• Utama
  • Biodata
  • Hubungi
    • Pengiklanan
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman
    • AMP Sitemap

SyahrilHafiz.com

Malaysian Blogger

  • SEO
  • WordPress
  • Info
  • Agro
  • Apple
  • Windows
    • Ubuntu
  • Google
  • Android
  • Perniagaan
  • GST

You are here: Home / SEO / Plugin Asas Untuk Pengguna Baru WordPress Self Host

Plugin Asas Untuk Pengguna Baru WordPress Self Host

March 26, 2011 oleh Syahril Hafiz70 Comments

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.

Artikel ini ditulis pada jam 9.00PM dimana orang dah pakat tutup lampu sambut Earth Hour seluruh dunia. Berbekal bateri laptop sahaja, kali ini artikel lanjutan dari Promosi Hebat Webhosting dari Baitulbytes dan Kelebihan dan Kekurangan WordPress Self Host. Bagi yang belum membaca, dipersilakan untuk mengetahui yang WP terbaik!

Sebelum menyusuri point-point selanjutnya, saya berpesan  pada diri saya, agar sepanjang saya berblogging ingat  akan kurangkan menggunakan plugin yang tidak diperlukan.Berfikir sejenak sekejap, adakah korang pasti, setiap plugin yang digunakan memberikan faedah balik kepada kita? Acap kali, penggunaan plugin seperti program dimana setiap satunya ada fungsi tersendiri, sebaliknya dengan kecacatan plugin-plugin tertentu, sudah tentukan akan melambatkan proses loading blog dan juga mudah  digodam.

Antara plugin-plugin asas untuk pengguna WordPress, yang saya sarankan(plugin yang saya guna juga) ialah :-

1. All in One Seo Pack

Plugin ini berfungsi sebagai SEO untuk blog WordPress.Antara yang saya kenal pasti dalam penggunaan plugin ini sangat berkesan dan mudah sekali untuk digunakan.Kedudukan plugin ini dibawah Add Post dimana setiap keyword berkenaan,description dan title harus diisi agar pencarian keyword di Google berkenaan artikel di index. AriffShah ada buat artikel berkaitan plugin ini. Sila rujuk disini.

2. CommentLuv

Plugin ini berfungsi dimana menunjukkan link artikel baru korang di akhir komen bila korang mengomel. Saya ada buat artikel mengenai cara-cara penggunaannya, rujuk disini.

3. Comment Reply Notification

Plugin ini berfungsi apabila seseorang membalas komen korang dimana emel tersebut sampai ke inbox. Cukup mudah bukan kerana plugin sebegini memang cool disebabkan ada balasan, terjah balik! hehe

4. Google Analyticator

Plugin ini berfungsi sebagai stat pelawat keluar masuk ke blog korang. Boleh dijadikan ukuran sejauh mana korang mampu untuk meningkatkan kualiti artikel yang dikongsikan. Sama-sama lah kita maju kehadapan dengan berblogging.

5. Growmap Anti Spambot Plugin

Plugin ini berfungsi sebagai anti spammer/spambot pengganti kepada plugin Akismet. Ianya 100% berfungsi menghalang blog diserang spammer namun boleh baca di sini.

6. W3 Total Cache

Plugin ini berfungsi sebagai plugin yang meningkatkan performance blog dan proses loading blog. Dengan penggunaan plugin ini, saya yakin, blog WordPress korang lebih laju daripada biasa. Cuba lah!

7. WordPress Optimize

Plugin ini berfungsi sebagai menolong menjaga database blog WordPress dimana korang boleh rujuk blog Anarm  mengenai cara optimize database blog WordPress.

Jadi antara ke-7 plugin berikut adalah plugin asas yang perlu digunakan bagi pengguna baru blog WordPress.Penggunaan plugin lebih mudah tanpa memasukkan skrip-skrip yang memeningkan kepala(tapi kalau dah pakar, pakai skrip lebih baik). Akhir kata selamat mengguna buat Geng WP.

