• Utama
  • Biodata
  • Hubungi
    • Pengiklanan
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman
    • AMP Sitemap

SyahrilHafiz.com

Malaysian Blogger

  • SEO
  • WordPress
  • Info
  • Agro
  • Apple
  • Windows
    • Ubuntu
  • Google
  • Android
  • Perniagaan
  • GST

You are here: Home / Info / Honda Future Helmet-In 125cc Terbaru Dari Boon Siew Honda

Honda Future Helmet-In 125cc Terbaru Dari Boon Siew Honda

July 21, 2012 oleh Syahril Hafiz63 Comments

 Honda Future Helmet-In, Boon Siew Honda, Harga Honda Future Helmet-In, Honda Future Helmet-In 125cc, Gambar Honda Future

Assalamualaikum dan Salam Ramadan. Honda Future Helmet-In 125cc berbaloi – baloi dan nampak agak sporty disitu. Model terbaru dari Boon Siew Honda dengan “kuasa kuda” 125cc ini boleh dikatakan amat sesuai untuk penunggang yang suka berulang – alik perjalanan jarak jauh.

Saya tertarik dengan rekaan Honda Future Helmet-In kerana bawah pelana tempat duduk mampu memuatkan sebuah helmet didalamnya. Kalaulah motosikal ini keluar awal – awal tahun dulu, rasanya saya dah beli yang ini kot. Mana tidaknya, rekaan hampir sama dengan Modenas GT 128 yang saya guna sekarang. Besar, stabil dan ruangan bawah tempat duduk besar dah mencukupi.

Honda Future Helmet-In, Boon Siew Honda, Harga Honda Future Helmet-In, Honda Future Helmet-In 125cc, Gambar Honda Future

Kalau kita lihat perbezaan gambar atas dengan Honda Future Helmet-In ini memang tak banyak beza, cuma cc GT 128 tinggi sedikit :D. Lagipun saya baru beli tak sampai setahun, nak kata modify itu tak banyak sangat. Baru ini pun, just tukar tayar ke Maxxis Diamond . Sedap juga la menunggang.

Kenapa Helmet-In? Serius pelik nama dibelakang Honda baru ini. Untuk pengetahuan, Honda Future Helmet-In salah satu pakej yang cukup praktikal untuk pemiliknya. Tak simpan helmet, boleh simpan barang bukan? Menampilkan ciri-ciri lain yang menarik seperti tangki minyak seluas 5.6 liter– enjin generasi baru yang membolehkan perjalanan sejauh 338 km. Anda sendiri boleh kira berapa Ringgit Malaysia untuk satu tangki penuh? Jimat..

Honda Future Helmet-In, Boon Siew Honda, Harga Honda Future Helmet-In, Honda Future Helmet-In 125cc, Gambar Honda Future

Selain itu, tempat duduk lebar, sistem kunci berganda dan sporty break cakera depan belakang, dan jangkaan saya motosikal jenis moped Honda Future Helmet-In pasti mendapat perhatian anak muda sekarang selepas ini sebab harga mulanya pun dari RM5,578.00 sehingga RM5,998.00 seunit dan boleh didapati dalam tiga varian berbeza. Untuk warna pula, Honda Future Helmet-In 125cc ini ada tiga warna tersedia iaitu Merah Euforia Metalik, Hitam Mutiara Magelanik, dan Jingga Merjan Metalik.

Heh! agak jelly disitu, sebab semua ciri – ciri yang saya nak di Honda Future Helmet-In ini ada. Yang berminat anda boleh pergi dapatkan maklumat lanjut di pengedar sah Boon Siew Honda. Sumber gambar dari Facebook Boon Siew Honda.

Honda Future Helmet-In, Boon Siew Honda, Harga Honda Future Helmet-In, Honda Future Helmet-In 125cc, Gambar Honda Future
Honda Future Helmet-In, Boon Siew Honda, Harga Honda Future Helmet-In, Honda Future Helmet-In 125cc, Gambar Honda Future
Honda Future Helmet-In, Boon Siew Honda, Harga Honda Future Helmet-In, Honda Future Helmet-In 125cc, Gambar Honda Future
Honda Future Helmet-In, Boon Siew Honda, Harga Honda Future Helmet-In, Honda Future Helmet-In 125cc, Gambar Honda Future

Honda Future Helmet-In, Boon Siew Honda, Harga Honda Future Helmet-In, Honda Future Helmet-In 125cc, Gambar Honda Future
Honda Future Helmet-In, Boon Siew Honda, Harga Honda Future Helmet-In, Honda Future Helmet-In 125cc, Gambar Honda Future
Honda Future Helmet-In, Boon Siew Honda, Harga Honda Future Helmet-In, Honda Future Helmet-In 125cc, Gambar Honda Future
Honda Future Helmet-In, Boon Siew Honda, Harga Honda Future Helmet-In, Honda Future Helmet-In 125cc, Gambar Honda Future

