Untuk permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM, Politeknik & ILKA, STAM, STPM dan Diploma/Setaraf secara rasmi akan dibuka untuk capaian pada jam 12.00 tengah hari 20 Januari 2014 sehingga 7 April 2014. Sila rujuk pautan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar untuk panduan > http://upu.moe.gov.my/web/
Status dari Facebook UPU ( BPKP JPT ), para pelajar boleh membuat permohonan atas talian seperti link diatas untuk kemasukan ke IPTA 2014. Pembelian No Pin BSN akan dijual pada tarikh yang sama 20 Januari 2014.
Untuk makluman semua, sebarang No PIN BSN yang dibeli sebelum tarikh diatas tidak sah sebab ia merupakan no pin bagi IPTA/agensi yang berkaitan untuk permohonan 2nd intake dan politeknik untuk progam Ijazah di Politeknik.
salam..saya nk tnya klo yg first x dpt, pastu nk apply yg second plak kena bly no pin len plak ke?start bla no pin bleh bly?lpasan dip..
wslm… first tak dapat boleh buat rayuan. rayuan tu dikategorikan second intake oleh upu.
Kenapa saye xbole tngk srt twarn poli premier. .yg keluar hanye poli bise
Maaf saya tak pasti mengenai poli premier. Boleh emel ke web poli terus berkenaan itu. tq
Assalamualaikum saya nak tanya. Saya pelajar diploma dan sekarang tengah semester terakhir, keputusan exam sem akhir keluar akhir bulan 4. Boleh ke beli no pin id dan apply upu kalau result belum keluar?
Kalau tak boleh, bila ye yang boleh utk kemasukan degree ke IPTA? TQ
Boleh beli no pin, nanti ada pilihan dalam form UPU, tick/isi pelajar last sem diploma. Kemasukan degree sekarang dh selaras masuk bulan September dgn 2nd intake dlm bulan 2/3 mcm tu. Tq ๐
Jadi, kalau result keluar selepas tarikh tutup upu pun still boleh apply? Biasanya second intake tu diuruskan oleh upu atau universiti tu sendiri?
Maaf, banyak bertanya. Terima kasih ๐
Ya. Apa yg saya buat mcm tu ka jugak. Dan 2nd intake tu oleh upu bergantung pada kekosongan uni tu sendiri. Tapi yg saya boleh saran la. Kalau 1st apply u tak dapat, utk rayuan/2nd intake apply u lain pulak, goodluck! ๐
Okay, terima kasih!
fuhh..musim dah sekarang ni rupanya..
teringat zaman lepas SPM dulu… mcm2 IPT aku try apply…… UPU pon apply jugak…
Apply ja semua tak rugi ๐