• Utama
  • Biodata
  • Hubungi
    • Pengiklanan
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman
    • AMP Sitemap

SyahrilHafiz.com

Malaysian Blogger

  • SEO
  • WordPress
  • Info
  • Agro
  • Apple
  • Windows
    • Ubuntu
  • Google
  • Android
  • Perniagaan
  • GST

You are here: Home / Baca Ini / Khasiat Sebiji Oren

Khasiat Sebiji Oren

January 29, 2011 oleh Syahril Hafiz30 Comments

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Hari yang sesuai untuk kemaskini blog ini selepas entri lepas ” Info Tentang Masakan Makanan Barat“. Seperti sedia maklum saya tak pasti, penerimaan blog ni boleh diterima ke tidak, kalau blog peribadi ini berkongsi segala info kepada anda. selepas ini Harap-harap boleh diterima seadanya lah selepas ni. Sempena Tahun Baru Cina akan tiba tak lama lagi, perkongsian kali ini bukan mengenai buah limau.Tetapi buah yang seakan dengannya iaitu khasiat sebiji oren.

Kita mungkin tak tahu, sebiji oren mampu memberikan kita kesegaran yang tak terhingga jika buat sebagai jus, sajian makanan dan sebagainya. Memang tak terkata bila “sekali pekena”, pergh nak lagi kan?

Khasiatnya sebiji oren ni, saya mulakan dengan asal usul terdahulu.

Buah oren berasal daripada negara China ribuan tahun yang lalu dan seterusnya diperkenalkan di benua-benua Eropah. Kini boleh dikata hampir semua ianya ditanam di seluruh pelusk dunia. Buah oren atau nama saintifiknya Citrus Sinensis termasuk dalam genus Citrus dan mampu bertahan selama 2-3 hari sekiranya disimpan dalam suhu bilik. Negara Brazil merupakan pengeluar terbesar jus di dunia diikuti Amerika Syarikat.

Selain daripada minuman jus, buah oren diambil patinya untuk dijadikan aromaterapi, minyak wangi dan bahan wangian. Ianya juga dijadikan bahan perisa untuk makanan seperti jem, marmalade, aiskrim dan sebagainya. Amalan makan sebiji oren saiz sederhana dikatakan mencukupi untuk keperluan tubuh badan kita atau dibuat jus jika tak mahu makan begitu saja.

sumber gambar disini

Untuk pengetahuan anda semua lagi, selain dibuat pelbagai produk untuk keperluan semasa, kita juga perlu tahu jenis-jenis buah oren yang terdapat di dunia ini, antaranya ;

1. Oren Blood(Blood Oranges)

  • Buah oren yang kelihatan eksotik ini mempunyai isi berwarna merah darahΒ  dan rasanya manis serta berjus. Ia amat dikenali di Itali dan tumbuh di seluruh kawasan Mediterranan.
  • Kegunaan : Kulit perlu dikupas dan enak dimakan begitu saja.

2. Oren Delta( Delta oranges)

  • Buah oren ini dikenali sebagai oren Valencia. Bersaiz kecil dan mempunyai kulit nipis dan mudah dikupas.Disamping itu, mempunyai isi manis, berjus dan mempunyai biji.
  • Kegunaan : Boleh dimakan mentah atau dijadikan salad dan dibuat puding.

3. Oren Navel( Navel oranges)

  • Buah oren ini manis, berjus dan mempunyai biji. Ia dinamakan navel pusat berdasarkan strukturnya yang unik iaitu buah oren yang kecil akan tumbuh pada isi oren seolah-olah bentuknya mutasi.
  • Kegunaan : Boleh dijadikan sos oren, salad dan pencuci mulut.

4. Oren Navelina( Navelina oranges)

  • Buah oren ini tumbuh dikawasan Valencia di Sepanyol. Buah ini mempunyai rasa manis yang menyelerakan. Saiznya agak besar, berwarna oren gelap dan mudah untuk dikupas.

5. Oren Ortaniques

  • Buah oren yang mempunyai gabungan rasa masam dan manis dengan nikmat yang menyegarkan.
  • Kegunaan : Enak dimakan mentah dan dijadikan minuman jus.

