Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Hari yang sesuai untuk kemaskini blog ini selepas entri lepas ” Info Tentang Masakan Makanan Barat“. Seperti sedia maklum saya tak pasti, penerimaan blog ni boleh diterima ke tidak, kalau blog peribadi ini berkongsi segala info kepada anda. selepas ini Harap-harap boleh diterima seadanya lah selepas ni. Sempena Tahun Baru Cina akan tiba tak lama lagi, perkongsian kali ini bukan mengenai buah limau.Tetapi buah yang seakan dengannya iaitu khasiat sebiji oren.
Kita mungkin tak tahu, sebiji oren mampu memberikan kita kesegaran yang tak terhingga jika buat sebagai jus, sajian makanan dan sebagainya. Memang tak terkata bila “sekali pekena”, pergh nak lagi kan?
Khasiatnya sebiji oren ni, saya mulakan dengan asal usul terdahulu.
Buah oren berasal daripada negara China ribuan tahun yang lalu dan seterusnya diperkenalkan di benua-benua Eropah. Kini boleh dikata hampir semua ianya ditanam di seluruh pelusk dunia. Buah oren atau nama saintifiknya Citrus Sinensis termasuk dalam genus Citrus dan mampu bertahan selama 2-3 hari sekiranya disimpan dalam suhu bilik. Negara Brazil merupakan pengeluar terbesar jus di dunia diikuti Amerika Syarikat.
Selain daripada minuman jus, buah oren diambil patinya untuk dijadikan aromaterapi, minyak wangi dan bahan wangian. Ianya juga dijadikan bahan perisa untuk makanan seperti jem, marmalade, aiskrim dan sebagainya. Amalan makan sebiji oren saiz sederhana dikatakan mencukupi untuk keperluan tubuh badan kita atau dibuat jus jika tak mahu makan begitu saja.
sumber gambar disini
Untuk pengetahuan anda semua lagi, selain dibuat pelbagai produk untuk keperluan semasa, kita juga perlu tahu jenis-jenis buah oren yang terdapat di dunia ini, antaranya ;
1. Oren Blood(Blood Oranges)
- Buah oren yang kelihatan eksotik ini mempunyai isi berwarna merah darahΒ dan rasanya manis serta berjus. Ia amat dikenali di Itali dan tumbuh di seluruh kawasan Mediterranan.
- Kegunaan : Kulit perlu dikupas dan enak dimakan begitu saja.
2. Oren Delta( Delta oranges)
- Buah oren ini dikenali sebagai oren Valencia. Bersaiz kecil dan mempunyai kulit nipis dan mudah dikupas.Disamping itu, mempunyai isi manis, berjus dan mempunyai biji.
- Kegunaan : Boleh dimakan mentah atau dijadikan salad dan dibuat puding.
3. Oren Navel( Navel oranges)
- Buah oren ini manis, berjus dan mempunyai biji. Ia dinamakan navel pusat berdasarkan strukturnya yang unik iaitu buah oren yang kecil akan tumbuh pada isi oren seolah-olah bentuknya mutasi.
- Kegunaan : Boleh dijadikan sos oren, salad dan pencuci mulut.
4. Oren Navelina( Navelina oranges)
- Buah oren ini tumbuh dikawasan Valencia di Sepanyol. Buah ini mempunyai rasa manis yang menyelerakan. Saiznya agak besar, berwarna oren gelap dan mudah untuk dikupas.
5. Oren Ortaniques
- Buah oren yang mempunyai gabungan rasa masam dan manis dengan nikmat yang menyegarkan.
- Kegunaan : Enak dimakan mentah dan dijadikan minuman jus.
6. Oren Seville ( Seville oranges)
- Buah oren ini berasal dari India dan kini terkenal di Eropah. Ia mempunyai rasa sedikit pahit, beraroma, kulit berbonjol, isi yang berjus dan berbiji.