Honda Future Helmet-In, Boon Siew Honda, Harga Honda Future Helmet-In, Honda Future Helmet-In 125cc, Gambar Honda Future
Honda Future Helmet-In, Boon Siew Honda, Harga Honda Future Helmet-In, Honda Future Helmet-In 125cc, Gambar Honda Future
Honda Future Helmet-In, Boon Siew Honda, Harga Honda Future Helmet-In, Honda Future Helmet-In 125cc, Gambar Honda Future
Honda Future Helmet-In, Boon Siew Honda, Harga Honda Future Helmet-In, Honda Future Helmet-In 125cc, Gambar Honda Future

*******

Contest SEO terbesar dan terbaik dari Blogger Malaysia – Eyriqazz vs Denaihati. Mari sama- sama jayakan contest bernilai RM1700 ini.

Artikel Berkaitan:

Filed Under: InfoTagged With: Boon Siew Honda, Gambar Honda Future, Harga Honda Future Helmet-In, Honda Future Helmet-In, Honda Future Helmet-In 125cc

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

About Syahril Hafiz

Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis


Comments

  1. azhar says

    June 18, 2015 at 9:27 am

    antara honda future dan honda dash repsol mana yg bagus ye??

    Reply
  2. mamat82@metadone says

    May 1, 2015 at 12:39 pm

    Ape yg penting motor kita punya nih ditunggang ke arah jln yg baik serta di redhai Allah…sbb future ni motor ekonomi buat pegi cati mkn bkn lah utk merempit…

    Reply
  3. mamat82@metadone says

    May 1, 2015 at 12:30 pm

    Salam buat semua kwn2 yg still gunakan honda future ni …mmg ler motor kita nih tak selaju lc mahupun belang tu…tetapi aku dah try balik kedah 3x,pastu tiap2 hari on the road 200km runner hntr spare part KL kajang pucong serdang usj dan aku berulang dari rumah di salak tinggi ke opis di sri kembangan ….

    Reply
  4. liew says

    April 3, 2014 at 5:38 pm

    hi anda semua…

    saya pun pakai honda future juga. pernah tanya balik kedai motor yg sy beli motor ni pasal tak laju. katanya jarum meter berat. pastu pasal minyak pula, bila jarum da sampai garis merah, dlm tu ada stengah tong minyak lagi. ni saya nak try. spare sebotol petrol dan isi penuh tangki motor pastu bawa sampai habis. nak tau berapa km saya blh jalan. TAPI BAGI SAYA, HONDA BUKAN JENTERA YANG MEMENTINGKAN PERFORMANCE SANGAT BUT PENJIMATAN DAN KETAHANAN. Ada siapa yg setuju tak?

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      April 3, 2014 at 8:37 pm

      Setuju tu, sebab tu model seperti EX5 dll apa tu tahan lasak tak cepat meragam, sekarang ni Modenas saya naik tu pun dah tak sedap bawa 🙂

      Reply
  5. aq says

    January 22, 2014 at 3:12 pm

    Sy pgguna hnda fture125S.E..sy nsihatkan tk pyh la bl hnda fture ni.pikap tkd.top speed pn tkd.sy mnyesal bl mto ni.sproket dpan trpksa sy kcikkn dr 14t kpd 13t untk dptkan pkapnya.klu tk tkar naik sorang pn tk sdap.ni kan plk nk bwk ank bni.lbh baik klua duit lbh ckt bl yamaha lc135.lgpn yamaha bnyk sparepart dn brg2 racing.sblum ni sy prnah mggunakan mto suzuki rc100,szuki rg sport,ymaha rxz dn jgk szuki fx110.myesal pn dh tk gna.sbb mto pn dh bl.tggu je la ada rzki nnt trade in je ambk ymaha lc atau 125z.tk kra la br atau trpakai..tp yg buat sy ralat sngat ialah sy hnya prlu tmbah rm300 sj untk blymaha lc biasa tnpa clutch..nmpaknya sy trtipu dgn jenama dn u-box fture ni..

    Reply
  6. aq says

    January 22, 2014 at 2:51 pm

    Mmg la smua mto br 4 stroke dwjibkn pngeluar adakan cuttoff.tp kta sbgai pgguna brasa trtipu bla bl mto dgn hrga rm6000 tp tkd pikap dn top speed pn rndah.kta tkar brg rcing pn tkd gna sgt.dh la nk klua mdal bnyk.sbb mto skrg cuttoff hbs.pston kcik.rod pndek.ekzos pn bnyak skatan.cdi pn trlalu kcik hadnya.klu mto tu hrganya sma mcm ex5 brbaloi la jgk klu tk laju.tp hrga tggi.tk spadan dgn kmampuan enjin tu sndiri..mto fture sy sndri pn nk dptkn 110kmh pn pyh.klu mndaki bkit d hiway klajuan blh jtuh hgga 80kmh.mcm mna la klu sy ni ulang alik kja dr mlk ke kl agknya.tu blum bw pnmpang lg tu..

