Jadikan Grub2 Auto Select Kepada Sistem Operasi Terdahulu

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, kini open source selangkah demi selangkah mampu kehadapan. Justeru itu, Ubuntu 11.10 atau Oneiric Ocelat akan dilepaskan dalam beberapa minggu sahaja lagi. Jadi saya pun tak nak melepaskan peluang ni, kembali explorer Ubuntu pada masa akan datang dan anda boleh muaturunnya disini kelak. Nak dikatakan secara simple bagi Ubuntu 11.10, pelbagai fungsi menarik telah dipertampilkan antaranya LightDM, interface dan lain lain lagi. Secara rambangannya saya pun tak sempat nak merasa beta bagi Oneiric ini kerana merasakan tak perlulah lagi, tunggu versi stabil katakan 🙂

Bagi yang menggunakan dua sistem operasi dalam komputer/laptop(dual boot) ataupun lebih, kini anda boleh menjadikan Grub2 tu sebagai history dimana ianya auto select OS selepas ini. Apa yang dimaksudkan kat sini, jika sebelum ini kita perlu set default boot OS yang nak dibahagian atas tetapi kini jika anda masuk Windows, secara automatiknya jika restart/shutdown komputer terus boot kepada OS sebelumnya pada tampilan Grub2.

Ikut langkah dibawah untuk edit Grub anda :

1. Buka terminal > taip command dibawah(jika minta password, masukkan passwd anda)

sudo nautilus

2. Klik File System > folder etc > folder default dan KLIK pada grub atau masukkan command ni dalam terminal

gksu gedit /etc/default/grub

3. Tukar dari

GRUB_DEFAULT=0

kepada

GRUB_DEFAULT=saved
GRUB_SAVEDEFAULT=true

4. Kemudian taip command ni di terminal

sudo update-grub

Lihat hasilnya dimana cuba anda boot ke OS lain dan restart. Selamat mencuba!

This post was last modified on October 7, 2011 9:14 pm

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (7)

  • grub nie pemende yer? haha, nie post untuk programmer ke? takleh laaa aku nak join.. OS pun aku stick ngan windows jer.. huhu

  • bimbang jugak mimpi buruk maen edit2 grub ni... malas dah nak pasang bUrg skang ni.... stay to default is the wiser option at all

  • Saya masih lagi guna versi 10.10 kerana semasa guna 11.04 beberapa kali crash tidak tahu punca.

  • tunggu versi 11.10 stabil release. boleh cuba cara ni.
    ~ bila la nak betul-betul comfort dengan linux ni. :-|

  • menarik tutorial ni bro. akan dicuba.. by the way rasa macam cepat pulak developer update versi Ubuntu ye. dah 11.10 sekarang ni ye :D