Renew Kad KTM I-Card Student secara online dapat menikmati diskaun tambang sehingga 40%. Pelbagai inisiatif di sediakan oleh kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik sistem pengangkutan awam di Malaysia. Tahniah la yang tu. Tu jer.. 😀
Tapi kalau anda sebagai student sekarang, untung sebenarnya sebab banyak kemudahan yang anda boleh perolehi. Kena rajin cari je lah apa yang anda boleh dapat kalau bergelar pelajar ni.
Menggunakan pengangkutan awam seperti ETS, Bas Express, flight kapal terbang untuk berulang alik balik ke kampung dan berjalan makan angin rasanya masih menjadi pilihan pertama kan?? Guna peluang yang ada sebaik mungkin.
Baru ini adik saya yang menuntut di UKM Bangi, suruh abang kacaknya 😛 ini renew secara online KTM Card. Pergi balik naik ETS. Itu option pertama dia selepas perkhidmatan bas express. Saya cakap pergi je kaunter KTM tu renew sana.
Tapi pegawai yang menjaga kaunter beritahu untuk RENEW ni hanya boleh buat secara online. Buka laman web KTMB , ha ah. Memang, ada option untuk renew secara online . Anda kena pastikan ada online banking je lah untuk renew ni.
Kan semua online sekarang. Jadi sangat mudah. Ikut je panduan renew Kad KTM ETS secara online saya tunjuk dibawah ;
1.) Buka laman web rasmi KeretaApi Tanah Melayu Berhad (KTMB) http://www.ktmb.com.my/
atau KTMB i- Card Student.
2.) Klik pada Icon seperti gambar diatas KTM Card
3.) Kemudian, Klik Tekan Sini untuk buat kad KTM ETS baru anda seperti gambar diatas.
4.) Untuk makluman, RENEW KTM Kad ETS hanya perlu klik Login selepas ini TETAPI untuk sistem baru ini, anda perlu klik pada New Application untuk dapatkan kad ktm ETS
5.) Jika anda pelajar berumur 24 tahun dan keatas , perlu muaturun borang Pengesahan Pelajar dan ditandatangi oleh pensyarah sebelum anda isi maklumat berkaitan untuk dapatkan kad KTM ETS ini.
Jika anda sudah selesai proses Pengesahan Pelajar teruskan SKIP ke gambar dibawah ini.
6.) Untuk proses pembayaran anda hanya perlu tick pada butang SETUJU dan teruskan pembayaran online banking ataupun debit/kredit kad.
7.) Resit invoice anda untuk apply Kad KTM siap. Anda cuma tunggu kad sampai ke alamat yang diisi. Penghantaran dalam tempoh 14 hari bekerja.
Jadi nak senang, pos ke alamat yang anda duduk sekarang. Kalau pos ke universiti pastikan inform dahulu bahagian penerimaan barang untuk terima kad anda ye. Dapat info, ada sesetengah universiti tak nak terima.
saya nak tanya lagi.. education information tu semua pasal tempat belajar saya la kan???????????
saya nak tanya… contact number sebelah contact person(lecturer) tu contact number siapa?????
lecturer tu ke atau contact number kita sendiri????
renew pun kena bayar 35 ringgit?
ya sama jer..
Macam mana nak renew lepas new application tuh,, xde pon
For 24y/o students, surat itu kena post ke mana? or submit online? or bring it to ktm counter? tak faham
stamp university tu mcm mna ye
Kalau utk maklumat lecture wjib isi ka? Utk pljr brumur 24keatas shj?
tak perlu. ini untuk pengesahan mengatakan kita ni pelajar
bro,salam… nk tye kad tu boleh guna x utk pjalanan naik ktm yg ulang alik seremban kl tu… then nak topup kad kene p kaubter gak tak???
ktm i-Card ni utk diskaun perjalanan ETS, saya tak pasti kad KTM mana yang cik maksudkan ini..
Maaf, nak tnya boleh ke renew card semggu sblm tamat tempoh. Atau memang kena tggu tamat tmpoh dlu baru renew
sebaiknya tunggu tamat tempoh. sekarang semua dah guna virtual card untuk i- card ktm ni. jadi cepat proses tu 🙂
Sangat bermanfaat 😀
Sangat membantu ! Terima kasihhh
sama sama ! semoga bermanfaat 🙂
bagus awak explained pasal ktm card ni. tpi tu lah, ticket kena beli sebulan sebelum tarikh perjalanan. baru boleh gunakan ktm card tu. kalaw tak still normal price. btw naiss explanation?..
kalau dah ada ktmb i card bila2 masa boleh beli tiket sebab ada option untuk dapatkan diskaun guna kad.