    Reply
  7. aq says

    January 22, 2014 at 2:31 pm

    Mmg hnda future ni handle dia ringan sgt.dn bnyk lg kelemahan.sportrim standart pn lbh brat dr mto lain.mgkn sport rim dia bkan aloi.lg stu,tgki mnyk dia dibhagian blkg skli yaitu dbwah tmpt ddk pnumpang..jd brat blkg mto tu mmpunyai bban yg lbh dr mto2 lain.tk sperti mto lain yg tgkinya dbwah tmpt ddk pnunggang.

    Reply
  8. PIDUT says

    December 30, 2013 at 3:37 pm

    MOTOR NI TUKAR GEAR 1 DAN 2 NAK NAIK BONGOL JALAN PUN TAK LARAT, BERAT. ENJIN XPOWER PUN. HAMPEH BETUI..

    YG LAIN SAJA OK.
    -LAMPU TERANG
    -JIMAT MINYAK
    -RUANG SIMPAN HELMET

    Reply
  9. aim laju2 says

    December 28, 2013 at 7:50 pm

    assalamualikum brader shahril,nak tanya ape yang perlu di beli untuk tambah kelajuan motor ni yer..da setahun pakai hari2 ulang alik top cuma 100max,badan saya berat pon…nak beli motor besar x mampu…

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      December 28, 2013 at 10:13 pm

      wslm, nak tambah kelajuan korek blok, service moto balik je.. speed to normal balik la nanti. kos tu tak pasti berapa 🙂

      Reply
  10. Rina says

    December 5, 2013 at 3:33 pm

    Honda memang salah satu merek motor yang terbaik, sayapun juga punya beberapa tipe motor honda di rumah
    nice share 🙂

    Reply
  11. Akmal Aizat says

    November 9, 2013 at 11:36 pm

    Saya pakai SYM 200cc. Geng skuter jugak. hihi. Cuma agak besar tapi stabil bila berkelajuan lebih 110km terutama di highway memang best dan selesa. Minyak pun jimat. Sy tetap minat skuter tak kisah apa jenama pun. Mcm bawak kereta auto hihih.

    Reply
  12. jai says

    May 31, 2013 at 9:33 pm

    beli dekat mana???

    Reply
  13. karim ilyas says

    May 26, 2013 at 11:37 pm

    Salam, saya nak tanya, CDI Racing untuk Honda Future apa yang paling sesuai?

    Reply
  14. Farace Petra IV says

    February 24, 2013 at 8:41 am

    Salam Syahril Hafiz , antara motor honda Future dgn motor honda Ex-5 yg mna lagi tahan lasak ?

    Reply
  15. keling says

    December 30, 2012 at 11:51 am

    motor gt motor keling

    Reply
  16. Wan mohd radzi says

    December 30, 2012 at 6:08 am

    dngaq2 kata gt128 kuaq versi ketiga lak..stripe baqu warna meqah elok kot..geqam aku..

    Reply
  17. aqil mikail says

    November 23, 2012 at 4:20 pm

    salam tuan,
    saya seorang pengguna tegar jentera yamaha, dr rxz – 125z – srx (dah berkahwin)
    dr bujang sampai berkeluarga, cadang nak amik lc135, tp tgk rata2 bnyk kes curi
    so sy terjeling honda future ngan gt128 ni, bnyk review yg kata
    future – tak laju, bunyik kasar,bergegar,handle ringan kalu laju
    gt128 – sparepart susah, cdi senang rosak,maintenace tinggi,

    umur dah 30an ni cadang nak mencari motor yg bleh layan 120-130kmh jer
    bawak barang anak bini senang, klau motor rosak pun tak bnyk belanja,
    antara pilihan ni yg mana paling senang di jaga? Jimat? Selesa?

    Reply
    • ella says

      December 7, 2012 at 6:33 pm

      kakak sy br beli honda future ni..
      “tak laju, bunyik kasar,bergegar,handle ringan kalu laju ”
      yup..mmg bergegar..entah nape mahal sgt..
      break dia xmakan..kne g kedai btulkan balik..
      pstu bunyi enjin dia smcm ckit..
      mmg bole simpan brg bawah moto..tp bakul lua dia kcik ngat..

      Reply
    • liew says

      April 3, 2014 at 5:26 pm

      honda ex5 the best

      Reply
  18. Geng Droid says

    November 13, 2012 at 10:53 am

    wow…leh jimatlah minyaklah pasnie…letak dalam salah satu wishlist

    Reply
  19. peace says

    November 6, 2012 at 4:51 am

    kapasiti tank sama mcm modenas ct110..tp ct110 5.3 liter ja,honda future ni 5.6…x jauh beza sgt…tp saya geram tgk modenas dinamik baru tu dgn sistem S.A.S. yg baru…tp xpa la dh pakai gt dh…

    Reply
  20. Darun says

    November 1, 2012 at 9:34 pm

    Sye dh pakai honda future ni hmpr 2 bln. Memang cantikkk. Dpn disc brek, blkng drum brek. Km bru 1430. Pernh lari 120/h dhighway scudai-ayer hitam. X goyng. Smuanye ok. Pulas lembut. Bunyi lembut. Ptrol save. Berbaloi sngguh. Mnang beli mnang pakai. Dulu honda c70, lpas tu honda wave 100 dan kini honda future helm in…selamanya honda.

