• Utama
  • Biodata
  • Hubungi
    • Pengiklanan
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman
    • AMP Sitemap

SyahrilHafiz.com

Malaysian Blogger

  • SEO
  • WordPress
  • Info
  • Agro
  • Apple
  • Windows
    • Ubuntu
  • Google
  • Android
  • Perniagaan
  • GST

You are here: Home / Info / Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB

Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB

July 26, 2017 oleh Syahril Hafiz12 Comments

Hari ini baru saya berkesempatan ke Maybank di Pekan Nenas nak kemaskini ASB. Untuk pengetahuan anda, kini semakan ASB boleh dilakukan secara online. Amanah Saham Berhad ( ASB ) tidak lagi menggunakan buku akaun untuk pelaburan tambahan, keluarkan duit dari ASB atau kemaskini.

Jadi, kini buku pelaburan ASB anda tidak lagi digunakan untuk cetakan rekod transaksi dan baki pelaburan ASB terkini untuk disemak sebaliknya kalau anda pergi mana – mana cawangan atau ejen ASB terdekat, penyata dan laporan secara eletronik dicetak.

Sebenarnya, bagi saya ada pro dan con kemudahan seperti ini. Tak sampai 30 minit pun saya di Maybank nak dapatkan No Ahli 12 Digit baru dan kemaskini No Telefon untuk TAC.

“Pastikan sebelum nak guna perkhidmatan Semak ASB secara Online di MyASNB, sila dapatkan No Ahli 12 Digit dan Kemaskini No Tel untuk TAC”

Hanya perlu bawa IC, dan isi sedikit borang kemaskini ASB, thumbprint itu ini, selesai dan anda akan dapat maklumat yang diperlu sebelum isi dan daftar untuk ASB secara online.

Saya juga ada ringankan mulut bertanya kepada pegawai bank, kalau No Ahli Digit baru ini lupa macam mana nak bayar pelaburan tambahan atau keluarkan duit? Anda hanya perlu bawa IC dan diri saja. Mudah sekarang. Nak semak ASB online pun boleh, nak keluarkan duit pergi bank/cawangan ASB bawa IC jer… ๐Ÿ™‚

Selain ASB, yang menarik tentang All Access Portal MyASNB ini, anda juga boleh akses kepada semua produk unit ASNB seperti ASB, ASB 2, AS1M, ASW 2020, ASM, ASN, ASN2, ASN3 dan ASG.

Layari MyASNB https://www.myasnb.com.my/

Cara Semak & Daftar MyASNB

semak asb online

*Klik pada gambar untuk besarkan

1. Layari laman Portal MyASNB

2. Klik pada Daftar Portal MyASNB sekarang

semak asb online

3. Klik pada Teruskan jika anda sudah membaca langkah – langkah yang ditunjukkan.

semak asb online

4. Tick kotak Saya telah membaca dan Klik Setuju

semak asb online

5. Masukkan butiran peribadi anda seperti No Kad Pengenalan, No Ahli Baru, Produk ASB anda dan tarikh lahir.Kemudian klik pada Seterusnya.

semak asb online

6. Klik pada Permintaan TAC ( Kemaskini No Tel di cawangan / ejen ASB berdekatan ) dan kemudiannya masuk No Kod dan klik Seterusnya.

semak asb online

7. Masukkan maklumat peribadi unit seperti gambar diatas seperti Alamat, Bandar, Negeri, dan emel aktif anda yang terkini. Kemudian klik pada Seterusnya.

semak asb online

8. Masukkan username dan password anda untuk akses kepada Portal MyASNB untuk semak ASB online, soalan keselamatan dan klik pada Tamat.

9. Setelah selesai, sila semak emel anda untuk pengaktifan dan simpan password yang diberikan untuk Log In Kali Pertama.

10. Klik pada tab Log Masuk Kali Pertama dan masukkan username dan password anda. Pastikan dah masuk , sila tukar Password.

semak asb online

Kini dengan kemudahan online yang disediakan untuk semak ASB online semakin senang bukan? Anda boleh semak portfolio lain jika ada pelaburan yang lain, boleh semak transaksi dan semak penyata / baki ASB untuk dicetak.

Paling lasttt…jangan lupa Share artikel ini di Facebook atau Twitter anda, tak rugi air liur saya ringankan mulut dengan pegawai bank yang manis dan sediakan artikel bermanfaat ini bersama..hehehe ๐Ÿ™‚

Mari anak muda, jom melabur sebelum melebur!

Artikel Berkaitan:

Filed Under: InfoTagged With: Cara Semak Baki ASB, MyASNB, Pelaburan ASB, Semak ASB Online

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

About Syahril Hafiz

Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis


Comments

  1. Zack says

    June 13, 2018 at 1:36 am

    Saya mempunyai ASW2020 tetapi setelah mendaftar dan menggunakan MyASNB, portfolio saya hanya memaparkan pelaburan ASB. Bagaimanakah nak paparkan ASW2020 saya?

