• Utama
  • Biodata
  • Hubungi
    • Pengiklanan
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman
    • AMP Sitemap

SyahrilHafiz.com

Malaysian Blogger

  • SEO
  • WordPress
  • Info
  • Agro
  • Apple
  • Windows
    • Ubuntu
  • Google
  • Android
  • Perniagaan
  • GST

You are here: Home / Baca Ini / Punca Ibubapa, Remaja Sekarang Rosak Akhlak

Punca Ibubapa, Remaja Sekarang Rosak Akhlak

November 29, 2010 oleh Syahril Hafiz54 Comments

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Apa kata kali ini, kita membincangkan pula pasal kerosakan akhlak remaja sekarang. Tadi aku terdengar radio Kedah FM dimana sesi ceramah bersama ustaz kot. Ustaz tersebut membincangkan kenapa dan apa punca remaja/kanak-kanak sekarang jadi rosak dalam erti kata lemah lembutnya ialah hormat.

Apa yang kita ketahui sekarang, gejala haram jadah sosial seperti KLCC, raba meraba di sekolah dan lain-lain semakin menjadi-jadi. Satu je Ustaz ni tekankan iaitu semua ini berpunca dari mak bapak. Aku pun berpandangan begitu dan sengaja buat entri ni untuk dikongsikan bersama.

Pak aku didik sampai alhamdulillah sekarang aku tak membuat apa-apa masalah kepada keluarga. Diharapkan anak anak korang pun jadi seorang yang berguna sekarang. Ustaz ini tekankan lagi, dari awal anak-anak harus dibentuk dan dilentur rebungnya bukan dimarahi, dicaci atau dimanjakan.Β  Sebaliknya, mak bapak harus bersikap positif dan akal itu kena buka sikit la.

Terperuk kepala otak dengan isu semasa, politik dan kejar kemewahan membuatkan anak-anak menjadi rosak apabila kasih sayang tu kurang. Hal ini terjadi dari awal, contoh mak ayah tak tekankan pendidikan agama kepada anak pada peringkat awal sekitar umur 7 tahun. Insyaallah kemudian hari anak anda akan pijak kepala. Sebab itu, aku suka time ustaz ni cakap, kita sepatutnya bersikap(sifat) 50-50 terhadap anak.

50% untuk kasih sayang dan 50% untuk ketegasan terhadap anak. Andai kata, korang ni mak ayah yang periang dan selalu manja sangat dengan anak, tunggu dikemudian hari anak-anak tersebut akan buat sesuatu diluar jangkauan korang. Andai kata, korang ni mak ayah seorang yang terlampau tegas dan panas baran. Tunggu dikemudian hari, anak korang akan mula pijak kepala dan memberontak.

kredit gambar Google

Sebab itu dalam Islam ada tekankan kita janganlah terlampau garang dan janganlah terlampau manja dengan anak kita agar dikemudian hari anak kita tak takut sama kita dan pastikan anak kita menjadi seorang manusia berguna. Contoh bagi aku, setelah dengar kata-kata dari ustaz tersebut, ALHAMDULILLAH kerana dari kecil ayahku mendidik aku sedemikian seperti kata ustaz tadi.

Kekadang tu garang bila buli adik sampai menangis dan kekadang tu dapat pujian dan hadiah bila ada sesuatu yang aku buat menggembirakan mereka. I’m appreciate that. Percayalah yang semua ini dimana kerosakan akhlak remaja dan kanak-kanakΒ  sekarang berpunca dari mak ayah. Mak ayah yang lembut(auwww), aku cukup tak suka!. Serius aku cakap dimana anak ini dikemudian hari akan sombong, riak dan sebagainya.

Mak ayah yang tegas sangat pula, suka mengongkong, nak buat ini tak boleh, itu pun tak boleh. Semua benda nak buat terbatas, sampai-sampai anak dikemudian hari berfikiran sempit dan tak memikir panjang risiko bila dah besar. Sebab itulah, keluarga yang ceria dan harmoni datangnya dari keberkatan Allah dan pendidikan agama yang betul- betul diterapkan kepada anak menjadi agar kemudian hari anak tersebut berjasa pula kepada kita. Insyaallah~

Wassalam~

Anak Terlalu Nakal? Klik Disini!

