hari ke hari mengalami proses kematangan. Dek kerana enjin carian terbesar Google contohnya telah membuat beberapa perubahan drastik kepada pengguna dan perkhidmatannya. Sebagai pengamal SEO, tahun 2014 teknik SEO baru dijangka lebih fresh dan viral. Ini salah satu kenapa saya rasa tertarik untuk berkongsi dengan anda kenapa perkongsian di Google+ ( Google Plus ) memberi kesan positif kepada SEO amnya.

Sebagainya contoh, kita lihat, dari hari ke hari blog semakin tumbuh macam cendawan. Persaingan yang semakin sihat dilihat ramai yang kejar untuk berada ranking pertama di SERP Google. Contoh tengok Contest SEO yang dianjur oleh Cik F udah ler.. 🙂

Lebih perit kalau artikel anda di disalin sebiji – sebiji ( duplicate content ) oleh manusia tidak bertanggungjawab tanpa KREDIT.

Semestinya tahun ini perkara seperti penglibatan pembaca sepenuhnya dan pendedahan jenama itu cukup penting buat masa sekarang. Kita selami apa yang pembaca hendak dan bukan menulis untuk robot.

Build Authority itu yang selalu ditekan oleh pengamal tegar SEO, itu yang cukup makan masa melainkan anda sendiri berani untuk menjadi guest blogging dapatkan backlink berkualiti, kalau silap langkah alamatnya usaha anda kosong. Teknik SEO yang diguna pakai seperti backlink berkualiti, long – term strategy dan viral amat berguna sekarang kerana ini adalah bonus untuk artikel anda berada di carian pertama SERP.

Baiklah, bagaimana nak dapatkan artikel anda ini viral atau orang suka untuk berikan backlink dari blog ber-PageRank tinggi kepada anda?

Senang! Tulis artikel yang sangat berkualiti.. kemudian orang suka.. dan faham!

Pada saya formula yang saya nak praktikkan sekarang cukup mudah iaitu signal engagement.

Boleh lihat gambar dibawah dimana rangkaian media sosial yang lebih mudah untuk difahami melalui perkongsian di media sosial.

Antara media sosial DoFollow & NoFollow link

*Green highlight = DoFollow Link
*Pink highlight = NoFollow Link

Menggunakan tool dari SeoMoz saya dapati perkongsian di artikel di Google Plus lebih berpotensi berbanding rangkaian media sosial yang lain.

Secara tak langsung bagi ianya merupakan kesan positif bagi SEO iaitu Social Traffic.

Banyak saluran yang boleh dipraktikan bersama. Tapi apa yang saya highlight disini adalah teknik asas SEO iaitu memanfaatkan sepenuhnya keseluruhan sosial media. Jadikan ia viral, orang suka.. dan anda pun suka! Kan?

Jadi apa tunggu lagi, kongsikan artikel ini dengan rakan & blogger yang lain. Ada cadangan lain perkongsian di sosial media berikan kesan positif terhadap SEO? Komen dibawah.. 🙂

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (30)

1 2