Artikel Berkaitan:

Filed Under: SEO, WordpressTagged With: pengguna baru wordpress, plugin asas, plugin asas untuk pengguna baru, plugin denaihati, plugin seo, plugin untuk newbie, plugin wordpress, plugin wp self host, plugin yang diperlukan dalam blog, plugin yang sesuai digunakan dalam blog wordpress

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

About Syahril Hafiz

Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis


Comments

  1. booBlogs says

    May 27, 2012 at 9:13 pm

    banyak sangat plugin. hehe. so far pakai SEO one pack je. yang lain tak cuba lagi

    Reply
  2. zhazmi says

    February 10, 2012 at 12:38 am

    penting ke W3 Total Cache tu? dulu dah install tapi delete sebab tak tahu macam mana nak guna..

    Reply
  3. shoutvoc says

    January 27, 2012 at 12:57 pm

    tq bro atas tutorial yng best nih..bookmark this blog. saya masih baru dan tercari2 plugin yg sesuai. nak tye soalan skit. nape bile letak al in 1 seo pack plugin,favicon terus hilang dan form 7 puyne masalah lak letak dalam blog jadi besar.terkeluar dari frame. adoi tolang daku

    Reply
  4. Nancy says

    April 22, 2011 at 6:48 pm

    pluginya banyak sekali, aku mau mencoba install CommentLuv .

    Reply
  5. bejoshare.com says

    April 15, 2011 at 5:07 pm

    Nice info, i will try that !!!

    Reply
  6. Nine says

    March 31, 2011 at 6:49 am

    WP Stats tak perlu ker Hafiz..aku saja install gak…hmm commentluv aku buang…nanti letak balik..yg lama rosak kena update latest…

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 31, 2011 at 3:05 pm

      tak basic tu
      sekurangnya guna la seminimum yang mungkin

      Reply
  7. fendidahada says

    March 29, 2011 at 12:59 pm

    thanks for sharing bro..aku baru nakt try w3 total cache..selama ni guna super cache je…

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 29, 2011 at 7:35 pm

      oh ramai gak ek guna super cache tu. cuba la terbaik kot

      Reply
  8. suri says

    March 28, 2011 at 12:49 pm

    suri suka plugin yang smile kartun kt bwh komen tu comel2 jer..yang kala putih cam adele pakai pun best gak..hee…tapi tkut ia mmpengaruhi loading bloh pula hee.e. :oups: :aie:

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 28, 2011 at 7:26 pm

      hurm tak la sangat, tapi kalau suri minat nak guna smiley ni
      cuba cari kat wazy84.com, dia ada buat tutor

      Reply
  9. suri says

    March 28, 2011 at 12:47 pm

    dok cuba mengoptimakan plugin hee… :8

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 28, 2011 at 7:25 pm

      bagus la, saya pun dok cuba buang apa yang tak patut..

      Reply
  10. Wan says

    March 28, 2011 at 10:55 am

    yang w3 total cache tu takut lak nak pakai, sbb pernah pakai, web saya jadik statik, x leh update, tp x tau la kalau skrg da ok sbb yg dulu tu x ok, tp plugin yg lain memang superb, hehe

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 28, 2011 at 7:22 pm

      eh yeke, hurmm ramai gak tak berani guna plugin ni
      tapi alhamdulillah aku punya dalam blog ni tak de masalah..

      Reply
  11. Pejuang Kesenian Extreme says

    March 28, 2011 at 1:02 am

    6 daripada 7 plugin tu aku ada pakai..terbaik
    Kira plugin wajib pakai la senang cite…

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 28, 2011 at 7:17 pm

      asas = wajib
      yeah!! semua wajib guna..

      Reply
  12. Fossil Malaysia says

    March 27, 2011 at 4:11 pm

    Perkongsian yg menarik bro.. sesuai utk pengguna baru dan asas penggunaan plugin.. Pandangan sy, utk SEO tu, plugin WordPress SEO dari Yoast pun agak bagus.. sbb mmg cukup lengkap.. cuma cara setting tu agak complicated skit..

    Berkenaan dengan plugin Google Analyticator, kiranya tak perlu daftar kat Google Analytics ke? ataupun tak perlu letak kod yg diberi oleh Google Analytics punya ke?