    Reply
  21. helmi says

    October 30, 2012 at 3:48 pm

    salam semua..nk tumpang bertanya..maaf krn saya kurang berpengetahuan ttg motosikal..tp berkemungkinan ingin membeli mtr dalam masa terdekat ini..mmg tertarik dgn honda future nie..tp ade dgr kbr angin ade ‘cut off’..betul ke..?? yg kedua..brek disc belakang..adakah lebih baik atau tidak..?? terutama ketika hujan..diharap tuan/puan semua dpt membantu saya..

    Reply
  22. amok says

    October 16, 2012 at 11:54 am

    lagi satu, fz150 hanya boleh lari 120km/h(standard), kalau ada yg cerita lebih dari tu, tipulah tu.. Pengalaman gua pinjam motor adik ipar, dari KL ke seremban, top tak boleh lebih 120. Cuma penjimatan minyak yg mengagumkan kerana pakai Inject. daki jln berbukit hancus, pasal gua dah kena, masa balik seremban, motor ex5 biru sama lc135 potong gua tak dapat kejar. Sebab tu gua tak jadi ambil fz, gua angkat lc. Sekian.

    Reply
  23. amok says

    October 16, 2012 at 11:45 am

    lagi satu, gua beli motor ni RM6523 OTR kat setapak danau kota.. kalau nak lagi murah, batu caves RM6450 OTR. Kalau nak beli kena rajin survey krn harga berbeza2 antara kedai. Kalau kat ampang, OTR 6900 pasal ada servis charge 300. Belajar dari pengalaman, beli jgn sembarangan.

    Reply
  24. amok says

    October 16, 2012 at 11:39 am

    kepada Zulfahasan, ini jawapan utk awak dari pemilik sebenar lc135 4speed baru. Untuk pengetahuan awak dan semua pembaca, khabar2 angin mengatakan lc baru ada cut off adalah cerita2 kosong dari pemilik lc lama yg dengki dgn lc baru. dan cerita2 ini dah dibawa melalut2 dalam internet @ forum2 internet hingga membuatkan tanggapan org cerita itu betul.. apa2 saja pada lc baru.. tak lawa.. tak laju… gua dah pakai moto ni, memang setakat 120km/h shj dpt top nya, tapi ada moto lc lama(2009 model) ikut belakang gua sampai tunduk2 lagi tak boleh gak potong motor gua.. mesti meter dia dah mesti cecah 140-150 km/h, meter gua baru 115km/h.. ini yg dikatakan meter lc135 baru meter berat, lc135 lama meter ringan.. malah tork/hp pada motor lc baru ni lebih baik dari lc lama. tiada apa yg cut off pada motor lc baru ni, cuma bacaan ralat meternya dah diperbaiki oleh pihak yamaha supaya accurate/sama dgn meter kereta. kalau ada cerita lc lama tinggalkan lc baru, itu maknanya lc lama dah modi vs lc baru standart.. lepas tu buat cerita lc baru tak laju.. come on lah.. itu namanya ibarat syok sendiri.. malah kalau bacaan meter wave 125 140kmh, takkan sama dgn bacaan meter lc135 140kmh… kerana cc yg berlainan.. jadi harap semua pembaca faham..

    Reply
  25. shahrul hafiz says

    September 19, 2012 at 3:14 pm

    salam..saya pun mcm zulfahasan dalam dilema nak ambil yg mana xtau tgh confius antara gt 128 @ honda future..ikut pengalaman skrg saya pakai waves s125 dh 7 tahun mmg best takde masalah langsung cukup bulan tukar minyak hitam dgn plug dh henjut mmg jimat kos tapi lepas overhaul 2 bln lepas enjin jd kurengla..pick up down ex5 buruk pn bleh tapau tension je rasa..dulu bleh full trottle 130 -140 skrg nk cecah 120 pn susah paling kuat 110 je dh tak feel mcm dulu mmg lain sggh..overhaul pun sebab gasket bocor kalau tak lenjan je..kopak rm 700 duit aku so saya nak tanya en syahril hafiz ni..hehe..nama dekat2 je ni tukar i dgn u je dah sama bunyi hahaha..gt 128 ni kalau servis kos tinggi tak?ada masalah tak gt 128 ni?..tgk pada bentuk gt 128 ni mmg smart & futuristick banding honda future ni tp kelebihan byk..lagi 1 byk kedai kata kalau ambil honda nanti kalau nak trade in ada harga banding modenas betul ke???

