Assalamualaikum.
Bila kita bercakap tentang rezeki mesti tak ada penyudah betul?
Limpahan rezeki ada dan insyaAllah ada sekiranya kita berusaha bersungguh – sungguh mencari sesuap rezeki dalam kehidupan seharian kita serba naik dengan kos dan sara hidup yang tinggi.
Orang muda mudi khususnya yang bersiap sedia menghadapi liku – liku kehidupan mesti tiada masalah baginya sekiranya beliau sendiri dah tahu –
“Lepas belajar, apa perlu aku buat…?”
Erti kata lain tahu BERDIKARI.
Limpahan Rezeki Ada Dimana Saja. Mahu Atau Tidak? Jalan Terus!
Mahu atau tidak? Pekerjaan di Malaysia banyak sebenarnya. Terpulang pada individu jika ingin mula dari bawah atau sebaliknya. Berbekal gaji minima RM900, saya sendiri berpendapat anda boleh hidup! Dengan…
“Sanggup redah segala api, sebab kalau takut api, kita takkan dapat tunaikan mimpi! “
Konsep yang sama jika habis belajar mahu berniaga daripada mengganggur. Daripada menganggur makan gaji RM900. Nampak limpahan rezeki?
Ceritara saya.. mula berniaga secara kecil – kecilan sewaktu belajar dahulu tahun 2009-2012. Bermodalkan RM100 simpanan PTPTN, saya boleh gandakan wang tersebut 2x, 3x dan seterusnya. Tapi sekadar suka – suka, saya nampak apa yang pelanggan mahu, produk kemudian dan saluran dahulu, jual kemudian.
Anda sendiri jika sedang belajar sekarang boleh mencuba. Suka suka dahulu cari apa yang kawan nak, kemudian baru slow slow kita cari produk untuk dijual. Dari situ, anda sudah tahu yang anda sudah mendapat saluran yang betul!
Biasa penganggur yang banyak alasannya, berat bagi dia. Cuba elak cakap “susah” sebab ia akan rumit bagi kita dan elak cakap “mencabar” sebab ia berisiko bagi kita. Mahu atau tidak? Habis belajar tahu kan apa perlu dibuat?
Limpahan Rezeki Dalam Bekerja Makan Gaji
Gaji RM900 sapa cakap tak cukup? Boleh sekiranya anda sudah nampak saluran yang betul iaitu berniaga! Promosi kepada rakan sekerja yang anda ada buat bisnes sekian – sekian. Contoh kalau anda di IPTA/IPTS dahulunya bekalkan buat cupcake, ditempat kerja anda boleh teruskan dengan menjual kepada rakan sekerja. Secara tak langsung ia adalah limpahan rezeki dari part time kerja anda bukan?
Mahu Atau Tidak? Banyak sebenarnya pekerjaan di Malaysia ini. Mudahnya menjemput rezeki bukan..? Konsep rezeki kita kena faham. Banyak medium yang boleh diguna pakai seperti internet kalau anda sendiri memahami “murahnya rezeki..” dengan menyebut perkataan Syukur Alhamdulillah walaupun memperoleh RM 1.00.
Talk Show : Limpahan Rezeki Dari Panel – Panel Yang Hebat
Insan yang berjaya adalah insan yang sentiasa dahagakan ilmu. Jadi pada 1 Mac 2014 ini bertempat di UNITEN Bangi anda boleh menghadiri satu program Talk Show yang bertajuk “Limpahan Rezeki” dihadiri dengan speaker jemputan yang hebat antaranya Tan Sri Ali Hashim, Dr Maza, Saiful Nang dan Ustaz Syaari.
Program yang berlangsung pada jam 9 pagi hingga 5 petang pasti bermanfaat bagi anda sebab anda akan ketahui tajuk yang dibincangkan pada Talk Show Limpahan Rezeki tersebut adalah ;
1. Konsep rezeki dalam Islam
2. Limpahan rezeki dalam bisnes di Malaysia
3. Al-Fateh: The Art of Business
4. How Does Giving Makes You Richer
5. Mudahnya menjemput rezeki
Menarik bukan? Jom ramai – ramai sertai program ini dengan melayari & klik laman sesawang www.jootawanjannah.com .
perlu ada USAHA untuk berjaya..
bagi yang kreatif, boleh cari jalan untuk berniaga.
Peluang baik timba ilmu dari perkongsian dari toko-tokoh hebat.
semoga perkongsian ni dapat manfaat semua
hang pi ka kali ni?
saya tak pi cikgu! haha kerja saya banyak lani, benih, susu, semua dalam 1. alhamdulillah murah rezeki disitu. cikgu cendol kalau rasa nak tanam pokok jangan lupa contact saya ok ๐ ๐
Entri tentang limpahan rezeki yang menarik. .. semoga berjaya mendapatkan apa yang dihajati. ..
Dekat round about area rumah aku ada gantung iklan pasal talk show ni.
Konfirm2 pihak Jootawan tarik penduduk sekitar Bangi. Best ni ada panel hebat. Semua ada sejarah depa masing2 dalam bisnes market
Rezeki itu luas.
Bagi aku, belajar dah tak pulun, kasi pulun benda lain pula cthnya bisnes. Insya Allah, niat yang betul pasti dimurahkan rezeki ๐
Hang dah nak habis degree kan? Jangan buat gila bisnes pulun sungguh2 study kelaut.. Haha boleh mantain tak pa, itu good! Very good! ๐