5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online

Renew Kad KTM I-Card Student secara online dapat menikmati diskaun tambang sehingga 40%. Pelbagai inisiatif di sediakan oleh kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik sistem pengangkutan awam di Malaysia. Tahniah la yang tu. Tu jer..  😀

Tapi kalau anda sebagai student sekarang, untung sebenarnya sebab banyak kemudahan yang anda boleh perolehi. Kena rajin cari je lah apa yang anda boleh dapat kalau bergelar pelajar ni.

Menggunakan pengangkutan awam seperti ETS, Bas Express, flight kapal terbang untuk berulang alik balik ke kampung dan berjalan makan angin rasanya masih menjadi pilihan pertama kan?? Guna peluang yang ada sebaik mungkin.

Baru ini adik saya yang menuntut di UKM Bangi, suruh abang kacaknya 😛 ini renew secara online KTM Card. Pergi balik naik ETS. Itu option pertama dia selepas perkhidmatan bas express. Saya cakap pergi je kaunter KTM tu renew sana.

Tapi pegawai yang menjaga kaunter beritahu untuk RENEW ni hanya boleh buat secara online. Buka laman web KTMB , ha ah. Memang, ada option untuk renew secara online . Anda kena pastikan ada online banking je lah untuk renew ni.

Kan semua online sekarang. Jadi sangat mudah. Ikut je panduan renew Kad KTM ETS secara online saya tunjuk dibawah ;

1.) Buka laman web rasmi KeretaApi Tanah Melayu Berhad (KTMB) http://www.ktmb.com.my/

atau KTMB i- Card Student.

2.) Klik pada Icon seperti gambar diatas KTM Card

3.) Kemudian, Klik Tekan Sini untuk buat kad KTM ETS baru anda seperti gambar diatas.

4.) Untuk makluman, RENEW KTM Kad ETS hanya perlu klik Login selepas ini TETAPI untuk sistem baru ini, anda perlu klik pada New Application untuk dapatkan kad ktm ETS

5.) Jika anda pelajar berumur 24 tahun dan keatas , perlu muaturun borang Pengesahan Pelajar dan ditandatangi oleh pensyarah sebelum anda isi maklumat berkaitan untuk dapatkan kad KTM ETS ini.

Jika anda sudah selesai proses Pengesahan Pelajar teruskan SKIP ke gambar dibawah ini.

6.) Untuk proses pembayaran anda hanya perlu tick pada butang SETUJU dan teruskan pembayaran online banking ataupun debit/kredit kad.

7.) Resit invoice anda untuk apply Kad KTM siap. Anda cuma tunggu kad sampai ke alamat yang diisi. Penghantaran dalam tempoh 14 hari bekerja.

Jadi nak senang, pos ke alamat yang anda duduk sekarang. Kalau pos ke universiti pastikan inform dahulu bahagian penerimaan barang untuk terima kad anda ye. Dapat info, ada sesetengah universiti tak nak terima.

This post was last modified on March 20, 2018 11:29 pm

Syahril Hafiz :Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (47)

1 2 3