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      September 20, 2012 at 3:52 pm

      wslm. oh lagi seorang dilema, tak pe, mari saya bantu walaupun nama kita just tukar i dan u 😀

      1. Saya pernah guna moto wave s 125, memang nak dikatakan memang awesome habis la moto ni sebab tak de masalah, cuma sejak adik bawa moto ni orang langgar, ahh terus tak sedap nak menunggang lepas tu. tak pe tu lain cerita. Nak kata full throttle tu ada benda kena tukar baru laju balik, tp lupa nama komponen dia sebab saya tak berapa pandai sgt bab moto ni. bedal je bawak 😀
      2. Setakat ni (hampir 1 tahun) saya guna moto GT 128 ni, so far tak de masalah, cuma minyak hitam tuu setiap 5000km keatas sikit saya selalu tukar dan ok puas hati. Pasal servis kos tak banyak, jangan risau 🙂
      3. dan “tgk pada bentuk gt 128 ni mmg smart & futuristick”. Ini setuju! sebab gt128 nampak besar dan berat sedikit dari honda future. Bab trade in ni pula saya tak berapa pasti, sebab ni tengok atas kedai jugak kot. tp saya tak nafikan honda ada sedikit harga berbanding modenas. TQ 🙂

      Reply
  26. zamani says

    August 30, 2012 at 6:01 pm

    modenas ace 115 ok tak?? ingat nak ambik motor tu sbb berkenan dengan reka bentuk ace 115. kegunaan utk jarak dekat je, pusing2 dalam bandar kalo time malas nak drive kereta bila jem .

    Reply
  27. Aran perumal says

    August 19, 2012 at 9:53 am

    Dah bawak moto nie 2400km,rasa moti nie tak kasar dah,klau kelajuan memang lagi bagus ngan ex5 sebab cc besar,boleh potong relex je,bt ngn lc memang la kalah,bt lc maintenance tinggi,dah accident ari tue bawak moto nie,nyesal.not major accident,okie lol,will change sprk plug soon.

    Reply
  28. Mohd Shukri says

    August 15, 2012 at 2:26 pm

    Assalamualaikum…semakin hari semakin banyak pilihan. Sudah tentu para penyelidik motorsikal mempunyai sebab mengeluarkan sesuatu produk. Honda Future umpamanya mensasarkan pengguna jarak jauh yang ekonomik penggunaan bahanapinya serta membawa barangan keperluan yang manima. Sudah tentu penyelidik honda mengambil kira majoriti pengguna motorsikal di malaysia, harga bahanapinya, tabiat penggunanya dan keperluan yang tinggi. Ada kemungkinan penyelidik Modenas mengikut keperluan pengguna muda dan memenuhi citarasa pelumba-pelumba rempit yang begitu besar jumlahnya yang mana mendatangkan keuntungan yang besar, mana tidaknya…setiap masa nak “up-gred power” masing masing untuk jadi juara. Begitulah juga penyelidik syarikat yang lain lain. Ada agenda masing masing…..Wallahu’alam

    Reply
  29. hakim says

    August 15, 2012 at 8:14 am

    saya dah guna motor ne. pejalanan 900km dirasakan enjin agak kasar. menyesal jugak cuma untuk model ada disk belakan beza cuma 1k dengan lc es. bila bawa member punya motor rasanya tak berbaloi langsung sebab lc es lagi mantap. depan rasa berat di handle hadapan selisih dengan lori pun tak bergoyang sangat.future ringan sangat di depan tak percaya lihat you tube ada bikes komen ingatkan tak tak betul tapi bila dah beli baru tahu.seat pun lagi sedap dari future. kepala meter juga terlalu besar gedabak. saya tertipu dengan gimik kata dari kl keu cherating pahang cuma setangki penuh tapi pikap macam hampas. alah setakat minyak boleh isi banyak ini bukan zaman kuno dah bersepah dah stesyen minyak. ekzos future bunyi kasar tak mancam honda wave x yang pernah saya guna dulu. bunyi amat lembut bila di tunggang. enjin sama. dan kelihatan hodoh bila kena air hujan kerana di cat hitam. basuh pun tak hilang daki lumpur tu.. kika crom macam wave fulu lagi cantik. lepas raya ne. jika ada modal sy nak lego motor ne.. rasanaya sambar lc es jugak. menurut kawan sy lc juga jimat minyak dah tersa tok hp lagi sedap jika di tunggang 80-90km berbanding future kena 6/10 thurter future. dari blok yang sy ada terjumpa kata block future ne agak pendek mungki itu lah menjadikan enjin motor ini tak se sedap model terdahulu honda WAVE 125. ternyata lagi mantap dan sedap di tunggang.

