Kuasai Pasaran Tempatan Dengan Teknik SEO Lokal. Tips Jual Produk Secara Online !

Rahsia menguasai pasaran lokal/tempatan dengan mudah. Mudah sekiranya anda sanggup baca artikel ini sampai habis dan saya akan pastikan selama yang anda buat sekarang ini untuk pemasaran produk yang menelan belanja ribuan ringgit akan terhenti atau dikurangkan sedikit kos pemasarannya.

Saya akui pada mulanya amat susah untuk rankingkan laman web atau artikel berkaitan perniagaan bersaing dengan pemain utama yang sudah lama bertapak secara online. Tetapi kalau nak diikutkan kalau anda sentiasa follow up, merancang strategi dan merangka teknik SEO Lokal yang sempurna, anda mampu untuk buat jualan pertama secara online.

Sebelum itu, apa kata anda teliti fakta ini terlebih dahulu. Ini rahsia pemain utama produk yang anda ingin bersaing ;

  • Internet kini merupakan peralatan paling popular untuk mencari produk @ perkhidmatan lokal. Direktori Listing yang traditional seperti Yellow Pages adalah seperti kitab ketinggalan zaman. Tiada siapa yang menggunakan buku tebal itu lagi! 😉
  • Google merupakan enjin carian yang paling dominan didalam Internet dan peratusan menunjukkan bahawa hampir 97% pengguna Internet kini membuat carian didalam Google untuk mencari kedai dikawasan mereka secara lokaliti. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tingkahlaku pembeli kini telah mengalami revolusi yang mendadak!
  • Jika anda bertindak cepat untuk meletakkan laman web perniagaan anda diposisi hadapan Google disaat prospek anda mencari produk @ perkhidmatan yang berkaitan dengan perniagaan anda melalui Internet, ia akan memberikan impak yang besar keatas keuntungan syarikat anda!

Dengan menguasai enjin carian Google, anda mampu menjadi salah satu Malaysia Best Blog 2015. Kuasai ilmu SEO, itu kunci emasnya.

Rahsia Teknik Juara SEO Lokal Ini Belum Diterokai Sepenuhnya Oleh Peniagaan PKS Yang Lain

Jika mengambil kira berapa prospek yang kita tentu akan dapat melalui secara online beli produk kita, apa kata anda ambil peluang ini sekarang. Sebabnya dengan Juara SEO Lokal, anda mampu tingkatkan jualan perniagaan anda seperti yang saya sudah lakukan iaitu jual susu kambing segar, susu lembu segar dan produk pertanian yang lain kalau anda lihat di sidebar sebelah 🙂

Anda Akan Rugi Jika Lambat Bertindak !

Ini jawapannya. Rata – rata yang melawat dan membaca artikel yang saya tulis jauh dari Utara. Saya hanya fokus jualan susu kambing segar dan susu lembu segar hanya di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sahaja. Tapi ini dari JB! Rugi la pengedar susu kambing Johor gagal memanfaatkan produk Google seperti Google Plus, Google Places Business dan Google Maps sebaik mungkin!

This post was last modified on December 25, 2016 2:07 pm

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (12)

  • jual online mmg best. tp kene pandai huhu. kena berhati hati jugak sbb ramai yg ambik kesempatan untuk mnipu..

  • Hebat ya dspat menguasai SEO lokal di google search. Kena belajar ni. Mana tahu bila jual nanti boleh dapat prospek di seluruh Malaysia.

    • yang tiada premis, berniaga di rumah pun patut cuba cara ni, lonjakkan bisnes sambil naikkan jualan :)

  • SEO penting kalau serius dalam bidang ni. BW cam ni penat ehhh.. Mau organik juga masyuk baru best..

    • Hehehe, Yay or Nay saja. Lambat bertindak rugi banyak. Baikkan amalkan sekarang trafik dari organic :)

    • setuju ! Rugi la kalau buat bisnes secara offline saja, lepas tu promote di FB dan sebagainya tanpa kekal lama. Ada produk/pakej macam ni lagi senang nak naikkan sales, long term pulak tu :)