Plugin Asas Untuk Pengguna Baru WordPress Self Host

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.

Artikel ini ditulis pada jam 9.00PM dimana orang dah pakat tutup lampu sambut Earth Hour seluruh dunia. Berbekal bateri laptop sahaja, kali ini artikel lanjutan dari Promosi Hebat Webhosting dari Baitulbytes dan Kelebihan dan Kekurangan WordPress Self Host. Bagi yang belum membaca, dipersilakan untuk mengetahui yang WP terbaik!

Sebelum menyusuri point-point selanjutnya, saya berpesan  pada diri saya, agar sepanjang saya berblogging ingat  akan kurangkan menggunakan plugin yang tidak diperlukan.Berfikir sejenak sekejap, adakah korang pasti, setiap plugin yang digunakan memberikan faedah balik kepada kita? Acap kali, penggunaan plugin seperti program dimana setiap satunya ada fungsi tersendiri, sebaliknya dengan kecacatan plugin-plugin tertentu, sudah tentukan akan melambatkan proses loading blog dan juga mudah  digodam.

Antara plugin-plugin asas untuk pengguna WordPress, yang saya sarankan(plugin yang saya guna juga) ialah :-

1. All in One Seo Pack

Plugin ini berfungsi sebagai SEO untuk blog WordPress.Antara yang saya kenal pasti dalam penggunaan plugin ini sangat berkesan dan mudah sekali untuk digunakan.Kedudukan plugin ini dibawah Add Post dimana setiap keyword berkenaan,description dan title harus diisi agar pencarian keyword di Google berkenaan artikel di index. AriffShah ada buat artikel berkaitan plugin ini. Sila rujuk disini.

2. CommentLuv

Plugin ini berfungsi dimana menunjukkan link artikel baru korang di akhir komen bila korang mengomel. Saya ada buat artikel mengenai cara-cara penggunaannya, rujuk disini.

3. Comment Reply Notification

Plugin ini berfungsi apabila seseorang membalas komen korang dimana emel tersebut sampai ke inbox. Cukup mudah bukan kerana plugin sebegini memang cool disebabkan ada balasan, terjah balik! hehe

4. Google Analyticator

Plugin ini berfungsi sebagai stat pelawat keluar masuk ke blog korang. Boleh dijadikan ukuran sejauh mana korang mampu untuk meningkatkan kualiti artikel yang dikongsikan. Sama-sama lah kita maju kehadapan dengan berblogging.

5. Growmap Anti Spambot Plugin

Plugin ini berfungsi sebagai anti spammer/spambot pengganti kepada plugin Akismet. Ianya 100% berfungsi menghalang blog diserang spammer namun boleh baca di sini.

6. W3 Total Cache

Plugin ini berfungsi sebagai plugin yang meningkatkan performance blog dan proses loading blog. Dengan penggunaan plugin ini, saya yakin, blog WordPress korang lebih laju daripada biasa. Cuba lah!

7. WordPress Optimize

Plugin ini berfungsi sebagai menolong menjaga database blog WordPress dimana korang boleh rujuk blog Anarm  mengenai cara optimize database blog WordPress.

Jadi antara ke-7 plugin berikut adalah plugin asas yang perlu digunakan bagi pengguna baru blog WordPress.Penggunaan plugin lebih mudah tanpa memasukkan skrip-skrip yang memeningkan kepala(tapi kalau dah pakar, pakai skrip lebih baik). Akhir kata selamat mengguna buat Geng WP.

This post was last modified on February 9, 2014 9:35 pm

" Syahril Hafiz : Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis."

Lihat Komen (67)

  • yang w3 total cache tu takut lak nak pakai, sbb pernah pakai, web saya jadik statik, x leh update, tp x tau la kalau skrg da ok sbb yg dulu tu x ok, tp plugin yg lain memang superb, hehe

    • eh yeke, hurmm ramai gak tak berani guna plugin ni
      tapi alhamdulillah aku punya dalam blog ni tak de masalah..

  • suri suka plugin yang smile kartun kt bwh komen tu comel2 jer..yang kala putih cam adele pakai pun best gak..hee...tapi tkut ia mmpengaruhi loading bloh pula hee.e. :oups: :aie:

    • hurm tak la sangat, tapi kalau suri minat nak guna smiley ni
      cuba cari kat wazy84.com, dia ada buat tutor

  • WP Stats tak perlu ker Hafiz..aku saja install gak...hmm commentluv aku buang...nanti letak balik..yg lama rosak kena update latest...

  • tq bro atas tutorial yng best nih..bookmark this blog. saya masih baru dan tercari2 plugin yg sesuai. nak tye soalan skit. nape bile letak al in 1 seo pack plugin,favicon terus hilang dan form 7 puyne masalah lak letak dalam blog jadi besar.terkeluar dari frame. adoi tolang daku

1 2 3