• Utama
  • Biodata
  • Hubungi
    • Pengiklanan
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman
    • AMP Sitemap

SyahrilHafiz.com

Malaysian Blogger

  • SEO
  • WordPress
  • Info
  • Agro
  • Apple
  • Windows
    • Ubuntu
  • Google
  • Android
  • Perniagaan
  • GST

You are here: Home / Lain- Lain / Kenapa berblog,Syok sendiri ke?

Kenapa berblog,Syok sendiri ke?

June 9, 2010 oleh Syahril Hafiz23 Comments

Assalamualaikum semua. Pertama sekali kalau entri ini terkasar bahasa, minta maaf banyak2 yerk. Hari ini aku nak kongsikan renungan aku  bersama korang. Ok banyak persoalan yang bermain difikiran aku ini, nak disimpulkan semua alamaknya demam la aku esok. Pertama persoalannya, “Kenapa Aku Berblog, “Kenapa Aku Buat Blog” dan “Kenapa Aku Habiskan Duit Dengan Berblog”. Ini aku nak korang dengar lagu ini,dinyanyikan oleh Coretan Cyber Masa- Lagu untuk Blogger

Berkisarkan lagu tersebut, blog untuk hobikan. Yelah kalau berblog  mesti kena ada minat  juga..minat + hobi = syok sendiri. Itu kalau jawapannya. Salah!! Minat ditambah pula dengan hobi, jawabnya akan mendapat kepuasan..kepuasan diri ketika berblog. Selain dunia nyata, dunia maya juga banyak membantu kita lebih berfikiran luas dan kehadapan,maknanya kalau korang masuk ini..ini..ini..dan ini.

Apa korang dapat? Ilmukan. Ilmu, itu yang aku fikirkan. Selain belajar mengadap buku je, blog juga memainkan peranan penting dalam menyampaikan apa saja bentuk/jenis maklumat untuk pembaca diluar sana yang mencari info2 terkini. Biarlah entrinya pendek je, tapi kandungan mantap, dengan kata lain terselit isi tersurat dan tersirat, “Berfikir,berfikir dan terus berfikir” kita setiap persoalan yang ingin disampaikan oleh penulis. “THINK OUT OF THE BOX” ungkapan ini ada guna waktu persekolahan dulu,dan bukankah mengasah lagi pemikiran kita selain penulisan entri yang ada point nya. Tak kisahlah , syok sendiri ke apa ke, janji segala perkara yang kita lakukan kenalah ikhlas, dari situ barulah ada berkatnya.

Bagi newbie macam aku la, mungkin penulisan ini tak setanding oldbie(untuk blogger lama eh) lagikan. Ini yang aku nak ingatkan. Korang banyaklah masuk diblog yang dah lama bertapak dalam dunia blogging ni, tak pun yang terbaek punya. Ingat kalau kunjungan kita ke blog oldbie terdapat entri baru, komenlah dengan seikhlas mungkin. Ini mungkin akan ada backlink sesama kita..oldbie + newbie = smartbie..hehe.

Itu bagi newbie, bagi yang dah lama berblog atau nama topnya bagi aku, oldbie, penulisan korang memang mantap dan best. Sebab tu korang tak kisahkan kalau newbie melakukan perkara diluar jangkaan korang seperti jenayah copy paste ini. Ini kerana sama macam aku dulu jugak permulaan blogging. Selepas itu newbie2 ini akan menjadikan blog2 korang yang terserlah ini sebagai bookmark. Maknanya setiap masa, setiap detik akan menjadi ikutan ataupun silent reader. Syok sendiri pulak, jangan ambil kisah sangat kerana dari situ korang boleh perbaiki,perbaiki dan terus perbaiki penulisan agar lebih mantap dan bagus. Boleh dikatakan sekarang ini blog makin mendapat tempat dihati semua orang, tak kiralah muda dan tua duduk dalam satu bumbung, sama2 bergerak ke arah kemajuan diri bersama, hehe sama macam Wawasan 2020 lah kot yang mana korang baca ini. Aku suka pemikiran Chedet, kalau lah orang kita ramai berfikiran seperti beliau InsyaALLAH , Malaysia di mata dunia. Ok dengan itu , berblog mungkin ada kepuasan di diri masing2..sekian

notakaki: terkasar bahasa ke apa ke macam oldbie tu maaf yerk, mudah nak ingat je. Perkataan “aku”,”korang” dan lain2 sebagai kata ganti diri  kerana saya budak baru belajar..hehe

