Jom Lepak -Lepak

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Sebelum aku meneruskan posting aku untuk hari ini, aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Harap korang semua dan aku idamkan puasa penuh yer tahun ini(haha).

Jadi ada apa dengan tajuk entri aku untuk kali ini. Jom Lepak- Lepak, alahai melepak saja kerja aku ini. Oppps sebelum korang fikir macam2 tentang perwatakan aku ini, baik korang baca dulu(sememangnya aku ni bukan jenis orang yang suka melakukan aktiviti- aktiviti tidak berfaedah).

Jom Lepak- Lepak untuk kali ini aku nak kisahkan sekarang aku suka lepak di forum pulak, macam3 benda, ilmu yang di topupkan kat kepala aku sekarang. Kan lebih baik cari ilmu tu dimana-mana aje.

Forum Jom Linux

Ha ah korang,sekarang ni aku suka pulak duk kat sana, entah kenapa(suka cari masalah), cari penyelesaian le setelah aku suka godek ” Try and Error”.

Sekarang Forum Jom Linux telah membuka satu lagi ruangan untuk kita semua bersantai2 sambil lepak2 topup ilmu

Ok sini aku nak ingatkan kepada korang semua yang takut2 lagi nak guna Linux menggantikan Jendela Piratez yang korang miliki sekarang(hehe). Korang boleh la register di forum tersebut dan tanya pendapat/cadangan yang kukuh lagi bagi korang betul3 yakin untuk menggunakan Linux.” Elak Virus, Elak Pirate”

Jadi disini juga dan ruangan ini akan membincangkan segala hal yang santai2 dan tidak berapa serius. Jadi korang boleh ikut serta jika ada kemusykilan lagi untuk menggunakan Linux. Sememangnya aku pun sekarang pengguna Linux. Nak dikongsikan benda yang berfaedah, tak salah kan. ” Sharing is Caring”

Tambahan lagi, forum ini sekarang akan terus berkembang dan terus memajukan Sumber Terbuka/ Linux di Malaysia. Dengan tagline JomLinux, “Pencipta Budaya, Pereka Dunia”.

Jadi jumpa korang disana yer…

Forum Komuniti Malaysia[ AkuPenglipurlara.com]

AkuPenglipurlara.com telah membuka satu forum untuk kita semua samaada blogger lepak2 disana. Konsep yang digunakan lebih kepada Open Topic, dimana apa2 aje boleh dikongsikan bersama. Mr Z sebagai admin diforum Komuniti Malaysia AkuPenglipurlara sangat2 sporting dan cool kerana dia kecik2 dulu suka tengok juga cerita Teletubies dan Barney and Friends(muahaha kiasan je Mr Z)

Jadi nak terangkan secara detail lagi, aku tak berapa tahu sangat. Jom jumpa aku disana.

p/s kalau nak tukar/buntu menggunakan Linux…jom lepak IT di Forum Jom Linux

p/s kalau asyik sibuk sokmo…jom la release tension korang di Forum Komuniti Malaysia AkuPenglipurlara.

This post was last modified on August 12, 2010 7:11 pm

Syahril Hafiz :Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (49)

1 2 3