Penipuan Internet Yang Semakin Berlelusa

* sumber gambar disini


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Setiap hari, didalam spam box pada email anda, pasti muncul satu email yang “mengembirakan” anda. Ye lah, dah kata kita boleh dapat $50,000 la, ada yang sampai 500,000 GBP, dan macam-macam lagi. Kalaulah kita ni tak berilmu, pasti kita kena tipu dengan helah-helah yang macam ni.   😮

Sebelum ni, Syahril hafiz dah hebahkan tentang perkara ni di post beliau. Sekarang, mengikut trend terkini, penipu yang dah berleluasa ini membuat pula affiliate services seperti cari duit dirumah cara mudah, duduk goyang kaki je dah dapat duit dsb. Dan rata-ratanya, mereka akan charge kita untuk memasuki program cari duit cepat ini. ❗

Selain daripada email scam, terdapat banyak lagi anasir-anasir jahat yang sedang bermaharajalela diluar sana. Contohnya, kerja sebagai jurutaip sambil mengopi [bak kata orang jawa 😛 ] dirumah. Kita hendak bekerja dengan mereka, tetapi, kita perlu mendepositkan wang kita untuk mereka. Dan selepas dua minggu, mereka pun lesap. Lesap bersama-sama duit kita. Last-last, kerja tak dapat, duit pun lesap.. 👿

Konklusinya, nak cari duit bukannya senang. Bak kata orang arab, dia yang menanam dialah yang mendapat hasil. Cari duit sambil goyang kaki memang tak wujud kat dunia ni.

Salam, dan selamat beramal !!!!

Syabas kepada Malaysia a.k.a Harimau mengamuk. Kehausan selama 14 tahun telah berakhir. 😀 Syabas bagi mereka!

This post was last modified on December 29, 2010 11:41 pm

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (29)

  • Bukan semua program sebegini menipu dan rata ratanya kena promosi laman web sampai berpuluh ribu. Wang terus ke akaun tanpa orang tengah. Kena pandai memilih kerana program yg menipu dan tak menipu bercampuraduk di internet. U salah pilih kena tipu, u pandai pilih jadi kaya.

      • Banyak perkara boleh buat income...janji kena rajin usaha... boleh emel saya untuk lebih lanjut. Untuk contact, cari bahagian Hubungi di menu atas :)

  • siapa yang buat duit online tahu yang tak senang nak buat duit online ni. perlukan usaha yang berterusan..

    Scam-scam macam ni lah yang buatkan ramai orang takut nak buat online income

  • Salam ina,

    Saya merasa sedikit hairan, pelik dan hampir
    tak percaya...

    Mengapa?

    Saya telah cuba yang terbaik supaya anda
    nampak kelebihan yang bakal anda perolehi
    dengan merebut tempat sebagai ahli flb pro.

    Ramai ahli yang sudah mula buat duit dan saya
    tidak putus putus menerima ucapan terima kasih.

    Tetapi saya hairan kerana nama anda masih tiada
    dalam senarai ahli kelab eksklusif.

    Saya faham jika anda mahu berhati-hati dengan
    pelbagai tawaran bisnes yang ada diinternet
    pada hari ini. Saya tak salahkan anda, tapi..

    Sistem FLB Pro memang berbeza, saya baru
    menerima testimoni terbaru daripada ahli
    FLB Pro.

    ----------------------------------------------

    \"Menyesal Saya Tak Follow Awal-Awal FLB Pro!\"

    Mula - mula nak join program ni, 2- 3 kali
    jugaklah keluar masuk bank sebab takut nak bank
    in ke akaun Nizam (Formula Luar Biasa)... Dalam
    kepala terfikir nak join ke atau tak nak join
    Formula ni...Maklum lah takut kena tipu... Zaman
    sekarang ni bukan boleh percaya sangat...
    Tapi sekarang 2-3 kali jugak lah keluar masuk
    bank dalam seminggu.... sebab cash out komisyen
    dari Formula ni... Alhamdulillah...

    Menyesal saya tak follow awal2 Formula ni...
    Dulu banyak jugaklah program2 merapu yang saya
    ingatkan betul dan boleh buat duit.... habis
    beratus ringgit saya keluarkan... panduan itulah,
    panduan inilah....hasilnya....zerooo...habuk!

    Sekarang tidak lagi, saya tersenyum riang setiap
    kali ke bank...kini saya mampu memperolehi
    pendapatan 4 angka menggunakan Formula ni...
    from zero to hero...Mohd Nizam the best...
    Formula Luar Biasanya memang power...
    thanks bro....

    TERKINI: Pendapatan saya dengan sistem FLB
    Pro: RM98,850!

    - Mohd Hisham, Guru, Ipoh
    <<<<<<<<<contoh....mcm ni ke nak tolong...ni desak nak duit kita je!!!

  • Selalunya bro mereka yang terlalu taksub untuk menjadi kayalah yang akan termakan dan percaya dengan penipuan-penipuan sebegini.

  • aku pun dpt gak, tapi dalam bahasa Inggeris la sbb pengantar dia tu org afrika kot. Siap nak bagi duit ratus juta kat aku sebagai waris ntah sapa-sapa ntah.
    Guna nama Bank of Afrika lagi.. aku baca je, sbb nk tgk tahap mengarut mamat tu. HAhahahaha

  • dapat jugak ye..aku dekat 3 mail dah dapat...aku buat tak tahu je...ade gak tulis pasal scam ni dekat blog...hope sama2 kita sedarkan orang...jangan ada yang tertipu dengan sindiket bengong ni

1 2 3