*p/s gambar tu rembatan mr google  =)

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Lain- LainTagged With: blogging, dunia blog, kenapa berblog

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

About Syahril Hafiz

Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis


Comments

  1. W.HabibuRahman says

    January 9, 2012 at 9:00 pm

    khai pesan kalau nk berbloging kita kena ikhlas tau..heheh

    Reply
  2. eiyja says

    December 21, 2011 at 3:32 pm

    kenapa saya be blog?
    sebab suka nak luahkan apa yang ada di hati…
    menghilangkan rasa tak selesa dalam hati
    sebab banyak sangat benda nak di simpan…
    dengan adanya blog hidup saya tak la sesunyi sebelum ni..
    be blogger ni dapat la saya tgk sejauh mana bakat saya dalam penulisan ni.. 🙂

    Reply
  3. Azizah Alwi says

    December 19, 2011 at 11:05 pm

    Kalau berblog sebagai hobi dan punya passion dalam bidang ini for sure akan dapat kepuasan sendiri.Example if ada satu kumpulan manusia itu meminati musik sudah tentu dia akan ghairah bercerita mengenainya.Kalau tak lain jadinya.Berblog semata-mata kerana duit jugak tak akan menghasilkan blog yang berkualiti.Itu sudah pasti.Bila berblog semata-mata kerana duit lama kelamaan perasaan utk berblog akan hilang dengan sendirinya.Lagi satu saya kurang gemar bila bukak blog-blog gossip pasal tak semua berita yang disampaikan adalah benar.Kalau salah info yang disebarkan pemilik blog itu yang akan mendapat bahana.Btw your have a good point here. Keep it up =)

    Reply
  4. Faridzuan says

    May 26, 2011 at 5:41 pm

    Kenapa saya berblog? Entahlah, tapi saya suka bersaing design dengan kawan2 hehe 😀

    Reply
  5. Paksu-IT says

    July 7, 2010 at 10:11 pm

    ya, betul2… kena buang prasangka syok sendiri tu.. sebagai seorang blogger, kita perlu teruskan dengan matlamat kita.. Hobi boleh jadi penjana pendapatan tu..

    skg ni PM pon suruh main blog.. hehe..

    Reply
    • syahrilhafiz says

      July 7, 2010 at 11:58 pm

      hurm pasal ayat last sekali..
      ye ke..
      fuh gempak la kan pasni…hehe

      Reply
  6. botak says

    June 15, 2010 at 12:27 pm

    tak dinafikan ramai antara kita punya niat utk mendpt keuntungan dgn berblogging..tp utk newbie mcm kita ni, kena cari jalan utk menuju kejayaan yang lebih tu..banyak sebenarnya liku2 kehidupan dlm dunia blogging ni..huu~

    Reply
  7. nazra says

    June 11, 2010 at 3:12 pm

    asalkan berblogging tak menyentuh sensitiviti org, agama, bangsa udah ler

    🙂

    Reply
    • syahrilhafiz says

      June 11, 2010 at 5:43 pm

      yup sy setuju…kalau sentuh isu2 macam tu memang bahaya le..=)

      Reply
  8. acapz says

    June 10, 2010 at 5:17 pm

    enjoy blogging. hepy2 je. xde spe kesah pon. jnji kte yg puas hati. hahaha. keep it up!

    Reply
    • syahrilhafiz says

      June 11, 2010 at 5:17 pm

      bereh bro.. saja minta pandangan semua, nape nak berblogging..=)

      Reply
  9. Syahril Hafiz says

    June 9, 2010 at 2:45 pm

    first, oh about hot issues and so on, i decide cannot go on with that..(even i like politic issue..hehe)
    second, yes i agree with u which have a blog must also find our identity..
    third.. yes i love my family also then that why i blog just wabt to share my duke bitch with my reader…hehehe..that all

    Reply
  10. Hidayah says

    June 9, 2010 at 12:53 pm

    Maybe not exactly ‘syok sendiri’.. but it is still important to have a sense of self accomlishment… I mean if you blog about things you actually have no interest in but are currently HOT or CONTROVERSIAL issues just to make sure your traffic is through the roof.. in the end it defeats the whole purpose of blogging..