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Baca IniTagged With: akhlak remaja sekarang, apa nak jadi, masalah keluarga, punca remaja sosial, remaja rosak punca dari ibubapa, remaja zaman sekarang

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

About Syahril Hafiz

Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis


Comments

  1. MDHAFiZ.NET says

    February 1, 2011 at 10:31 am

    ibu bapa adalah pemimpin bagi anak itu.. sebagaimana kuatnya pegangan ISLAM pemimpin itu.. behgitu juga lah dengan anaknya nanti.. oleh itu salah siapa?? salah pemimpin kha???
    renung2kan..

    Reply
  2. takenaga says

    December 29, 2010 at 11:21 am

    aku rase tak boleh nak salahkan parents 100%. semuanya berpunca dari diri sendiri. Kalau dah dok mengaji sekolah pondok, hafal surah yaasin tapi hati tu tak ikhlas dengan ajaran Islam, pon boleh jadi masalah jugak. semua balik kepada diri sendiri. tak ingat ke dulu tips nak buat karangan punca2 BM, formula diri sendiri, ibubapa, rakan, sekolah, masyarakat, dunia? haha πŸ˜›

    kalau orang tu berkawan dengan orang yang perangai macam setan tp die still pandai jaga diri, tau batas, takde masalah aku rase. πŸ˜‰

    ps: lame jugak tak singgah2 blog kau ni. lame gile passive blogging. but now im back. :mrgreen:

    Reply
  3. yankumi says

    December 4, 2010 at 10:52 pm

    .assalamualaikum…setuju sama ini..
    cadangan:-ibubapa patut menghadiri kursus keibubapaan yg dianjurkan oleh pihak kerajaan+swasta..(jika ada)(kalau xda,minta nasihat dari para ulama+pakar kaunseling..
    #bagi pasangan suami isteri yg sudah berkahwin/akan berkahwin..kursus semacam ini wajar diikuti….^^salam..

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      December 4, 2010 at 11:53 pm

      yup, betul kata-kata yankumi..
      tapi ada ke diorang nak ikut semua tu?
      sekarang la..

      Reply
  4. kerja kosong says

    December 4, 2010 at 12:41 pm

    Ibu Bapa mestilah beri panutan yang baik ke anak mereka.

    Reply
  5. Johari Hamzah says

    December 2, 2010 at 1:21 am

    Salam.
    Betol tu, remaja sebenarnya mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling, kalau keadaan sekeliling remaja tersebut masa kecik sudah mantap, insyaAllah sehingga besar kelak remaja itu akan kekal mantap. Mantap di sini bagi aku adalah dari segi ilmu agama dan ilmu duniawi yang telah diterapkan sejak kecil. πŸ™‚

    Reply
  6. sadieqz says

    December 1, 2010 at 8:05 pm

    hmmm.. Kesian remaja tu..

    Reply
  7. Ali ridha says

    November 30, 2010 at 11:11 pm

    kes remaja comolot tu
    sungguh tak senonoh.
    ampa ingat ni Hollywood ka. πŸ‘Ώ

    Reply
  8. eiela says

    November 30, 2010 at 11:03 pm

    apa-apa pun bermula dari rumah tapi persekitaran memainkan peranan jugak. yang penting individu tuh kena pandai jaga diri, dan pembawaan dia.

    Reply
  9. fitri says

    November 30, 2010 at 8:58 pm

    kurang masa berkualiti antara parent dan anak2..mungkin itu penyebabnye…

    Reply
  10. fiezaradzi says

    November 30, 2010 at 5:20 pm

    setuju dgn entry ni.. mmg pokok pangkalnya bermula di rumah.. sbb dari situ lah anak2 blajar sebenarnya..

    kurang gemar lau mak ayah bergaduh/marah2 org depan anak… sbb anak akn dgr, tgk dan ikut.. apa saja la yg mak ayah buat, anak2 mmg akan ikut.. — dah byk contoh saya lihat..

    peribadi mak ayah juga mjadi ikutan anak2.. harap2 anak2 mbesar dgn peribadi yg mulia..

