Blog Bahasa Melayu Susah Dengan Google Adsense. Tapi Ada Cara Termudah !

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selain daripada pengiklanan lain untuk make money online seperti Nuffnang, Advertlets, Innity dan Komli, buat duit dengan Adsense di blog Bahasa Melayu susah. Kenapa saya kata begitu? Ini kerana saya merasakan blog BM kalau nak tampal ads code berkenaan berkemungkinan invalid activity sangat tinggi.

Mungkin ada certain case, blog Bahasa Melayu adapt dengan Google ni, tapi bagi saya dah kali ke berapa kena penangan Google Adsense ni. Banned dan seterusnya kena banned lagi, saya berdiam sekejap cari penyelesaian lain. Sebenarnya seronok mendalami ilmu Google Adsense ni, banyak benda yang kita boleh belajar tapi kena ada cara dan teknik lah.

Blog Denaihati, Yanmie, atau Beautifulnara antara blog Bahasa Melayu menggunakan pengiklanan dari Google Adsense. Menariknya selama saya mendalami ilmu Adsense ini, sebab tukaran matawang USD ke RM sangat tinggi berbanding pengiklanan lain. Tapi baru – baru ini dapat berita, dimana banyak blog kena banned sama itu Google Adsense. Kerana apa? Apa yang saya dapat tahu, kebanyakkan blog yang terlibat kekurangan content yang best. Rakan blogger, Azri Johan pun dapat penangan tersebut. usaha lagi ok! Berikut salah satu komen diterima di email ;

Baik jangan risikokan Akaun Adsense kita, berapa sangatlah satu click daripada blog Bahasa Melayu

Sebenarnya, bagi anda yang benar – benar berminat nak menjana duit melalui Google Adsense ni, kena dalami ilmu Adsense betul – betul, TOS dan polisi yang ditetapkan. Serius saya cakap, Adsense ni cerewet dan pulangannya berbaloi – baloi. Jika diikutkan komen diatas, memang tak dinafikan Blog BI lebih tinggi Click Through Rate berbanding blog Bahasa Melayu. Pandangan anda buat duit online di blog Bahasa Melayu dengan Google Adsense? Berbaloi kena slap? 😀

Tapi Ada Cara Termudah Untuk Buat Duit Dengan Google Adsense Ini !

Dengan menggunakan teknik yang betul ada caranya iaitu menggunakan niche market! Dan juga bagaimana blog niche anda akan menguasai carian pertama di 1st page SERP Google. Tanpa pelawat dari organik trafik orang putih kata no use!

Anda boleh dapatkan Panduan Lengkap Google Adsense dibawah. Jom tahun 2017! Jana duit USD melalui blog dan Youtube.

Dapatkan sekarang Pakej Lengkap Buat Duit Dengan Panduan Google Adsense

This post was last modified on December 25, 2016 1:51 pm

" Syahril Hafiz : Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis."

Lihat Komen (61)

  • tengah merisik nak tampal GA kat blog BI..tapi baru jer buat..belum cukup umur..hihi...

  • Google adsense ada banyak kategori ppc, maksudnya kalau sesuatu blog tidak mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki oleh google team maka iklan yang dihantar adalah iklan yang paling murah. Dalam kata lain blog itu tidak boleh jana pendapatan adsense yang sepatutnya.
    -jz shrg

  • ntahla.. aku dah lama letak kat blog english... cuma traffic jer kureng... dahlama tak check,,, berapa usd agaknya???

  • alhamdulillah setakat ini aku pakai ok ja, aku biarkan jer, x pernah klik sendiri atau apa, cumanya bila kaji keyword, aku akan nmpk yang CPC dia agak tinggi, best jugak tuh

  • tarfik amat penting untuk main Adsense nie...usaha kena gigih sikit la..lama2 dapat la tue...xkira bahasa english ke melayu

  • Aku mmg tak berapa nak reti ngn adsense ni. Byk nak kena studi lagi. Kalau blog melayu, mmg aku rasa sgt tak berbaloi nak letak iklan2 adsense ni. Lainlah kalau blog2 super power mcam yg bro tuliskan tu =)

  • salam kenal..
    yah .. mahu tidak mahu harus cari alternatif PPC lain, mungkin nuffnang juga oke!!!

  • perghh...otai dah start guna adsense?heh :D mengikut pengalaman aku yang noob nih,sepanjang aku guna adsense tak pernah lagi kena ban.mungkin nasib kot.apa pun adsense nih memang berkait rapat dengan niche,kualiti content dan trafik organik.ppc paling tinggi aku dapat untuk 1 klik dari blog BI aku $0.58 dengan RPM $578.00 dan untuk blog BM plak paling tinggi $0.12 dengan RPM $0.88.rasa-rasa berbaloi tak?aku pun tak berapa expert.janji ada hasil jugak lah.

1 2 3 4