6. Oren Seville ( Seville oranges)

  • Buah oren ini berasal dari India dan kini terkenal di Eropah. Ia mempunyai rasa sedikit pahit, beraroma, kulit berbonjol, isi yang berjus dan berbiji.
  • Kegunaan : Buah oren ini tidak sesuai dimakan mentah kerana rasanya yang pahit. Dijadikan sebagai jem, marmalade dan sos. Boleh juga dijadikan salad dan dihidangkan bersama ayam panggang.

7. Oren Salustina( Salustina oranges)

  • Dengan rasanya yang manis dan berjus, buah oren adalah terbaik untuk dijadikan minuman berjus.
  • Kegunaan : Untuk meneydiakan jus oren sama ada untuk diminum atau dicampurkan ke dalam resepi, buah oren Salustina adalah pilihan yang terbaik kerana rasanya manis dan jusnya pekat.

Bagi khasiatnya sebiji oren ni, bukan saja dari jenisnya sahaja tapi antaranya ialah

1. Vitamin C

  • pembentukan kolagen yan baik untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Ia juga mampu mencegah penyakit kanser dan mencegah kerosakan sel akibat penyakit(radikal bebas).

2. Karbohidrat

  • serat yang terdapat dalam karbohidrat ini mampu melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan, dan penyerapan khasiat makanan. Perlu diingatkan, bagi yang nak turun berat badan amatlah disyorkan kepada anda.

3. Folat

  • menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kesimpulannya, buah oren juga mempunyai zat lain seperti mengandungi potasium, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosfuros, riboflavin dan asid pantothenik.

Sekarang jom layan, cara pembuatan jus minuman oren .

sumber : majalah rasa

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Baca Ini, InfoTagged With: asal usul oren, info tentang oren, jenis-jenis oren, kegunaan buah oren, khasiat minuman jus oren, khasiat sebiji oren, types of oranges

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

About Syahril Hafiz

Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis


Comments

  1. Fariz Luqman says

    February 6, 2011 at 2:41 pm

    nenek aku pon makan oren kalau dia nak pegi jauh hahaha 8)

    Reply
  2. fikryn says

    February 2, 2011 at 6:04 pm

    Hurm… asal usulnya China tp pengeluar jus terbesar Brazil dan US? Oh.. sebab China sibuk simpan limau utk tahun baru.. hi hi

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      February 4, 2011 at 10:24 am

      haha, sebab diorang ta kreatif lagi kot waktu tuh..

      Reply
  3. Khidhir says

    January 31, 2011 at 3:15 am

    ni post sempena tahun baru cina ye πŸ™‚

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 31, 2011 at 11:04 pm

      lebih kurang la, kalau ada masa, aku cuba info lain pulak yer..
      namapun 1 malaysia..

      Reply
  4. RedBoys says

    January 30, 2011 at 11:32 pm

    pergh. dah jadi blog info plak. hehe. apa2 pun, aku memang suka jus oren. huhu

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 31, 2011 at 11:09 pm

      huhu, sekali sekala, nak cuba pelbagai entri pasni

      Reply
  5. akubiomed says

    January 30, 2011 at 10:26 pm

    Buah oren ini mengingatkan saya orang kita setiap perayaan Hari Raya mesti minuman oren menjadi sajian tetamu πŸ™‚

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 31, 2011 at 11:10 pm

      dan juga Ribena..hehe

      Reply
  6. zik says

    January 30, 2011 at 3:30 pm

    oren… sunquick tuh sama jelah kan..hehe… πŸ’‘ πŸ’‘ , oren yang kecik tuh… dipanggil apa agaknya??

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 31, 2011 at 11:01 pm

      limau oren..hehe

      Reply
      • MDHAFiZ.NET says

        February 1, 2011 at 10:18 am

        oren kecik itu dipanggil limau oren?? wah.. bijak..bijak… πŸ˜›

        Reply
  7. madlut says

    January 30, 2011 at 1:39 am

    mana lagi bagus? oren ke blackcurrent? (sebab aku teringat iklan air ribena)

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 30, 2011 at 12:22 pm

      oren la..haha
      tapi player bola, 100 plus banyak telan..hihi

      Reply
  8. Pejuang Kesenian Extreme says

    January 30, 2011 at 12:46 am

    Tengok oren dalam video tu dah macam sampah dah rupenye..
    banyak betul…hehe

    Limau dengan oren satu jenis buah yang same ke??

