Genesis Metro Pro Theme Sesuai Untuk Personal Blog Dan Ini Sebabnya

Untuk kali ini, ini sebabnya kenapa Genesis Metro Pro Theme sesuai untuk personal blog. Selepas 2 hari melepaskan Genesis Framework ke blog ini, saya rasakan tema Genesis ini paling sesuai untuk ditatap semua pembaca.

“Don’t focus on having a great blog. Focus on producing a blog that’s great for your readers.” Brian Clark ( CopyBlogger.com )

3 tahun mengendalikan blog SyahrilHafiz.com, blog peribadi ini menjadikan saya seorang penggemar web dan kembali teruja untuk mengukir sudut kecil di laman sendiri seperti edit/design themes Genesis sendiri. Makan masa, tapi orang kata slow – slow.

Merangka Keputusan

Rakan blogger, Anarm  sendiri sedang merangka keputusan untuk menukar Genesis Framework dalam masa terdekat. Katanya blog lebih mesra SEO dan itu saya cukup setuju. Jika anda lihat Genesis Framework amat dipercayai blogger dan diantara nama besar seperti CopyBlogger, Problogger, Chris Brogan, Darren Rowse dan ramai lagi.

Mula tu tertarik dengan design theme Wintersong Pro, tapi disebabkan blog ini artikel dahulunya lebih banyak kepada tutorial dan tips, jadi saya buat keputusan untuk memberi kelainan untuk blog SyahrilHafiz.com dengan memilih Metro Pro Theme. Metro Pro Theme ini layout untuk blog hiburan, sebab style ala – ala modern magazine, jadi tweak sikit. Nah personal blog pun boleh 😉

Disebabkan saya ada hujah yang clear dan ‘terfaktab’ pada blog yang paling banyak tutorial dari cerita personal, ini sebabnya saya memilih Metro Pro Theme.

Apa yang Pro dengan Metro Pro

Affan Ruslan berkongsi dengan “kami”, jika anda menggunakan child theme dari StudioPress, semua perkataan yang mempunyai perkataan ‘Pro’ pada theme tersebut bermakna ianya adalah HTML5. Jika tidak dinyatakan berkemungkinan XHTML theme.

1. Background image

Lebih suka menggunakan plain dari upload gambar sebagai background, tetapi Metro Pro Theme ada pilihan ini.

2. Minimilis Blog Layout

Anda boleh setting Metro Theme Pro kepada layout yang lebih minimilis dan nampak seakan Metro. Kebanyakan themes Genesis dari StudioPress tidak merumitkan dan mudah digunakan.

3. Blog yang mobile, tablet & desktop responsive

Dijana oleh HTML5 jadi, Metro Pro Theme satu pilihan yang bijak untuk anda kurangkan penggunaan plugin seperti WordPress Mobile, WP Touch. Dan semestinya memudahkan pembaca untuk melayari blog dengan lancarnya.

Bagi yang masih tidak faham mengapa pilih Genesis, anda boleh baca sini dan sini. Harap Metro Pro Theme ini pilihan saya paling bijak. Tak suka sila komen 😀

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (22)