• Utama
  • Biodata
  • Hubungi
    • Pengiklanan
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman
    • AMP Sitemap

SyahrilHafiz.com

Malaysian Blogger

  • SEO
  • WordPress
  • Info
  • Agro
  • Apple
  • Windows
    • Ubuntu
  • Google
  • Android
  • Perniagaan
  • GST

You are here: Home / Info / Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

May 8, 2017 oleh Syahril Hafiz3 Comments

renew ssm online

Kembali segar nak menaip ni. Agak lama saya tak menulis, rasa kekok dan nak garap idea pun dah tak macam dulu. Tak panjang pun nak berkongsi tapi saya cuba beri yang terbaik. InsyaAllah.

Alhamdulillah semalam dalam tengahari tu saya sempat ke Pejabat SSM tingkat 4B di Menara Ansar Johor Bahru untuk Renew SSM. Masa yang diambil untuk saya memperbaharui lesen perniagaan saya tak sampai pun 15 minit walaupun sesak dengan orang ramai.

Ke kawasan yang padat dan sesak dengan kenderaan di ibukota Johor Bahru, saya memilih untuk menunggang motosikal sebab senang nak parking di area Menara Ansar Johor Bahru. Di JB pejabat SSM hanya ada disitu. Melainkan ditempat lain anda boleh tengok disini dan UTC.

Ya..Anda kena tahu kenapa saya kesana sedangkan dah ada alternatif mudah dan cepat untuk renew SSM antaranya

  1. Kiosk Ez Biz SSM
  2. Laman Web Ez Biz SSM Online

Untuk lesen perniagaan saya yang menggunakan Enterprise untuk hartanah maya baru 2 tahun. Dan masuk tahun nak renew tu, terus saya kesana untuk aktifkan ID dan gunakan Kiosk.

Kiosk EzBiz SSM

Kalau anda seorang yang rajin keluar, anda boleh singgah di cawangan SSM berdekatan untuk renew lesen SSM. Sangat mudah nak menggunakan mesin ini.

Hanya perlukan Kad Pengenalan dan wang untuk renew, dengan beberapa klik di Kiosk tersebut anda boleh renew SSM tanpa perlu beratur panjang di kaunter.

Penggunaan Kiosk ini adalah satu langkah bijak oleh Pihak SSM yang mempercepatkan proses.

Kalau anda nak tahu, saya hanya masukkan IC di mesin tersebut, thumb print, masukkan No Tel. Data berkaitan lesen perniagaan anda yang sudah didaftarkan sebelum ini ada tertera di muka skrin.

Apa yang anda cuma perlu buat. Masukkan wang contohnya untuk Nama Peribadi hanya RM 30 dan Trade Name RM 70.60 termasuk GST.

Cepat dan pantas. Suka saya ingatkan disini, di Kiosk mesin SSM tu anda dibekalkan resit pembayaran dan 3 helai dokumen lesen perniagaan anda.

Last.. IC dah cucuk ke mesin Kiosk tu jangan lupa ambil ๐Ÿ™‚

Laman Web EzBiz SSM Renew Online

Untuk renew secara online SSM. Langkah pertama isi dahulu maklumat di laman EzBiz ( https://ezbiz.ssm.com.my ). Benda ni simple. Saya pun buat on the spot di Pejabat SSM Johor Bahru menggunakan smartphone saja.

Ingatkan ada komputer ke apa ke nak print emel, rupanya tak payah. Senang sangat langkahnya.

“Nak renew SSM Online perlu pengesahan di Kaunter untuk pertama kali dalam masa 5 minit sahaja”

Selesai isi, maklumat pengaktifan ID dihantar ke emel. Anda perlu pergi ke kaunter tiket untuk bertanya kemana anda harus buat.

Apa yang saya buat bila pegawai menjawab soalan saya. Cari kaunter yang kosong kemudian cakap anda nak aktifkan ID Ez Biz SSM online.

Pegawai SSM di kaunter pendaftaran akan minta Kad Pengenalan anda dan anda boleh turunkan thumbprint. Selesai

Sangat mudah. Segala pergerakan saya di dalam pejabat SSM ambil 15 minit saja. Kemudian anda boleh login. Tengok gambar dibawah jika anda nak Renew SSM secara Online.

renew ssm online

 

Selepas pendaftaran kali pertama, anda akan menerima emel notifikasi untuk pengaktifan ID di Emel. Disini anda perlu ke kaunter pendaftaran seperti saya nyatakan diatas untuk aktifkan. Sila bawa bersama Kad Pengenalan dan Emel tersebut. Tunjuk je phone ke pegawai yang berkenaan.

Pegawai yang menjaga kaunter pendaftaran akan minta anda Forward emel tersebut kepada beliau.

Kemudian SELESAI. Anda boleh login ke Laman EzBiz SSM seperti biasa dengan memasukkan Username dan Password. Ikut langkah gambar dibawah untuk pembayaran Renew Online SSM anda.

 

Klik gambar untuk besarkan ye!

Selamat mencuba. Jangan lupa SHARE artikel ini di laman sosial anda ๐Ÿ™‚ !

Artikel Berkaitan:

Filed Under: InfoTagged With: Renew SSM

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

About Syahril Hafiz

Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis


Comments

  1. Azie says

    July 26, 2019 at 12:29 am

    terima kasih tuan, perkongsian info yang amat bermanfaat sepenuhnya kepada peniaga2 baru yang nak renew ssm ni. Agak pening juga pada mulanya.

    Dah lama2 nanti biasalah tu. ๐Ÿ™‚

    Reply
  2. akubiomed says

    May 9, 2017 at 6:34 pm

    Bagus ada kemudahan diatas talian. Dari rumah jer boleh hidupkan lesen SSM. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      May 10, 2017 at 9:30 am

      Untuk 1st time nak renew kena pergi office SSM juga kalau nak aktifkan ID. Tak pun bank BSN pun boleh jugak renew

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

Tentang Penulis

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Syahril Hafiz. Follow saya di Media Sosial
SyahrilHafiz.com
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

Mesti Baca



Artikel Terbaru

  • 3 Tips Terbaik Membeli Di Shopee, Lazada & 11Street.my Jualan Murah
  • 5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online
  • 7 Pemasaran Instagram – Cara Buat Duit Online Letupkan Jualan Di Instagram!
  • DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil
  • Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
  • Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online
  • Susah Close Sale Bisnes Online? Ikut Langkah Simple Close Sale Guna WhatsApp
  • Cara Beli Barang Online Di Lazada Malaysia
  • Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan & Diet Harian
  • Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

RSS Resepi Menarik

  • Resepi Mee Goreng by RESEPIADIK
  • Resepi Cucur Labu Sedap
  • Resepi Kuih Sagu Kelapa Parut
  • Resepi Sotong Celup Tepung Bestari
  • Resepi Kek Basque Burnt Cheesecake

Pilih Arkib

Pilih Kategori

PRODUK UNTUK DIJUAL

Minyak Enjin Kereta Terbaik

Anak Pokok Limau Nipis

Anak Pokok Betik Sekaki

Susu Kambing Segar Dari Ladang

Susu Lembu Segar Dari Ladang

Chia Seed Murah & Organik

ANDA PERASAN BLOG INI LAJU?

Hosting yang disarankan adalah [1]. Rakan kerjasama Laman Rujukan Kerjaya & Minyak Enjin XRA Power

Hakcipta Terpelihara © 2023 SyahrilHafiz.comยท Kembali ke Atas