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 30, 2011 at 12:21 pm

      sama je kot..hehe
      oren limau..;D
      tapi macam tu lah pemprosesan dia..ada banyak lagi yang kita tak taw sebenarnya

      Reply
  9. suri says

    January 29, 2011 at 11:33 pm

    ada orean rasa seperti duduk minum sebelh pokok 😎 plk heee

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 30, 2011 at 12:18 pm

      heee, nak angpau kak..;D

      Reply
  10. Nine says

    January 29, 2011 at 10:53 pm

    makin lama makin suka dgn buah nih..dulu tak berapa sgt…..lepas banyak cina duk bagi sempena tahun baru cina, rasa sedap pulak… πŸ™‚

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 30, 2011 at 12:18 pm

      la, baik untuk badan ni bro..hehe

      Reply
  11. MDHAFiZ.NET says

    January 29, 2011 at 9:03 pm

    ini blog kamu kan?? lantak kamu lah.. buat apa kamu nak risau..
    hmm.. kalau bagi aku lah.. aku terima blog ini seadanya…
    nama pun dah syahrilhafiz.com, bunyi mcm personal blog..
    lain lain lh kalau syahrilbiz.net ke.. .biz ke..

    papepun.. keep blogging bro…

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 30, 2011 at 12:17 pm

      thanks hafiz!!!

      Reply
      • MDHAFiZ.NET says

        February 1, 2011 at 10:17 am

        welcome…. πŸ™‚

        Reply
  12. Izwan says

    January 29, 2011 at 8:51 pm

    okey.. lapar.. tunggu jiran sebelah kasi oren raya cina.. :mrgreen:

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 30, 2011 at 12:16 pm

      yeah, sama la kita
      aku tunggu angpau je

      Reply
  13. suffer8zine says

    January 29, 2011 at 8:21 pm

    alamak, tau baru cina ni mmg banyak la oren, limau

    Terkini : Trend Gigi Bercahaya di Jepun

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 30, 2011 at 12:16 pm

      ha ah, tade ke nak kasi kat aku sikit?

      Reply
  14. RozaniGhani says

    January 29, 2011 at 6:36 pm

    ai. mengidap ke. πŸ™‚

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 30, 2011 at 12:15 pm

      kui3..tak pun..
      nak cuba sesuatu yang lain..

      Reply

Trackbacks

  1. Tweets that mention Khasiat Sebiji Oren | SyahrilHafiz [Dot] Com -- Topsy.com says:
    January 29, 2011 at 7:14 pm

    […] This post was mentioned on Twitter by syahrilhafiz, syahrilhafiz. syahrilhafiz said: Khasiat Sebiji Oren http://t.co/2XkC7TG via @CaenZ […]

    Reply

Leave a Reply to Fariz Luqman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

Tentang Penulis

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Syahril Hafiz. Follow saya di Media Sosial
SyahrilHafiz.com
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

Mesti Baca



Artikel Terbaru

  • 3 Tips Terbaik Membeli Di Shopee, Lazada & 11Street.my Jualan Murah
  • 5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online
  • 7 Pemasaran Instagram – Cara Buat Duit Online Letupkan Jualan Di Instagram!
  • DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil
  • Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
  • Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online
  • Susah Close Sale Bisnes Online? Ikut Langkah Simple Close Sale Guna WhatsApp
  • Cara Beli Barang Online Di Lazada Malaysia
  • Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan & Diet Harian
  • Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

RSS Resepi Menarik

Pilih Arkib

Pilih Kategori

PRODUK UNTUK DIJUAL

Minyak Enjin Kereta Terbaik

Anak Pokok Limau Nipis

Anak Pokok Betik Sekaki

Susu Kambing Segar Dari Ladang

Susu Lembu Segar Dari Ladang

Chia Seed Murah & Organik

ANDA PERASAN BLOG INI LAJU?

Hosting yang disarankan adalah [1]. Rakan kerjasama Laman Rujukan Kerjaya & Minyak Enjin XRA Power

Hakcipta Terpelihara © 2022 SyahrilHafiz.comΒ· Kembali ke Atas