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      December 1, 2010 at 8:03 pm

      setuju sekali dengan kata2 ni
      ni jugak boleh buat diorang stress walaupun kecik..
      benda ni boleh melarat,

      Reply
  11. ghogaru says

    November 30, 2010 at 2:20 pm

    Bagi aku la, remaja sekarang ni banyak langsi sebab salah gunakan teknologi yang ada. kalau ada duit pergi CC lepas tu tengok pornografi. Internet gunanya untuk mencari pengetahuan bukan untuk dijadikan sebagai sumber ‘kenikmatan’. Bila dah selalu sangat tengok porn mulalah terpengaruh.. bila dah terpengaruh, faham2 lah sendiri..

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      December 1, 2010 at 7:59 pm

      ya..aku setuju dengan kata2 ko, open ak eh komen ko ni..cayalah..

      Reply
  12. cikbelog says

    November 30, 2010 at 1:42 pm

    setuju jugak tu.Kalau mak pak yang terlalu sebok ngan keje je sampai tak sempat nak tanya khabar anak akan menyebabkan anak-anak terlebih liar pulak.

    Reply
  13. Kamal Mustafa says

    November 30, 2010 at 12:14 pm

    Yang penting ibu bapa tau mana anaknya pergi,kawan dengan siapa itu dah cukup.Sebab selalunya anak jadi macam nie sebab pergaulan yang kurang sihat.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      November 30, 2010 at 12:34 pm

      betul2..
      seeloknya kita tahu sapa kawan dia yang paling rapat dan suruh kawan tu spy apa yg anak kita buat..

      Reply
  14. mijie says

    November 30, 2010 at 9:58 am

    itulah sebabnya perlukan balance/keseimbangan dalam mendidik serta tanggungjawab ini bukan hanya terletak di bahu ibu bapa, persekitaran juga perlu memainkan peranan

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      November 30, 2010 at 12:31 pm

      betul3
      more attention more cheerful..;)

      Reply
  15. maCy says

    November 30, 2010 at 9:30 am

    maCy xde jmpe gambo pun. nway. bgus2. entry2 lucah byk, kene banyakkn entry cmni pulak. ye dak~

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      November 30, 2010 at 12:25 pm

      erk.lucah ke?
      klcc je tuh..hehe

      Reply
  16. Ali ridha says

    November 30, 2010 at 7:55 am

    masa kecil aku dibesarkan oleh Arwah Tok wan.
    mak ayah aku sibuk kerja.nasib baik aku
    jadi orang berguna.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      November 30, 2010 at 12:24 pm

      alhamdulillah..
      ada penjaga tu~
      tak terabai ok la

      Reply
  17. akublog says

    November 30, 2010 at 4:22 am

    Tapi pelik.. Zaman dulu mak bapak aku tak laa monitor aku sgt pon.. Jadik ga aku seorang yang berjaya.. Hmmmm..

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      November 30, 2010 at 12:23 pm

      dulu lain kot bro~
      sekarang ni macam2 dah..

      Reply
      • RedBoys says

        December 1, 2010 at 2:12 pm

        zaman dulu dgn skrg sudah berbeza sgt.
        dulu2, x moden. so, mak pak x risau sgt.
        tp skrg beza sgt2. huhu

        Reply
  18. H.P.B Blog says

    November 29, 2010 at 10:11 pm

    pada pendapat aku pula
    bukan semua berpunca daripada ibu bapa
    ada juga berpunca pada remaja tu sendiri
    tapi 95% memang berpunca dari mak bapak

    senang cakap macam nih lah
    satu benda mudah
    anak tak ada lesen motosikal
    tapi bagi anak motosikal baru sebiji

    itu dah cukup untuk tgok punca budak2 sekarang jadi mat rempit

    P/S : Nak Ambil Aku Kau Lupa! Bila Tiba Bab Duit Cepat Pula Kau Ingat! Hahahaha!

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      November 30, 2010 at 12:14 pm

      keseluruhan, pendapat aku macam tu gak la..

      Reply
      • H.P.B Blog says

        November 30, 2010 at 4:34 pm

        yups
        sama lah
        budak2 skrg terlalu dimanjakan

        P/S : I Follow You! You Follow I Balik Yer! Kalau Tak Follow Balik Dikira Angkuh, Sombong Dan Bongkak! Habis Bagaimana Dengan Kamu Yang Memaksa Orang Itu?

