Musim Pokok Limau Nipis Berputik Bunga

Boleh dikatakan tahun 2014 ni kita kena musibah kemarau panjang yang agak lama, sampai setiap kariah/kawasan anda adakan solat sunat Istisqa untuk meminta hujan turun membasahi bumi.

Alhamdulillah sekarang semua tempat di Malaysia sudah dituruni hujan kan? Dan secara terkejut pokok limau nipis yang diusaha berputik bunga dengan lebat. Sebenarnya pokok limau nipis ni tak bermusim, berbuah sepanjang masa tapi disebabkan pokok yang rencat air tidak mencukupi, diberi sistem pengairan yang baik selepas tu, tanaman limau nipis ni terus berputik bunga.

Sekali keluar bunga, memang geram nak kutip hasil 😀 . Mana tidaknya, sebab proses dari putik bunga ke buah limau nipis mengambil masa 5 bulan untuk hasil tuaian.

InsyaAllah dengan penjagaan yang rapi, baja dan air yang cukup pokok limau nipis ni mampu hasil kutipan yang lebih tinggi dari sebelumnya. Dalam pengiraan, bermula tahun hari Raya Puasa hasil, dan memang kena timing. 😛

Sejak mengiklankan projek tanaman Limau Nipis ni di blog, tak putus – putus dapat sambutan. Ramai rupanya yang berminat sebab salah satunya saya nak ingatkan kepada anda, tanaman Limau Nipis ini tanaman jangka panjang, jadi secara tak langsung modal permulaan yang tinggi, hasil memberangsangkan dari pulangan. Jadi balik modal! 🙂

Lagi nak baca mengenai Projek Agro Tanaman Limau Nipis. Klik Sini.

Penjagaan Ketika Pokok Limau Nipis Berbunga

Kalau nak diikutkan dari penjagaan anda kena lebihkan kepada kawalan serangga. Jadi boleh rujuk pakar/kedai racun berhampiran untuk ketahui racun jenis apa sesuai ya.

Sebab kebiasaan masa ni, serangga/lalat/ulat tak dikehendaki akan aktif tak secara tak langsung akan menganggu proses putik bunga tu nak kahwin/ perkembangbiakan.

Jadi selamat bercucuk tanam! #eh

Nota 30/3/2014 : Bagi yang nak order banyak, sila Contact saya terlebih dahulu. Close deal berapa banyak nak, sebab stok anak pokok limau nipis yang ada kat saya sekarang, dah ada booking. Jadi kena buka buku baru , kalau sikit ( bawah minimum 100 pokok ) boleh hubungi +60175257475 ( SMS/WhatApps/Telegram sahaja) untuk selanjutnya.

This post was last modified on March 30, 2014 11:08 pm

" Syahril Hafiz : Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis."

Lihat Komen (20)

1 2