    Reply
  30. hakim says

    August 15, 2012 at 7:59 am

    Honda dah banyak curi kompenan dan jimatkan kos untuk model future ne.. sampai brek depan dari 2piston jadi 1 piston. fork depan lebih pendek dari model wave 125 terdaulu. lihat lah pemijak belakang kini kompenan aloi cuma guna sedikit sahaja. yg nampak gemuk tu cuma palstik dan gimik honda sahaja. apa sangat hebat pada tempat duduk lebar sedangkan masih keras dan nipis tidak lembut macam model EX5 yang lebih tebal span nye, design juga bertangga keadaan ini menyebab kita tidak boleh mengeerak badan ke belakang bila jalan jauh. nak kata hebat deri segi jimat minyak kalau pikap takde buat apa lebih baik pakai honda c70 lagi jimat minyak.

    Reply
  31. ProfHariz says

    August 14, 2012 at 11:27 am

    Wah review barang honda. Ads ke bro ?

    Reply
  32. gamep01nt says

    August 10, 2012 at 6:49 am

    ni dgn EX5 mana lg ok ah?

    Reply
  33. Aran perumal says

    August 10, 2012 at 12:40 am

    Dan satu lagi,i terlupa nak cerita,satu kelibihan i tengok pada moto i takde kat moto lain,tapi tak pasti lak kan,dia punye seat skali boleh acces kat tempat start moto,makna nye ada satu lagi option kat tempat kunci untuk release seat,klau moti lain ada tempat lain untuk isi kunci nak bukak tapi ini tak macam tue,tu yang dimaksudkan kunci pintar,and satu lagi lc guna lampu biasa tuk break lamp,moto future guna lampu led lain drpd yang lain,moto jenis ini kat luar negara guna fuel injection but kat malaysia dia orang guna carburetor,ada blog mengatakan malaysia law using lama punye,ini buat i marah,i tgh dok fikir insatl fuel injection kat moto nie,i nak save petrol je,go green bro!terima kasih read my coment klau de pe pe nk tanya pasal moti nie dipersilakan

    Reply
    • firdaus says

      November 12, 2015 at 9:51 pm

      kepala future ni memang bergegar ke?

      Reply
  34. Aran perumal says

    August 10, 2012 at 12:30 am

    I dah beli future,tgh gunakan dia,dah 1000km,sebelum nie i guna yamaha ss 110cc,abang i punye,moto future 1litre pertol i boleh gie 60km no doubt,tu yang best,i punye kerje kene travel so easy tuk i,minyak dia orang tanggung,i isi bhp ron97,i dont drive fast,honda i rasa dia naik bukit malas skit,mesti kene potong ngan moto lain,but selekoh memang best bawak,overall i suka moto nie,bagaikan bmw klau bandingkan ngan moti lama i,hahaha..pilih honda jika mau save duit,jagan tegok body tengok life long mana sesuai tuk kita.

    Reply
  35. Ladfe Amir says

    August 7, 2012 at 2:24 pm

    memang terfikir nak angkat Honda Future jika ada rezeki lebih. Mula2 terfikir nak angkat GT128, tapi memandangkan Honda Future memberikan ruang yang besar dari simpanan minyak dan simpanan barang, ianya boleh jadi pilihan jika terfikir nak mengembara bersendirian mengelilingi Malaysia.

    letak pulak Box kat belakang, lagi banyak ruang simpanan yg tersedia.

    Reply
  36. saha says

    August 7, 2012 at 2:03 pm

    Assalamualaikum semua dan selamat berpuasa, Topik yang menarik kali ini. Tapi apa pun saya tetap pilih yamaha 115Z, sebab yamaha banyak aksesori berbanding gt128 dgn honda future.(honda bikin macam mana pun tak laju contoh terbaik honda ex5
    kedua. kalau dari segi kelajuan, ketiga-tiga motor ni bukan utk “racing” kalau nak laju beli sahaja aprilia yang sudah siap ditala enjinnya.
    ketiga. kalau tak mampu, boleh cuba suzuki belang 150R ataupun yamaha 125Z. Kalau ada ex5 nak lawan, bersepailah jawabnya.
    Yang penting niat tu, pandu cermat jiwa selamat.

    sekadar berkongsi minat dan pengetahuan, wassalam.

    Reply
  37. zulfahasan says

    August 6, 2012 at 3:57 pm

    Bro Hafiez. Saya tengah survey motorsikal yang murah, praktikal dan body cun untuk pemuda hensem macam saya (sori.. terperasan plak, 🙂 hehe..). Berikut adalah moto kapcai pilihan saya:-

    1) Modenas GT128
    Kelebihan:
    I – Enjin berkuasa 130cc
    II – Brek disc depan dan belakang
    III- Dilengkapi Tachometer RPM
    IV – Tayar tubeless IRC Wings Series (Racing Tyre)

    2) Honda Future Helmet-In
    Kelebihan:
    I – Enjin berkuasa 125cc
    II – Brek Disc depan dan belakang
    III- Ruang simpan barang 19L (Helmet-in)
    IV – Tangki minyak 5.6L

    3) Yamaha Lagenda 115ZR
    Kelebihan:
    I – Enjin berkuasa 115cc
    II – Body dan Facelift yang menarik
    III- Ruang simpan barang 7L dengan penutup

    Catatan:
    Pilihan pertama saya ialah Modenas GT128 kerana enjinnya yang cukup berkuasa (oleh Kawasaki) dan mampu memecut hingga 160Km/j atau lebih tepat kira-kira 145km/j mengikut catatan GPS (oleh pemilik GT128). Motosikal ini juga telah dikeluarkan dengan versi baru dan warna yang lebih anggun serta didatangkan dengan tayar tubeless IRC Wings Series yang amat berkualiti. Motorsikal ini juga amat stabil walaupun dalam kelajuan lebih 100Km/j.