    Then, cadangan sy lagi, seeloknya yg WP Optimize ditukar dengan WP DB manager.. Ianya lagi bagus sebab cukup complete dari segi backup dan optimize database pun juga di buat dan berjalan secara Automatik! Berbeza dengan WP Optimize yg perlu dibuat manual.

    Sekadar berkongsi pandangan. Thanks. 🙂

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 27, 2011 at 5:29 pm

      yoast, hurmm ok jugak tu, tapi dah AIO ariffshah dah buat tutor gunanya, baik saya kasi ni je
      mudah buat diorang jugak, melainkan diorang nak sesuatu yang lebih..ummmpp, tak pe tunggu entri selanjutnya..
      berkenaan analyticator tu, masukkan kan kod je, pastu dalam dashboard kita akan terpapar la macam biasa kita dok tengok tuh, dan
      wp db manager? hurm not bad, benda tu anarm ada kasi review haritu, terpulang pada newbie nak yang mana. sememangnya benda ni tak la asas lagi jikalau baru dalam platform WP..

      Reply
      • Asyrof Asri says

        April 20, 2013 at 1:50 pm

        Saya nak tanya pasal plugin-plugin yang disyorkan saudara Syahril, adakah masih relevan dan boleh digunakan pada tahun 2013 ini?..

        Sebab artikel ini ditulis pada tahun 2011.

        Saya risau jika plugin ini masih ada atau tidak active.

        Mohon bantu. 😉 – Thanks ..

        Reply
  13. wazy says

    March 27, 2011 at 11:35 am

    dulu aku ada gak guna w3 total cache ni
    tapi susah lak nak uninstall

    Reply
    • Affan says

      March 27, 2011 at 11:41 am

      haha. samalah, kena delete satu2 file via ftp.
      habis rosak haritu, kelam kabut aku jadinya

      Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 27, 2011 at 5:23 pm

      ek ye ke? sekarang guna apa?

      Reply
  14. Ali ridha says

    March 27, 2011 at 9:33 am

    Malas layan la hari tutup lampu ni…kerja aku banyak ni.

    All in One Seo Pack – kita boleh gunakan cara putih dan hitam.bagi cara hitam atau orang selalu panggil Black Hat SEO…kita memaksa di index dengan cepat…google akan lakukan tindakan selepas ni. :[

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 27, 2011 at 11:06 am

      yup setuju tu, better letak la keyword yang ori.

      Reply
  15. Mohd Isa says

    March 27, 2011 at 9:26 am

    platinum seo pun ok gak tak silap aku…google sitemap takda ke? hehe

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 27, 2011 at 11:04 am

      uih tu bukan basic..hehe..ni yang diperlukan jeh.

      Reply
      • Affan says

        March 27, 2011 at 11:40 am

        google sitemap aku rasa basic. ke ada alternatif lain

        Reply
        • Syahril Hafiz says

          March 27, 2011 at 5:24 pm

          haish, tak kot. ini bagi yang nak, kalau alternatifnya..entahla..heee

          Reply
      • Anarm says

        March 27, 2011 at 5:32 pm

        google sitemap basic ahh.. huhu.. try tengok plugin ‘Table of Contents Creator’ pulak.. http://markbeljaars.com/plugins/tocc-plugin/ 😛

        Reply
        • Syahril Hafiz says

          March 27, 2011 at 5:35 pm

          ye ke?haha, awat dulu aku tak pernah taw eh? thanks anarm

          Reply
          • Anarm says

            March 27, 2011 at 5:43 pm

            google sitemap tu plugin basic yg perlu pasang kat blog baru.. utk generate XML sitemap yg akan mudahkan spider index blog kita..

            aku pon tak tau jugak dulu.. tp sekarang dah tau dah, google sitemap tu plugin yg wajib ada kt blog wordpress..

          • Syahril Hafiz says

            March 28, 2011 at 7:17 pm

            ooo tq bro, aku dah adjust ayat kat blog lain untuk entri ni..hehe

        • Mohd Isa says

          March 27, 2011 at 7:45 pm

          perkara pertama sekali aku buka blog…plugin google sitemap xml la aku install dlu…teramatlah basic…

          Reply
      • Mohd Isa says

        March 27, 2011 at 7:43 pm

        penting kot google sitemap xml tu…indeks tu…baru hak cipta terpelihara. 😛

        Reply
  16. kaizen says

    March 27, 2011 at 9:24 am

    tok blogspot ade cadangan x???

