Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Alhamdulillah, kini open source selangkah demi selangkah mampu kehadapan. Justeru itu, Ubuntu 11.10 atau Oneiric Ocelat akan dilepaskan dalam beberapa minggu sahaja lagi. Jadi saya pun tak nak melepaskan peluang ni, kembali explorer Ubuntu pada masa akan datang dan anda boleh muaturunnya disini kelak. Nak dikatakan secara simple bagi Ubuntu 11.10, pelbagai fungsi menarik telah dipertampilkan antaranya LightDM, interface dan lain lain lagi. Secara rambangannya saya pun tak sempat nak merasa beta bagi Oneiric ini kerana merasakan tak perlulah lagi, tunggu versi stabil katakan 🙂
Bagi yang menggunakan dua sistem operasi dalam komputer/laptop(dual boot) ataupun lebih, kini anda boleh menjadikan Grub2 tu sebagai history dimana ianya auto select OS selepas ini. Apa yang dimaksudkan kat sini, jika sebelum ini kita perlu set default boot OS yang nak dibahagian atas tetapi kini jika anda masuk Windows, secara automatiknya jika restart/shutdown komputer terus boot kepada OS sebelumnya pada tampilan Grub2.
Ikut langkah dibawah untuk edit Grub anda :
1. Buka terminal > taip command dibawah(jika minta password, masukkan passwd anda)
sudo nautilus
2. Klik File System > folder etc > folder default dan KLIK pada grub atau masukkan command ni dalam terminal
gksu gedit /etc/default/grub
3. Tukar dari
GRUB_DEFAULT=0
kepada
GRUB_DEFAULT=saved
GRUB_SAVEDEFAULT=true
4. Kemudian taip command ni di terminal
sudo update-grub
Lihat hasilnya dimana cuba anda boot ke OS lain dan restart. Selamat mencuba!
grub nie pemende yer? haha, nie post untuk programmer ke? takleh laaa aku nak join.. OS pun aku stick ngan windows jer.. huhu
bimbang jugak mimpi buruk maen edit2 grub ni… malas dah nak pasang bUrg skang ni…. stay to default is the wiser option at all
Aku baru je siap downlod ubuntu 11.10 ni,boleh follow tuto ni nanti
untuk update kali ini memang cepat … aku nantikan yang latest…
Saya masih lagi guna versi 10.10 kerana semasa guna 11.04 beberapa kali crash tidak tahu punca.
tunggu versi 11.10 stabil release. boleh cuba cara ni.
~ bila la nak betul-betul comfort dengan linux ni. 😐
menarik tutorial ni bro. akan dicuba.. by the way rasa macam cepat pulak developer update versi Ubuntu ye. dah 11.10 sekarang ni ye 😀