        Reply
  19. Ismail N says

    November 29, 2010 at 9:39 pm

    Betul kata Ustaz tu sebab ibubapa yg bawa anak-anak ni ke dunia, maka tanggungjawab berat tu harus dipikul oleh mereka dan bukannya guru, kawan2 atau kerajaan. Memang susah nak monitor anak2 terutama zaman ini yang banyak cabarannya. Apa yg boleh kita buat ialah berikan didikan agama dan moral secukupnya masa kecil dan tawakal pada Allah s.w.t.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      November 30, 2010 at 12:10 pm

      memang la susahkan~
      sebab ramai mak bapak bekerjaya sekrang..

      Reply
      • RedBoys says

        December 1, 2010 at 2:10 pm

        so, bila dh dua 2 berkerjaya,
        maka, tiadalah masa utk memerhatikan anak2 mereka. huhu

        Reply
  20. cascd says

    November 29, 2010 at 8:38 pm

    setuju dengan pandangan bro.. ibu bapa yang mempengaruhi akhlak anak2 mereka..skarang ni banyak yg tlampau mengabaikan anak.. πŸ™‚

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      November 30, 2010 at 12:07 pm

      hurm betul3..
      betul jugak kata ustaz tu

      Reply
  21. etomyam says

    November 29, 2010 at 7:05 pm

    ada benarnya juga, faktor sumber makanan halal dan haram oleh ibubapa juga pada aku memberikan kesan kepada pembentukan perangai dan kelakuan bebudak

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      November 29, 2010 at 7:14 pm

      aik? kelakuan budak2 bila..
      sekarang ke?

      Reply
    • akubiomed says

      November 30, 2010 at 12:27 pm

      Setuju sumber pemakanan turut menyumbang kelakuan anak-anak. Sekarang pulak kita mempunyai sistem perbank yang mana susah hendak mengelak riba menjadikan sumber tidak bersih. Contoh gaji bulanan dari bank mana majikan kita pakai. Kalau pakai bank Islam atau Tabung Haji insyallah suci

      Reply
      • RedBoys says

        December 1, 2010 at 2:09 pm

        ye betul tu.
        kalau halal, insyaAllah, anak tu akan baik jadinya.
        kalau haram, hurm.. lah

        Reply
  22. akubiomed says

    November 29, 2010 at 6:04 pm

    Nak salah mak bapak 100% pun tak boleh kerana mak bapak tidak boleh monitor mereka 24jam kerana ada ketika remaja itu sendiri mesti bijak memilih jalan yang puteh atau hitam.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      November 29, 2010 at 6:33 pm

      hehe..betul tuh,
      tapi ni didikan dari awal bro
      dari kecil~~

      Reply
    • akublog says

      November 30, 2010 at 4:01 am

      Bab ni aku setuju.. Cuma aku terpikir.. Takkan laa sampai 24 jam takde masa langsung nak amek tau hal anak sendiri?

      Tapi bak kata syahril “didikan ibu bapa dari kecil” pon membantu gak..

      Reply
    • RedBoys says

      December 1, 2010 at 2:07 pm

      aku pon stuju gak. hehe. πŸ˜€

      Reply
  23. Anip says

    November 29, 2010 at 5:53 pm

    aku setuju beb~ huh!

    1)Bila Isu Bertunang Tanpa Sedar Itu Salah, Harap Maklum !
    2)Kilang Al-Quran Dan Bagaimana Al-Quran Dibuat ?
    3)Mengumpat! Adakah Ianya Hobi Manusia Zaman Sekarang ?

    Reply
  24. suffer8zine says

    November 29, 2010 at 5:15 pm

    setuju bro!

