Nautilus Script : Send To And PDF to PNG From Right Click Context Menu in Ubuntu 11.10

Segalanya cukup mudah dengan adanya context menu di Ubuntu 11.10. Entri sebelum ini, anda hanya perlu right click pada context menu di Ubuntu 11.10 untuk membuka files dan folders sebagai Administrator atau root. Tutor untuk kali ini, saya akan menjelaskan secara ringkas fungsi yang lagi menarik, dimana kebanyakkan pengguna dari sistem operasi Windows mesti mencari dimana fungsi yang seakan Send To. Ditambah juga, anda boleh right click pada mana – mana saja dokumen berformatkan .PDF kepada format .PNG dengan penggunaan nautilus script PDF to PNG.

Install Nautilus Send To Script di Ubuntu

Muaturun Send To script

  • Kemudian, anda copy paste script tersebut ke /home/username/.gnome2/nautilus-scripts.
  • Lihat gambar dibawah, kemudian right click > Properties, dan pastikan anda tick pada Allow executing file as program.

  • Close dan anda akan lihat pada Context Menu di Ubuntu 11.10 seperti gambar dibawah.

Install PDF to PNG di Ubuntu

  • Muaturun PDF to PNG script

Klik sini sedut script

  • Copy paste script tersebut ke /home/username/.gnome2/nautilus-scripts.
  • Langkah seterusnya sama seperti langkah-langkah diatas.

Kini context menu di Ubuntu 11.10 anda lebih mesra pengguna. Right click, halakan mouse (hover) dan klik sana klik situ. Selamat mengklik – klik ..! 😀

This post was last modified on December 16, 2011 5:06 pm

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (19)

1 2