- Kegunaan : Buah oren ini tidak sesuai dimakan mentah kerana rasanya yang pahit. Dijadikan sebagai jem, marmalade dan sos. Boleh juga dijadikan salad dan dihidangkan bersama ayam panggang.
7. Oren Salustina( Salustina oranges)
- Dengan rasanya yang manis dan berjus, buah oren adalah terbaik untuk dijadikan minuman berjus.
- Kegunaan : Untuk meneydiakan jus oren sama ada untuk diminum atau dicampurkan ke dalam resepi, buah oren Salustina adalah pilihan yang terbaik kerana rasanya manis dan jusnya pekat.
Bagi khasiatnya sebiji oren ni, bukan saja dari jenisnya sahaja tapi antaranya ialah
1. Vitamin C
- pembentukan kolagen yan baik untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Ia juga mampu mencegah penyakit kanser dan mencegah kerosakan sel akibat penyakit(radikal bebas).
2. Karbohidrat
- serat yang terdapat dalam karbohidrat ini mampu melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan, dan penyerapan khasiat makanan. Perlu diingatkan, bagi yang nak turun berat badan amatlah disyorkan kepada anda.
3. Folat
- menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.
Kesimpulannya, buah oren juga mempunyai zat lain seperti mengandungi potasium, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosfuros, riboflavin dan asid pantothenik.
Sekarang jom layan, cara pembuatan jus minuman oren .
sumber : majalah rasa
nenek aku pon makan oren kalau dia nak pegi jauh hahaha 8)
Hurm… asal usulnya China tp pengeluar jus terbesar Brazil dan US? Oh.. sebab China sibuk simpan limau utk tahun baru.. hi hi
haha, sebab diorang ta kreatif lagi kot waktu tuh..
ni post sempena tahun baru cina ye π
lebih kurang la, kalau ada masa, aku cuba info lain pulak yer..
namapun 1 malaysia..
pergh. dah jadi blog info plak. hehe. apa2 pun, aku memang suka jus oren. huhu
huhu, sekali sekala, nak cuba pelbagai entri pasni
Buah oren ini mengingatkan saya orang kita setiap perayaan Hari Raya mesti minuman oren menjadi sajian tetamu π
dan juga Ribena..hehe
oren… sunquick tuh sama jelah kan..hehe… π‘ π‘ , oren yang kecik tuh… dipanggil apa agaknya??
limau oren..hehe
oren kecik itu dipanggil limau oren?? wah.. bijak..bijak… π
mana lagi bagus? oren ke blackcurrent? (sebab aku teringat iklan air ribena)
oren la..haha
tapi player bola, 100 plus banyak telan..hihi
Tengok oren dalam video tu dah macam sampah dah rupenye..
banyak betul…hehe
Limau dengan oren satu jenis buah yang same ke??
sama je kot..hehe
oren limau..;D
tapi macam tu lah pemprosesan dia..ada banyak lagi yang kita tak taw sebenarnya
ada orean rasa seperti duduk minum sebelh pokok π plk heee
heee, nak angpau kak..;D
makin lama makin suka dgn buah nih..dulu tak berapa sgt…..lepas banyak cina duk bagi sempena tahun baru cina, rasa sedap pulak… π
la, baik untuk badan ni bro..hehe
ini blog kamu kan?? lantak kamu lah.. buat apa kamu nak risau..
hmm.. kalau bagi aku lah.. aku terima blog ini seadanya…
nama pun dah syahrilhafiz.com, bunyi mcm personal blog..
lain lain lh kalau syahrilbiz.net ke.. .biz ke..
papepun.. keep blogging bro…
thanks hafiz!!!
welcome…. π
okey.. lapar.. tunggu jiran sebelah kasi oren raya cina..
yeah, sama la kita
aku tunggu angpau je
alamak, tau baru cina ni mmg banyak la oren, limau
Terkini : Trend Gigi Bercahaya di Jepun
ha ah, tade ke nak kasi kat aku sikit?
ai. mengidap ke. π
kui3..tak pun..
nak cuba sesuatu yang lain..