Install Mint Gnome Shell Extensions (MGSE) Di Ubuntu 11.10 ANDA

Jika anda sudah mencuba Linux Mint 12 “Lisa” terbaru, sudah pasti anda merasakan sesuatu kelainan pada sistem operasi tersebut dimana versi ini didatangkan dengan dekstop baru Gnome 3 termasuk Mint Gnome Shell Extensions dan MATE. Kelainan pada Linux Mint 12 ini lebih laju, ringan dan lain lain.

Ciri – ciri yang ditampilkan pada Linux Mint 12, lebih kepada memudahkan pengguna, erti kata lain lebih mesra pengguna. Pelbagai fungsi telah ditokok tambah dan semestinya Linux Mint sekarang mendominasi Ubuntu yang dikata akhir akhir ini versinya berat, buggy dan sebagainya. Kalau macam tu biarkan orang nak kata apa, anda teruskan mengguna mana yang sesuai. Jom install Mint Gnome Shell Extensions (MGSE) di Ubuntu anda dimana nampak lebih ceria 😀

Tutorial kali ini disedut dari Web Upd8, dan berkenaan dengan cara install theme menggunakan Gnome Tweak Tool akan dikemaskini kelak. Review mengenai Linux Mint 12 ” Lisa” akan menyusul juga jika tidak keberatan.

1. Buka terminal > taip PPA dan command dibawah

sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/gnome3
sudo apt-get update
sudo apt-get install mgse-bottompanel mgse-menu mgse-windowlist

2. Kemudian log out dan login semula

3. Buka GNOME Tweak Tool, dan On pada seperti gambar dibawah

  • Menu Extension
  • Bottom Panel Extension
  • Window List Extension

4. Siap. Kini anda boleh menyesuaikannya mengikut themes yang bersesuaian seperti dekstop yang saya guna sekarang Aqua.

Selamat mencuba, kini Ubuntu 11.10 anda dilengkapi MGSE sama seperti Lisa Oh Lisa. Terima kasih Web Upd8 untuk PPA tersebut.

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (21)