    The best measure is ..IF someone who knows nothing about you stumbles upon your blog (which is what happens most of the time anyway), they should have a sense of who you are..your blog should reflect your personality ..so if your blog is full of posts about sex tapes and celebrity affairs etc ..hmmm..

    PS: I love my family, I love my friends, I love enjoying good food, I love reading good books, I love watching good movies.. and I love writing and sharing.. that’s why I blog. U?

    Reply
  11. ArdiniHumaira says

    June 9, 2010 at 8:42 am

    betul tu… kena komen seikhlas mungkin. elakkan dari cakap benda tuan blog sakit hati.. macam kita juga. mana kita suka sakit hati kan…

    psst.. best gak kan guna perkataan oldbie tu. hehe..;)

    Hai.. Jemput Ke Blog Dni 😉

    Reply
    • syahrilhafiz says

      June 9, 2010 at 8:48 am

      yup.. setuju..then nak komen tu, jangan sampai dia terasa pulak kan..=)

      oldbie??? alamak, rasanya diorang marah tak pakai perkataan ni yerk..huhu

      Reply
  12. Jard says

    June 9, 2010 at 8:30 am

    sokong.. ehehe..

    Reply
    • syahrilhafiz says

      June 9, 2010 at 8:38 am

      yeah jard, kita satu kepala…
      tq =)

      Reply
  13. ain illiyana says

    June 9, 2010 at 8:29 am

    salam…knp syok berblog sendiri?
    erm..sbb sy ni jenis xpandai nak bercerita or luah perasaan through voice?..apakah?…through words, macam2 noleh dikata..huhuhu..xkesahlah apa yg org nk kata or cakap..janji, ada kepuasan pada diri sendiri..

    Reply
    • syahrilhafiz says

      June 9, 2010 at 8:37 am

      hehe biasala tu, belajar slow2 dengan orang yang lama dalam blog ini. Tak kan tak de favourite blog kot..
      yup kepuasan..epy blogging awak =)

      Reply
      • ain illiyana says

        June 9, 2010 at 8:40 am

        hohoho..feveret blog suda semestinya ada…

        mestila blog kak jard the great…(bukan membodek yer) huhuhu

        Reply
        • syahrilhafiz says

          June 9, 2010 at 8:44 am

          bagus ler..
          .hah tak pe bodek2 nih..tak salah pun, makin bersemangat lagi dia ada la…hehe..

          Reply
  14. chekgu naman says

    June 9, 2010 at 8:26 am

    jangan jadi macam adukataraguna..hehe

    Reply
    • syahrilhafiz says

      June 9, 2010 at 8:34 am

      ehehe tak akan punya,..
      kan kita blog ni tak mo isu2 sensitif

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

Tentang Penulis

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Syahril Hafiz. Follow saya di Media Sosial
SyahrilHafiz.com
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

Mesti Baca



Artikel Terbaru

  • 3 Tips Terbaik Membeli Di Shopee, Lazada & 11Street.my Jualan Murah
  • 5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online
  • 7 Pemasaran Instagram – Cara Buat Duit Online Letupkan Jualan Di Instagram!
  • DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil
  • Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
  • Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online
  • Susah Close Sale Bisnes Online? Ikut Langkah Simple Close Sale Guna WhatsApp
  • Cara Beli Barang Online Di Lazada Malaysia
  • Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan & Diet Harian
  • Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

RSS Resepi Menarik

  • Resepi Mee Goreng by RESEPIADIK
  • Resepi Cucur Labu Sedap
  • Resepi Kuih Sagu Kelapa Parut
  • Resepi Sotong Celup Tepung Bestari
  • Resepi Kek Basque Burnt Cheesecake

Pilih Arkib

Pilih Kategori

PRODUK UNTUK DIJUAL

Minyak Enjin Kereta Terbaik

Anak Pokok Limau Nipis

Anak Pokok Betik Sekaki

Susu Kambing Segar Dari Ladang

Susu Lembu Segar Dari Ladang

Chia Seed Murah & Organik

ANDA PERASAN BLOG INI LAJU?

Hosting yang disarankan adalah [1]. Rakan kerjasama Laman Rujukan Kerjaya & Minyak Enjin XRA Power

Hakcipta Terpelihara © 2023 SyahrilHafiz.com· Kembali ke Atas