Kini Google Webmaster Tool Dikenali Google Search Console

Kalau anda nak jadi Pakar SEO Malaysia cap ayam sekali pun, penggunaan tools dan analytics yang disediakan oleh Google sangat penting dan berguna. Benda sebegini sangat asas untuk pengamal SEO, blogger dan internet marketer.

Kini Google Search Console dijenamakan semula dari Google Webmaster Tools yang kita sedia maklum hampir 10 tahun ianya diperkenalkan untuk menjadikan blog atau laman ranking baik punya di Google Search. Terutama penggunaan keyword atau meta tag tertentu. Contoh long-tail keyword atau short- tail keyword.

Contoh penggunaan kata kunci (keyword) ;

Susu Kambing Segar Di Kedah – Long-tail keyword

Sakit lutut – short-tail keyword

Nak lebih senang faham, anda boleh dapatkan Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Semua teknik ada!

Kalau baru – baru ini anda sertai Contest SEO Malaysia Best Blog 2015, kata kunci (keyword) ini juga salah satu daripada long-tail keyword.

Kalau lihat Google Search Console, pandai menggunakan queries dan bla bla bla segala benda yang ada di Google Analytics dan Google Search Console, selalu kemaskinikini artikel berkaitan, boleh jadi artikel anda kekal evergreen di 1st page SERP di enjin carian Google #tipsnoobdarisaya 😀 .

Ok, petikan dari Google Webmaster Blog menyatakan, tools ini dijenamakan semula ke Google Search Console disebabkan bukan hanya untuk webmaster sahaja tetapi ianya juga digunakan oleh pemilik peniagaan kecil yang menggunakan SEO Lokal untuk kuasai pasaran tempatan, programmer, internet marketer, designer dan juga blogger. Penggunaan nama ‘Webmaster’ tidak terlalu khusus untuk mereka tetapi semua pengguna.

Petikan dari Google + John Mueller ( Webmaster Trends Analyst )

I remember … back when Google Webmaster Tools first launched as a way of submitting sitemap files. It’s had an awesome run, the teams have brought it a long way over the years. It turns out that the traditional idea of the “webmaster” reflects only some of you. We have all kinds of Webmaster Tools fans: hobbyists, small business owners, SEO experts, marketers, programmers, designers, app developers, and, of course, webmasters as well. So, to make sure that our product includes everyone who cares about Search, we’ve decided to rebrand Google Webmaster Tools as Google Search Console.

Harap dengan penjenamaan semula Google Webmaster Tools kepada Google Search Consoles, banyakkan lagi fungsi seperti di Bing tu #eh . Senang sikit nak spy teknik SEO 2015 yang digunapakai oleh Malaysian Best Blog 2015. Hehehe…

This post was last modified on May 21, 2015 1:07 pm

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (8)

  • Ha'ah da tkar lah.. harap2 menggunakan search console kali nie dpt mnaikkan blog kita.. tutorial android dan troubleshooting android boleh kunjungi balik ye..

  • ambillah tahu jugak pasal menda ni..

    google memang macam tu..ada aje benda dia nak ubah.

  • aku x tau plak dah rebrand jenama baru sebab aku selalu masuk webmaster tool tuh dan nama dia still sama jer

  • bro, mcm mne nk buat sitelink bro? aku punya blog sitelink dh hilang. ..hmm plz..

    • Sitelink sekarang yg aku nampak dipengaruhi kalau artikel yang bro tulis rank baik di Google, kemudian rajin buat artikel berkaitan internal link ke post asal.

      Lagi satu.. jangan rajin sangat tukar theme blog.. ada pengaruhi UX structure juga..