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 27, 2011 at 10:43 am

      urm buat masa sekarang tak de, tak pe saya usahakan jugak cari

      Reply
    • Anarm says

      March 27, 2011 at 5:27 pm

      utk blogspot takde plugin.. huhu

      Reply
  17. Bro Framestone says

    March 27, 2011 at 9:20 am

    menarik…

    if dapat genapkan jadi 10 lagi bagus… masukan facebook like or twitter.. memudahkan pembca share artikel korang

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 27, 2011 at 9:22 am

      hurm betul gak tu, menarik

      Reply
    • Affan says

      March 27, 2011 at 11:39 am

      itu memang asal. tapi boleh buat manual, lagi cun!

      Reply
      • Syahril Hafiz says

        March 27, 2011 at 5:24 pm

        masukkan skrip..yeah!

        Reply
  18. Anarm says

    March 27, 2011 at 8:26 am

    aku pakai plugin wp super cache.. teringin nk tukar ke w3 total cache tapi takut2 lagi.. hahaha..

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 27, 2011 at 9:05 am

      takut2, kenapa ek?

      Reply
      • Affan says

        March 27, 2011 at 11:37 am

        aku pnh test, rosak terus blog aku lol

        Reply
        • Syahril Hafiz says

          March 27, 2011 at 5:23 pm

          rosak? jadi macam mana eh?

          Reply
      • Ahmad Fikrizaman says

        April 5, 2011 at 6:34 pm

        blog aku yang lama rosak lepas pakai w3 kalau bukak guna opera.. nak pakai plugin ni pun kena test jugak compatibility dengan web browser…

        Reply
        • Syahril Hafiz says

          April 6, 2011 at 2:26 am

          ye ke? aku ingat la kan, ini ada kena mengena dengan themes blog tak?

          Reply
  19. Jebat Malaya says

    March 26, 2011 at 11:33 pm

    aku suka FV All In One Seo Pack dengan menerangkan bahawa
    “we don`t let kids play with knife…” so, cerita diorang, diorang ckp pakai AIOSEOP baik untuk master seo…
    tatau mana yang lebih baik…

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 27, 2011 at 8:13 am

      urmm ye ke, tak pa, nanti cek cuba..hehe

      Reply
  20. daus says

    March 26, 2011 at 11:15 pm

    aku rasa, seo ultimate lagi better than all in one.. egege

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 27, 2011 at 8:06 am

      entah la daus, aku rasa ni je kot yang senang..ekeke

      Reply
    • Anarm says

      March 27, 2011 at 8:24 am

      aku penah guna seo ultimate sebelum ni.. habis semua setting blog aku rosak.. xtau nape.. tukar AIO baru ok balik..

      Reply
      • Syahril Hafiz says

        March 27, 2011 at 9:04 am

        ooo, tak compatible la tu..

        Reply
  21. SyahmiShaarani says

    March 26, 2011 at 9:55 pm

    Bro syahrilhafiz jangan lupa WP-Minify, berguna juga plugin itu!

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 27, 2011 at 8:05 am

      uih, plugin tu tak semua themes boleh guna
      takut tak comptible

      Reply
      • Anarm says

        March 27, 2011 at 8:22 am

        minify rasanya kat plugin w3 total cache dah ade include..

        Reply
        • Syahril Hafiz says

          March 27, 2011 at 9:04 am

          ye ke? hurm kena tengok ni

          Reply
          • Anarm says

            March 27, 2011 at 9:21 am

            aku tak sure.. tapi aku pernah baca tutorial yang cerita tentang setting minify kat w3 total cache.. aku pakai wp super cache.. teringin nak tukar ke w3 tapi takut problem plak..