    Pilihan kedua ialah Honda Future 125cc kerana enjinnya 125cc dan tangki minyak 5.6L. Saya juga tertarik dengan model ini kerana ruang simpanan barang yang besar dan boleh memuatkan helmet jadi tak perlu lah letak barang atau helmet kat dalam raga yang berisiko dicuri orang. Cuma saya tak berapa suka dengan design body kapcai ni yang macam model Honda terdahulu dan tak ‘future’ langsung la..

    Pilihan ketiga ialah Yamaha Lagenda 115Z/ZR. Motor ni adalah yang paling cun sekali dengan design yang amat lawa. Sayangnya enjin cuma 115cc dan kelajuan hanya 100-110Km/j sahaja malah ada yang mengatakan EX5 pun mampu mengejar Lagenda 115z ini. Kalaulah Yamaha meletakkan enjin berkapasiti 125cc dan ke atas, tentu model ini akan menjadi pilihan pertama saya. Untuk pengetahuan bro, saya sekarang menggunakan motorsikal Yamaha SS2 110cc Racing Spirit (Klac tangan) dan amat pick-up serta mampu mencapai kelajuan 160Km/j (148Km/j catatan GPS).

    Reply
    • zulfahasan says

      August 6, 2012 at 3:59 pm

      Sori bro Shahril, salah tulis nama Hafiez plak..

      Reply
    • Syahril Hafiz says

      August 6, 2012 at 6:41 pm

      heh tak dinafikan modenas GT 128 paling cukup power base on ur research, bagus2.. tak dinafikan sebab pertama saya beli modenas ni pun kerana enjin dia buatan kawasaki, tu kita serba tahu enjin dari mereka ini memang berkuasa dan tahan lasak seperti mana moto ex5 yang dulu(bukan sekarang ni ye). dan yup setuju memang stabil, nak cilok mencilok lagi tiada masalah rasanya..

      berkenaan pilihan kedua bro, honda future saya rasakan moto ni cukup pakej bagi saya sebab dia dalam keadaan sedan dah, (antara murah dan cukup pakej bagi saya). dan design tak dinafikan hampir sama macam dulu..

      yamaha ni nampak orang naik, tapi aku tak tahu pulak cc dia rendah. huh nampaknya boleh disimpul disini bro lebih gemar motosikal berkuasa tinggi (cc) dan design body yang lawa. kalau macam itu terpulang pada bro lah, sebab kalau diikutkan, honda future ni utk orang ulang alik jauh je dan gt128 utk orang muda yang inginkan kelajuan ketika menunggang :D. oh ya, kenapa tak berkenan dengan LC yamaha tu?? tak dak dlm pilihan pun

      Reply
      • zulfahasan says

        August 6, 2012 at 8:26 pm

        Sepatutnya memang Yamaha LC135 menjadi pilihan saya atas sebab kapasiti enjin yang amat berkuasa dan sesuai untuk perjalanan jarak jauh kerana kapcai ini satu-satunya yang menggunakan liquid cooling. Bagaimanapun sejak versi terbaru LC135 ES dikeluarkan, banyak komen kurang menyenangkan seperti enjin LC135 tidak sama seperti versi yang pertama dan kurang laju (Cd-i cut-off) iaitu setakat 120Km/j sahaja. Ada juga komplin LC yang baru ini lembab dan kurang pickup serta rasa berat. Bagaimanapun setahu saya model LC135 ES 4-Speed sahaja yang ada masalah problem nih manakala bagi LC versi 5-Speed (manual clutch) rasanya OK kot sebab ada tak ada dengar pun komplin dari pembeli.

        Dari sudut harga pula LC135 boleh dikatakan agak mahal iaitu anggaran RM6688 OTR Cash. Kalau tambah RM1k lagi dah boleh angkat FZ150i dan model Street Bike ini amat menjimatkan petrol kerana menggunakan teknologi fuel injection. Pick-up dan speed FZ150i ini kira OK la dan boleh mencapai kelajuan maksimum 145Km/j.

        P.s: Ikutkan hati aku sambar je Double R (Kips) senang aku tapau suma motor atas jalan raya.. heh heh

        Reply
  38. zulfahasan says

    July 30, 2012 at 11:35 am

    Bro. Aku pun nak angkat moto baru gak bulan depan tapi x tau nak ambik Modenas GT128 atau Honda Future. Saya cuma nak tau Motor GT128 ada ruang simpan barang tak kat bawah tempat duduk macam Honda Future punya?

