Rainmeter, senikan tetingkap anda

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia,

Pada artikel yang lepas, si Syahril telah pun mengulas mengenai Tetingkap Buta (Windowblinds) yang boleh korang cuba sekiranya korang bosan dengan tema tetingkap lama korang. Sekarang ni, saya bawakan kepada korang semua Rainmeter yang boleh menambah gempak kepada desktop anda!

Rainmeter adalah lawan bagi Conky dan juga Super-karamba yang dibina oleh kumpulan-kumpulan deviant-art. Uniknya, Rainmeter ini boleh diubah-ubah mengikut citarasa korang a.k.a mudah untuk di ubah dan di customize.

Rainmeter ini boleh di cuba pada pelbagai platform Windows, dari Windows 98 sehinggalah Windows 7 dan Windows 2008. Anda boleh letak seberapa banyak Rainmeter pada desktop korang semua, walaupun dari tema yang berbeza.

Inilah beberapa screenshot yang boleh sisipkan bersama:

Tema "Speed"

Tema "Rain²"


Tema Omnimo 3


Tema "ABP"

Tema "ABP"

Tema "Enigma"

Melihat kepada tema-tema yang professional ini, korang semua mesti ingat software ni mahal dan berbayar seperti tetingkap buta (Windowblinds), tetapi ia boleh didapati dengan percuma dan open source malah ia dilesenkan dengan GNU GENERAL PUBLIC LICENSE. Lihat disini.

Tunggu apa lagi? Jom cuba!

Muaturun Rainmeter

This post was last modified on February 6, 2011 2:18 pm

Syahril Hafiz :Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (24)

1 2