Beli Susu Kambing Segar Sekarang! Tiada Pengawet & Asli 100%

Assalamualaikum.

Anda pernah baca dan ambil tahu tentang khasiat susu kambing? Mesti ada setengah diantara kita katakan YA dan TIDAK.

Untuk pengetahuan, minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing selain madu. Saya boleh kaitkan dengan kebijaksanaan Yahudi yang melatih dan mendidik anak kecil mereka minum susu kambing setiap hari tetapi tidak bagi kita.

Baiklah, berbalik kepada tajuk berkenaan dengan khasiat susu kambing, ianya dibahagikan kepada dua kategori iaitu ;

1. Susu kambing segar mentah ( raw/non unpasteurized milk )
2. Susu kambing segar ( pasteurized milk )

Susu kambing mentah adalah susu segar yang tidak dipanaskan atau dimasak selepas proses bagi mengekalkan kandungan nutrien dan zat vitamin yang ada dalam susu kambing mentah tersebut. Manakala, susu kambing segar diklasifikasikan susu yang telah dipanas dan dimasak pada suhu yang ditetap (tidak kurang 73°C) untuk membunuh bakteria yang terkandung dalam susu tersebut.

Kali ni artikel saya tekankan lebih sedikit khususnya kepada ibu yang mengandung dan baru lepas melahirkan anak sebabnya saya ada ajukan soalan yang berkaitan kepada pensyarah yang mengajar saya bidang Mikrobiologi dalam jurusan Diploma Teknologi Makanan.

Menjaga privasi seseorang. Terpaksa sensor nama tu..

Faham? Situasinya begini..Saya bertanyakan kepadanya mengapa dan kenapa beliau mengambil susu kambing sebagai alternatif ( susu gantian ibu ) kepada susu ibu. Dan jawabnya SUSU KAMBING SEGAR (FRESH) adalah susu No2 terbaik selepas SUSU IBU. Kalau masih tak faham, sila dapatkan info yang lebih dari pakar – pakar kesihatan atau pengamal perubatan mengenai susu kambing diberikan kepada anak ( atas saranan doktor ).

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing kaya dengan khasiat vitamin A, D dan E serta sesuai diminum seisi keluarga. Susu kambing mempunyai lemak yang rendah dan mengandungi antibodi yang kuat untuk merawat pelbagai penyakit antaranya Asma, Gastrik dan lain – lain.

Dari segi perbandingan, susu kambing lebih mudah dihadam berbanding susu lembu dan mempunyai bau yang harum berbanding susu lembu.

Kebaikan susu kambing :

1. Minuman sunnah Nabi Muhammad SAW
2. Penawar kepada alahan
3. Meningkatkan imun sistem
4. Susu kambing tinggi kalsium
5. Mengatasi masalah sembelit
6. Anti radang
7. Menambah selera makan bagi kanak – kanak amnya
8. Memulih tenaga dalaman
9. Membantu dalam pembentukan tulang, gigi, darah dan juga tisu sel manusia.

Kat Mana Nak Dapatkan Bekalan Susu Kambing Segar Ni?

Bagi yang berminat berada di Kedah atau negeri sekitar seperti Pulau Pinang dan Perlis berdekatan untuk dapatkan susu kambing segar/mentah lakukan pembelian di kedai berhampiran anda sekarang. Terima kasih. Contoh gambar susu kambing segar dibotolkan 500ml seperti diatas.

Anda boleh dapatkan di pasaraya dan kedai terpilih antaranya :

1) Pasaraya Istafa Alor Star
2) Kedai Kota M Enterprise ( TUKAR ) di Kota Sarang Semut

*Sila klik peta atas talian diatas seperti Waze atau Google Maps untuk lokasi tempat tersebut.

PENGHANTARAN TIDAK DISEDIAKAN

Info lanjut tentang pembelian Susu Kambing Segar anda boleh baca DISINI.

Ingin ternak kambing? Klik sini www.rahsiakambing.com !

Artikel lain mesti baca : Malaysia Best Blog 2015

This post was last modified on June 9, 2016 4:21 pm

Syahril Hafiz :Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (22)

  • susu kambing memang elok..kalau anak kena jangkitan kuning...baik bagi susu kambing...tp khabarnya tak elok bg banyak...sebab susu kambing ni panas.

  • Susu kambing tak dinafikan memang sangat bagus.. tapi tak semua tahu tentang kebaikan susu kambing.. Media massa pun banyak cerita pasal susu lembu je.. budak2 kecik pun ramai minum susu formula berasaskan susu lembu.. moooo~

  • selama ni, saya cuma tahu khasiat susu kambing hanya untuk memberi tenaga tambahan dan mengekalkan tahap kesihatan.

        • Ok ini jawapan yang saya terima dari puan seperti perbualan saya diatas :)

          "As salam puan, kalau susu kambing ni nk bg kat baby sukatan dia sama dgn susu formula ka? Tq"

          "Tak. Ikut umur. Klu bwh 2tahun kena cairkan 1:1. cth makna 50ml susu kambing kena tambah 50ml air masak. Krn jika susu kambing semata bimbang kandungan mineral yg tnggi xsesuai kpd buah bimbang bayi yg masih belum matang sepenuhnya"

          Ada lg yang ragu2 boleh rujuk pakar terus :))

  • Dah pegang market utara ni, bagus dan tahniah! Hehe

    Target customer cari orang yang kerja besar banyak duit, baru kahwin, dapat anak tapi sibuk kerjaya, mesti berminat untuk beli susu kambing :)

    • dekat penang belum ada setakat ni, tapi kalau nak, kena order minimun 10 liter ke atas kemudian kita set tempat untuk deliver. TQ :)

1 2