          • Mohd Isa says

            March 27, 2011 at 9:24 am

            uiks, dia suggest w3 total cache ke org…dia tak tau ada minify kat situ…hehe….apo ler…:P

          • Syahril Hafiz says

            March 27, 2011 at 11:04 am

            LOL, aku tak godek lagi kot, guna yang basic jeh..hehe

          • Mohd Isa says

            March 27, 2011 at 7:41 pm

            haha…kasi godek dlu la bro…tp jgn salah langkah sudah…berjam gak la main W3 Total Cache ni mula2…:P

          • Syahril Hafiz says

            March 28, 2011 at 7:23 pm

            aku dah tengok, memang ada minify tu, dah enable..patut laju macam blog ko eh..wakaka

          • Mohd Isa says

            April 3, 2011 at 5:29 pm

            dah enable ko kena setting kot…tick mana yg ko nak minify…css, js ng html tak silap aku…tp kena berhati-hati sikit…tak semua boleh minify…

        • Mohd Isa says

          March 27, 2011 at 9:25 am

          tukar je pakai w3 total cache, aku dulu pakai wp super cache gak…pastu tukar…takda masalah…bertambah ok lagi ada la. 🙂

          Reply
          • akubiomed says

            March 27, 2011 at 11:07 pm

            W3 Total Cache kalau nak sedap pakai kepada blog yang mempunyai trafik tinggi kerana ada CDN. Tidak semua hosting menyediakan CDN.

          • Syahril Hafiz says

            March 28, 2011 at 7:29 pm

            yup betul tu, 1st time dengar ni
            thanks bro

Trackbacks

  1. Atasi Masalah Author Wordpress Not Found, Error 404 | SyahrilHafiz.com says:
    January 30, 2014 at 6:59 am

    […] boleh ikut cara saya atasi masalah author WordPress ini. Masalah ini bukanlah berpunca dari masalah plugin atau themes WordPress tetapi disebabkan kecuaian sendiri ketika edit bahagian Users […]

    Reply
  2. 16 Cadangan Plugin Wordpress Penting Untuk Blog - izwanyusof says:
    November 8, 2011 at 5:36 pm

    […] rating tinggi. Selain itu,boleh baca entri blogger mengenai plugin asas atau wajib di blog :Syahril HafizHanafi MohamadUntuk muaturun semua plugin di atas layari http://wordpress.org/extend/plugins/Entri […]

    Reply
  3. 10 Plugin Asas Untuk Pengguna WordPress | Oh Pakar says:
    March 29, 2011 at 8:59 am

    […] boleh layari ke sini https://syahrilhafiz.com/blog/plugin-asas-untuk-pengguna-baru-wordpress-self-host.html Tweet Posted by syahrilhafizcloseAuthor: syahrilhafiz Name: Syahril Hafiz Email: […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

Tentang Penulis

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Syahril Hafiz. Follow saya di Media Sosial
SyahrilHafiz.com
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

Mesti Baca



Artikel Terbaru

  • 3 Tips Terbaik Membeli Di Shopee, Lazada & 11Street.my Jualan Murah
  • 5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online
  • 7 Pemasaran Instagram – Cara Buat Duit Online Letupkan Jualan Di Instagram!
  • DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil
  • Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
  • Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online
  • Susah Close Sale Bisnes Online? Ikut Langkah Simple Close Sale Guna WhatsApp
  • Cara Beli Barang Online Di Lazada Malaysia
  • Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan & Diet Harian
  • Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

RSS Resepi Menarik

  • Resepi Mee Goreng by RESEPIADIK
  • Resepi Cucur Labu Sedap
  • Resepi Kuih Sagu Kelapa Parut
  • Resepi Sotong Celup Tepung Bestari
  • Resepi Kek Basque Burnt Cheesecake

Pilih Arkib

Pilih Kategori

PRODUK UNTUK DIJUAL

Minyak Enjin Kereta Terbaik

Anak Pokok Limau Nipis

Anak Pokok Betik Sekaki

Susu Kambing Segar Dari Ladang

Susu Lembu Segar Dari Ladang

Chia Seed Murah & Organik

ANDA PERASAN BLOG INI LAJU?

Hosting yang disarankan adalah [1]. Rakan kerjasama Laman Rujukan Kerjaya & Minyak Enjin XRA Power

Hakcipta Terpelihara © 2023 SyahrilHafiz.com· Kembali ke Atas