    Terkini : Berani Mati

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      November 29, 2010 at 6:25 pm

      yup..sekepala la kita..hehe

      Reply
  25. myFirdaus says

    November 29, 2010 at 4:34 pm

    comolot ko xmncabar laa…. hahaha
    btw, aku sokong ngan statement ko…. :mrgreen: :mrgreen:

    Reply
    • TheSharkox says

      November 29, 2010 at 5:57 pm

      apa yang mencabar? πŸ˜›

      Reply
    • Syahril Hafiz says

      November 29, 2010 at 6:24 pm

      sup mulut? hoho

      Reply
  26. Affan says

    November 29, 2010 at 3:39 pm

    weh, aku perasan ada gambar comolot. tukar2. haha

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      November 29, 2010 at 3:40 pm

      :mrgreen: :mrgreen:
      benda dah jadi tu~

      Reply
      • Panduan Buah Pinggang Sihat says

        December 4, 2010 at 3:08 am

        Bro pernah dengar tak kes Siti Aisyah yang murtad dulu?Dia ni dari keluarga yang menitik beratkan agama.Dia ada sijil 4 senawi yang membolehkan beliau melanjutkan pelajaran ke al-Azhar.

        Ayahnya seorang imam masjid.Jadi macam mana dia boleh murtad walaupun keluarganya sangat menitik beratkan agama.

        Pada saya masalah keruntuhan akhlak remaja tidak boleh hanya disalahkan kepada ibu bapa.Pada saya yang lebih utama ialah pemimpin sendiri mesti memainkan peranan.

        Kita lihat sekarang ni persekitaran masyarakat bukanlah selamat untuk anak-anak kita.Walaupun ibu ayah sudah memberikan didikan agama,namun bila diluar masih terdedah dengan gejala-gejala buruk.

        Jadi peranan siapakah untuk memastikan persekitaran di luar masih dalam lingkungan yang selamat?Tak lain tak bukan ialah pemerintah.itu pandangan sayalah.Terpulang pada diri masing-masing.

        Reply
        • Syahril Hafiz says

          December 4, 2010 at 2:22 pm

          betul tu bro
          tapi skopnya luas sangat..
          semua orang ada peranan..nak katakan kita ni ada tanggungjawab gak nak ubah haluan anak remaja ni tak rosak.

          Reply
    • RedBoys says

      December 1, 2010 at 2:05 pm

      ade ke? asal aku x nampak pon. ke ko dh buang syah? haha.

      Reply

Trackbacks

  1. Tweets that mention Punca Ibubapa, Remaja Sekarang Rosak Akhlak | SyahrilHafiz [Dot] Com -- Topsy.com says:
    November 29, 2010 at 5:12 pm

    […] This post was mentioned on Twitter by syahrilhafiz, syahrilhafiz. syahrilhafiz said: Punca Ibubapa, Remaja Sekarang Rosak Akhlak http://t.co/z34d5rO via @CaenZ […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

Tentang Penulis

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Syahril Hafiz. Follow saya di Media Sosial
SyahrilHafiz.com
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

Mesti Baca



Artikel Terbaru

  • 3 Tips Terbaik Membeli Di Shopee, Lazada & 11Street.my Jualan Murah
  • 5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online
  • 7 Pemasaran Instagram – Cara Buat Duit Online Letupkan Jualan Di Instagram!
  • DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil
  • Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
  • Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online
  • Susah Close Sale Bisnes Online? Ikut Langkah Simple Close Sale Guna WhatsApp
  • Cara Beli Barang Online Di Lazada Malaysia
  • Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan & Diet Harian
  • Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

RSS Resepi Menarik

  • Resepi Mee Goreng by RESEPIADIK
  • Resepi Cucur Labu Sedap
  • Resepi Kuih Sagu Kelapa Parut
  • Resepi Sotong Celup Tepung Bestari
  • Resepi Kek Basque Burnt Cheesecake

Pilih Arkib

Pilih Kategori

PRODUK UNTUK DIJUAL

Minyak Enjin Kereta Terbaik

Anak Pokok Limau Nipis

Anak Pokok Betik Sekaki

Susu Kambing Segar Dari Ladang

Susu Lembu Segar Dari Ladang

Chia Seed Murah & Organik

ANDA PERASAN BLOG INI LAJU?

Hosting yang disarankan adalah [1]. Rakan kerjasama Laman Rujukan Kerjaya & Minyak Enjin XRA Power

Hakcipta Terpelihara © 2023 SyahrilHafiz.comΒ· Kembali ke Atas