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      June 18, 2018 at 10:08 am

      Tuan boleh hubungi pihak ASB melalui emel untuk pertanyaan mengenai ASW2020

      myasnb@pnb.com.my

      Reply
  2. Alia says

    December 20, 2017 at 7:36 pm

    saya ada kemusykilan. saya masih menggunaka no ahli asb yang 9 digit tu untuk membuat transaksi on0 untuk simpanan asb saya. jika saya dapatkan no ahli yang terkini iaitu 12 angka untuk lihat penyata secara online, adakah transaksi yang saya buat sebelum ini menggunakan no ahli 9 digit itu masih ada? agak risau sebab dari bulan 6 saya buat on9 je simpanan saya menggunakan no ahli 9 digit itu.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      December 21, 2017 at 9:33 am

      untuk daftar di MyASNB perlukan 12 digit untuk pendaftaran. tiada masalah untuk transaksi kalau buat secara manual di kaunter atau online guna 9digit…

      Reply
  3. Aisyah says

    November 20, 2017 at 3:08 pm

    Salam.. saya tak pernah kemaskini acc asb selama 6 tahun.. no ahli asb pun masih 9 digit.. sebab masa buat asb ni tahun 2011.. tapi bila pergi bank.. orang bank cakap account saya tak wujud.. mcm mana ya tu?

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      November 22, 2017 at 10:33 am

      sebaiknya puan pergi cawangan ASB terus dengan membawa buku ASB. sebab bank sebagai ejen ASB. jadi boleh rujuk disini cawangan ASB berdekatan http://www.asnb.com.my/v3_/asnbv2_6contact.php#pejabatasnb

      Reply
  4. Reme Jeffrey Simon says

    November 6, 2017 at 1:50 pm

    Salam bro. Pertanyaan dari saya untuk kepastian. Kalau saya nak keluarkan duit tapi tak ingat no account asb, boleh ker ejen2 asb proceed withdrawal saya tu? Tanpa buku jugek. Thanks brother.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      November 9, 2017 at 3:56 pm

      Ya boleh tiada masalah..Bawa IC je untuk keluarkan ASB

      Reply
  5. Dila says

    August 25, 2017 at 8:17 am

    Saya doakan tuan punya akaun ASB beranak pinak banyak duit

    Reply
  6. lankapo says

    August 5, 2017 at 2:54 am

    tq bro atas detail penerangan. Senang nanti nak setup ASB online ni.
    Cuma nanti dekat bank, masa nak ambil nombor tu bgthu nak update akaun asb k?

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      August 7, 2017 at 3:34 pm

      penyata boleh print secara online.. kalau nak buat pelaburan tambahan tu boleh buat online jugak tp pengeluaran je kena gi bank

      Reply

Trackbacks

  1. Dividen ASB 2017 & Bonus ASN Kadar Pendapatan - says:
    November 26, 2017 at 2:01 pm

    […] mana- mana produk unit ASNB tidak lagi menggunakan buku. Jadi ambil kesempatan ini sekarang untuk daftar dan semak ASB secara online sekarang melalui portal rasmi […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

Tentang Penulis

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Syahril Hafiz. Follow saya di Media Sosial
SyahrilHafiz.com
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

Mesti Baca



Artikel Terbaru

  • 3 Tips Terbaik Membeli Di Shopee, Lazada & 11Street.my Jualan Murah
  • 5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online
  • 7 Pemasaran Instagram – Cara Buat Duit Online Letupkan Jualan Di Instagram!
  • DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil
  • Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
  • Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online
  • Susah Close Sale Bisnes Online? Ikut Langkah Simple Close Sale Guna WhatsApp
  • Cara Beli Barang Online Di Lazada Malaysia
  • Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan & Diet Harian
  • Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

RSS Resepi Menarik

  • Resepi Mee Goreng by RESEPIADIK
  • Resepi Cucur Labu Sedap
  • Resepi Kuih Sagu Kelapa Parut
  • Resepi Sotong Celup Tepung Bestari
  • Resepi Kek Basque Burnt Cheesecake

Pilih Arkib

Pilih Kategori

PRODUK UNTUK DIJUAL

Minyak Enjin Kereta Terbaik

Anak Pokok Limau Nipis

Anak Pokok Betik Sekaki

Susu Kambing Segar Dari Ladang

Susu Lembu Segar Dari Ladang

Chia Seed Murah & Organik

ANDA PERASAN BLOG INI LAJU?

Hosting yang disarankan adalah [1]. Rakan kerjasama Laman Rujukan Kerjaya & Minyak Enjin XRA Power

Hakcipta Terpelihara © 2023 SyahrilHafiz.comยท Kembali ke Atas