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      August 2, 2012 at 11:33 pm

      itu masalahnya satu, GT 128 sangat kedekut simpanan barang, dah la raga kecik..
      kalau bro nak cuba honda future ni saya amat sarankan, 120cc dan tangki besar ok dah..cukup pakej yang honda future ni #serius

      Reply
      • aq says

        January 22, 2014 at 2:23 pm

        Sy pgguna hnda fture125S.E..Sy nsihatkan jgn bl hnda fture.pkap tkd.top pn tkd.sy mnyesal bl fture ni.sproket dpn trpksa kcikkan dr 14t ke 13t untk dptkn pkap.klu tk tkar naik sorang pn tk sdap.ni kan plak nk bw ank bni..baik bk ymaha lc135.biar klua duit lbh ckit.lgpn yamaha bnyk sparepart dn brg racing.sblum ni sy prnah gna mto szuki rc100,szuki rg sport,ymaha rxz dn akhir skali szuki fx110.mmg mnyesal ambk future ni.sbb tmbah duit ckit je lg blh dpt lc..

        Reply
  39. daddydee says

    July 27, 2012 at 12:41 am

    Design yang cun tapi saya lebih prefer yamaha dari honda.

    Reply
  40. fauzan says

    July 26, 2012 at 12:19 am

    agak2 mana lg laju, gt 128 ke honda future nih??

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      August 2, 2012 at 11:31 pm

      kalau tengok pada cc, gt 128 lagi tinggi
      saya run gt 128, ok 140 jalan.. dan tak gegar, tp full throttle la

      Reply
  41. hafizmd says

    July 25, 2012 at 4:03 pm

    ingat tadi nak citer pasal helmet…hohohoho

    sekali pasal moto daa…tp serius…smart moto ni…andailah aku ada punya wang lebih..mesti dah trade in moto honda lama aku tuh… =)

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      August 2, 2012 at 11:30 pm

      helmet in bang oii haha
      dah tengok orang naik, cantik gak

      Reply
  42. Juan says

    July 23, 2012 at 10:54 pm

    bagus juga nih sebab helmet boleh muat

    Reply
  43. Denaihati says

    July 23, 2012 at 10:53 pm

    tangki agak besar banding kapcai lain rasanya, jauh jarak perjalanan bermakna kurang kerap isi minyak jadi tarikan, sesuai perjalanan jauh.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      August 2, 2012 at 11:29 pm

      kapcai tangki besar ni memang berat la, agak besar disitu

      Reply
  44. Jebeng Otaiâ„¢ says

    July 22, 2012 at 6:32 am

    agak keliru skit skit akses pintar tu..huhu

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      July 22, 2012 at 7:05 am

      sila layari laman web Boon Siew Honda untuk selanjutnya 😀

      Reply
  45. deen says

    July 22, 2012 at 1:41 am

    simple gak design dia…
    honda…dulu kini dah selamanya!

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      July 22, 2012 at 7:04 am

      yeah! #eh aku tak guna honda 😀

      Reply
  46. akubiomed says

    July 21, 2012 at 7:14 pm

    Saya suka akan ruang penimpanan yang besar dan boleh memuat kan sebiji topi. Patutlah semalam saya ada ternampak lori mengangkut ada motor Honda moped yang lain reka bentuknya.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      July 22, 2012 at 7:03 am

      yup, semalam baru start edar kot

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

Tentang Penulis

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Syahril Hafiz. Follow saya di Media Sosial
SyahrilHafiz.com
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

Mesti Baca



Artikel Terbaru

  • 3 Tips Terbaik Membeli Di Shopee, Lazada & 11Street.my Jualan Murah
  • 5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online
  • 7 Pemasaran Instagram – Cara Buat Duit Online Letupkan Jualan Di Instagram!
  • DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil
  • Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
  • Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online
  • Susah Close Sale Bisnes Online? Ikut Langkah Simple Close Sale Guna WhatsApp
  • Cara Beli Barang Online Di Lazada Malaysia
  • Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan & Diet Harian
  • Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

RSS Resepi Menarik

  • Resepi Mee Goreng by RESEPIADIK
  • Resepi Cucur Labu Sedap
  • Resepi Kuih Sagu Kelapa Parut
  • Resepi Sotong Celup Tepung Bestari
  • Resepi Kek Basque Burnt Cheesecake

Pilih Arkib

Pilih Kategori

PRODUK UNTUK DIJUAL

Minyak Enjin Kereta Terbaik

Anak Pokok Limau Nipis

Anak Pokok Betik Sekaki

Susu Kambing Segar Dari Ladang

Susu Lembu Segar Dari Ladang

Chia Seed Murah & Organik

ANDA PERASAN BLOG INI LAJU?

Hosting yang disarankan adalah [1]. Rakan kerjasama Laman Rujukan Kerjaya & Minyak Enjin XRA Power

Hakcipta Terpelihara © 2023 SyahrilHafiz.com· Kembali ke Atas