Muaturun Pebble Appstore Untuk Pengguna Android

Lanjutan dari artikel Pebble Appstore yang lepas, untuk pengguna jam tangan pintar Pebble khususnya iOS anda boleh memuaturun Pebble Store di Apple Appstore dan bagi pengguna Android, anda boleh mencuba Pebble Appstore ( versi BETA ) sebelum dilepaskan versi stabil sepenuhnya.

Saya sudah melihat kesemua aplikasi dan watchfaces yang tersedia dalam Pebble Store dan boleh dikatakan kebanyakkan aplikasi memudahkan pengguna jam tangan melakukan aktiviti seharian secara online seperti Foursquare, ESPN dan Yelp.

Ulasan penuh jam tangan pintar Pebble. Baca sini!

Sebelum saya teruskan dengan Pebble Appstore untuk pengguna Android, disini saya akan senaraikan 8 slot yang telah saya guna di jam tangan Pebble ini antaranya aplikasi dan watchfaces ;

1. Twebble – Twitter client untuk pengguna jam tangan pintar Pebble. Mudah digunakan cuma aksara limit. Tiada tweetlonger ya πŸ™‚

Contoh dibawah ;

2. FallDown – games yang boleh dimuaturun di Pebble Store, cara kawalan menggunakan motion, anda hanya perlu gerakkan kekiri dan kekanan.
3. Dotz – watchfaces yang sangat menarik untuk digunakan.
4. VLC Remotes – kawalan jauh VLC Media Player di peranti anda menggunakan server/ip address untuk connect.
5. Modern – watchfaces yang diperkenalkan di Pebble Steel, kini boleh digunakan bersama versi 1 Pebble.
6. Pebloid – games arknaoid – clone untuk pengguna jam tangan
7. Pebble Calendar
8. Beam Up – watchfaces yang simple dan patut dicuba

Ke – 8 slot yang saya guna sekarang di Android. Jika anda pengguna iOS anda boleh install Smartwatch + juga πŸ˜‰ .

Ok! Ini Cara Nak Install Pebble Appstore di Android

Perlu diingatkan, ianya versi BETA dan tidak dijamin Pebble Appstore ini stabil. So far saya guna, ia memuaskan!

1. Sila disable/uncheck di bahagian Setting > Android Developer Options > Limit Background Processes & Don’t Keep Activities seperti gambar dibawah.

2. On Bluetooth dan pair terlebih dahulu jam tangan pintar Pebble dan Android phones anda sebelum buka aplikasi Pebble Appstore.

3. Muaturun Pebble Appstore

Muaturun Pebble Appstore Android

Selamat mencuba! Kalau ada masalah pairing, cuba cara diatas. Mudah saja πŸ˜€

Kemaskini 10/3/2014 : Official Pebble Appstore untuk Android boleh dimuaturun di Google Play Store. Pastikan, Pebble Appstore (BETA) sebelum ini di buang terlebih dahulu sebelum install yang baru.

This post was last modified on March 10, 2014 9:42 pm

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (2)