Cari benih limau nipis sebanyak
150 pokok boleh bagi harga berapa
maaf dah tak jual. tanah dh clear
Kalau renew dekat counter boleh dapat immediately tak?
tak boleh cik
Ktmi card virtual ada di mana? Katanya nak tunjuk ktmi card virtual tapi saya tak jumpa saya punya. Kalau tunjuk invoice saja boleh tak?
ktm i card akan di pos ke alamat yg didaftarkan..cuba call KTMB careline untuk status terkini kad. tunjuk invoice itu resit pembelian. rasa tak valid
KTMB careline – tel +603 – 2267 1200
macam mana nak tahu ye kad ets ni sudah di post n sampai ke belum pada penerima ye?
Macam mana nak tahu yang kad tu sudah di post ke penerima ke belum ye? dah hampir sebulan mohon kad ets ni.
cuba hubungi KTMB untuk info lanjut pasal status kad tersebut. No tel +603 – 2267 1200
yg pelajar umur 24 thun keatas tu borang dia kena hantar mana..
dah ada tandatangan pensyarah belum utk pengesahan? Kalau dah simpan dan boleh proceed untuk dapatkan kat ktm i-card student ni dengan cara yang saya bagi di artikel ni
bayaran kad melalui online, dan kad akan di pos kerumah.. jadi borang yang perlukan tandatangan pensyarah tu perlu hantar mana,,
lampirkan bersama bila kad dah siap.
boleh baca TnC kat sini http://form.ktmb.com.my/Card/Card/index.php?module=card_Terms
assalam , nak tny yang kena isi utk student yg 24 thun dan keats shj ke ?
ya. utk umur yang berkenaan kena ada pengesahan dari lecturer
Saya cuba utk buat pembayaran selepas register online..tapi saya tak jumpa spt gambr di atas. So kluar your payment has failed. Tp sbnrnya mmg tak jmpa page utk payment ? help me
caranya sama kalau nak renew atau register.. yang keluar error tu masa nak buat pembayaran atau selepas?
Masa nak buat pembayaran..page utk pmbayaran missing.
Yg pelik nya page yang kluar minta REFERENCE NO terus.
???
How page yg ada invoice nak appear?
Sorry la noob skit?
rasanya sistem KTMB mungkin masalah. transaksi berjaya atau tak?
Kalau berjaya buat payment call KTMB untuk resend balik +603 – 2267 1200
Atau, buat semula dari awal..clear history di Browser..
Kena renew after expired atau boleh renew awal sikit?
Sebelum dan selepas pun boleh. Sebab renew kad KTM I Card ni melalui permohonan baru juga ?
kalau nak tau kad tu dah sampai kat mana macamana eh sebab tak silap haritu ada tertypo alamat sikit risau la .. 🙁 dah lebih 14 hari bekerja ni rasanya .. susah la kalau tak bole check online emmm ..
cik boleh hubungi KTMB +603 – 2267 1200 untuk info lanjut. Sebelum tu semak dulu emel berkaitan permohonan kad KTM I-Card Student nih
mcm mana cara nk bayar utk RM35 tu… pakai CDM machine ka…
pembayaran secara online banking sahaja buat masa ini. tak boleh pakai CDM 🙂
Hey, can i use the 40% off immediately once i renewed and show the invoice in the train during inspection? Is it possible to do so? Thanks.
maybe you can try it :).. print and show the invoice and talk to the officer you’ve already renew the student card.
Resit invoice tu dpt melalui email ka mcm mna eh? ke lpas buat transaksi?
lepas buat transaksi.. dalam emel pun ada. cuba semak 🙂
kalau saya tak dpt invoice through email tu cmne ye? saya dpt email transaction berjaya je utk payment. risau juga ni
check dalam Spam box, promotion box atau lain2 tengok…Kalau email transaction berjaya tak de masalah. Tunggu kad sampai je kat kita ?
terbaik tips (Y)
dah lama gila tak layan ktm sejak ada kereta sendiri.
haha
kalau ETS masuk JB dah lama naik bro. hehe