Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB

Hari ini baru saya berkesempatan ke Maybank di Pekan Nenas nak kemaskini ASB. Untuk pengetahuan anda, kini semakan ASB boleh dilakukan secara online. Amanah Saham Berhad ( ASB ) tidak lagi menggunakan buku akaun untuk pelaburan tambahan, keluarkan duit dari ASB atau kemaskini.

Jadi, kini buku pelaburan ASB anda tidak lagi digunakan untuk cetakan rekod transaksi dan baki pelaburan ASB terkini untuk disemak sebaliknya kalau anda pergi mana – mana cawangan atau ejen ASB terdekat, penyata dan laporan secara eletronik dicetak.

Sebenarnya, bagi saya ada pro dan con kemudahan seperti ini. Tak sampai 30 minit pun saya di Maybank nak dapatkan No Ahli 12 Digit baru dan kemaskini No Telefon untuk TAC.

“Pastikan sebelum nak guna perkhidmatan Semak ASB secara Online di MyASNB, sila dapatkan No Ahli 12 Digit dan Kemaskini No Tel untuk TAC”

Hanya perlu bawa IC, dan isi sedikit borang kemaskini ASB, thumbprint itu ini, selesai dan anda akan dapat maklumat yang diperlu sebelum isi dan daftar untuk ASB secara online.

Saya juga ada ringankan mulut bertanya kepada pegawai bank, kalau No Ahli Digit baru ini lupa macam mana nak bayar pelaburan tambahan atau keluarkan duit? Anda hanya perlu bawa IC dan diri saja. Mudah sekarang. Nak semak ASB online pun boleh, nak keluarkan duit pergi bank/cawangan ASB bawa IC jer… 🙂

Selain ASB, yang menarik tentang All Access Portal MyASNB ini, anda juga boleh akses kepada semua produk unit ASNB seperti ASB, ASB 2, AS1M, ASW 2020, ASM, ASN, ASN2, ASN3 dan ASG.

Layari MyASNB https://www.myasnb.com.my/

Cara Semak & Daftar MyASNB

*Klik pada gambar untuk besarkan

1. Layari laman Portal MyASNB

2. Klik pada Daftar Portal MyASNB sekarang

3. Klik pada Teruskan jika anda sudah membaca langkah – langkah yang ditunjukkan.

4. Tick kotak Saya telah membaca dan Klik Setuju

5. Masukkan butiran peribadi anda seperti No Kad Pengenalan, No Ahli Baru, Produk ASB anda dan tarikh lahir.Kemudian klik pada Seterusnya.

6. Klik pada Permintaan TAC ( Kemaskini No Tel di cawangan / ejen ASB berdekatan ) dan kemudiannya masuk No Kod dan klik Seterusnya.

7. Masukkan maklumat peribadi unit seperti gambar diatas seperti Alamat, Bandar, Negeri, dan emel aktif anda yang terkini. Kemudian klik pada Seterusnya.

8. Masukkan username dan password anda untuk akses kepada Portal MyASNB untuk semak ASB online, soalan keselamatan dan klik pada Tamat.

9. Setelah selesai, sila semak emel anda untuk pengaktifan dan simpan password yang diberikan untuk Log In Kali Pertama.

10. Klik pada tab Log Masuk Kali Pertama dan masukkan username dan password anda. Pastikan dah masuk , sila tukar Password.

Kini dengan kemudahan online yang disediakan untuk semak ASB online semakin senang bukan? Anda boleh semak portfolio lain jika ada pelaburan yang lain, boleh semak transaksi dan semak penyata / baki ASB untuk dicetak.

Paling lasttt…jangan lupa Share artikel ini di Facebook atau Twitter anda, tak rugi air liur saya ringankan mulut dengan pegawai bank yang manis dan sediakan artikel bermanfaat ini bersama..hehehe 🙂

Mari anak muda, jom melabur sebelum melebur!

" Syahril Hafiz : Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis."

Lihat Komen (11)

  • tq bro atas detail penerangan. Senang nanti nak setup ASB online ni.
    Cuma nanti dekat bank, masa nak ambil nombor tu bgthu nak update akaun asb k?

    • penyata boleh print secara online.. kalau nak buat pelaburan tambahan tu boleh buat online jugak tp pengeluaran je kena gi bank

  • Salam bro. Pertanyaan dari saya untuk kepastian. Kalau saya nak keluarkan duit tapi tak ingat no account asb, boleh ker ejen2 asb proceed withdrawal saya tu? Tanpa buku jugek. Thanks brother.

  • Salam.. saya tak pernah kemaskini acc asb selama 6 tahun.. no ahli asb pun masih 9 digit.. sebab masa buat asb ni tahun 2011.. tapi bila pergi bank.. orang bank cakap account saya tak wujud.. mcm mana ya tu?

  • saya ada kemusykilan. saya masih menggunaka no ahli asb yang 9 digit tu untuk membuat transaksi on0 untuk simpanan asb saya. jika saya dapatkan no ahli yang terkini iaitu 12 angka untuk lihat penyata secara online, adakah transaksi yang saya buat sebelum ini menggunakan no ahli 9 digit itu masih ada? agak risau sebab dari bulan 6 saya buat on9 je simpanan saya menggunakan no ahli 9 digit itu.

    • untuk daftar di MyASNB perlukan 12 digit untuk pendaftaran. tiada masalah untuk transaksi kalau buat secara manual di kaunter atau online guna 9digit...

  • Saya mempunyai ASW2020 tetapi setelah mendaftar dan menggunakan MyASNB, portfolio saya hanya memaparkan pelaburan ASB. Bagaimanakah nak paparkan ASW2020 saya?