• Utama
  • Biodata
  • Hubungi
    • Pengiklanan
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman
    • AMP Sitemap

SyahrilHafiz.com

Malaysian Blogger

  • SEO
  • WordPress
  • Info
  • Agro
  • Apple
  • Windows
    • Ubuntu
  • Google
  • Android
  • Perniagaan
  • GST

You are here: Home / Info / Ilmiah / Pengalaman Pertama Solat Sunat Istisqa ( Solat Minta Hujan )

Pengalaman Pertama Solat Sunat Istisqa ( Solat Minta Hujan )

March 15, 2014 oleh Syahril Hafiz15 Comments

Pengalaman pertama saya Solat Istisqa’ berjemaah memohon kepada Allah S.W.T menghujani kawasan Guar Chempedak/Gurun yang telah lama diuji dengan musibah kemarau panjang. Kemarau yang berpanjangan adalah ujian Allah kepada hambanya sejauh mana kita mampu sabar dengan dugaanNYA. Dan setiap dugaan dan cabaran ada penyelesaian jika umat melaksanakan tanggungjawab Amar Makruf Nahi Mungkar.

Solat Sunat Istisqa dilakukan bertujuan memohon kepada Allah S.W.T supaya menurunkan hujan di sesuatu kawasan kerana waktu kemarau yang panjang.

Hari Jumaat yang lepas sewaktu pengumuman masjid, AJK masjid umumkan untuk lakukan solat Istisqa’ ini, jadi secara tak langsung saya hari ini ( pagi Sabtu ) melibatkan diri untuk menunaikan kewajipan ini bersama. Mana tidaknya, jika sesesuatu tempat dipenuhi maksiat maka eloklah kita menasihati dan sama – sama melakukan kebaikan supaya dijauhi bala dan malapetaka.

Pagi ni, sampai di masjid pukul 9.00 pagi solat sunat Istisqa akan dilakukan, Tok Imam ada coleteh sikit bab adab Istisqa. Katanya semua penduduk setempat yang hendak menunaikan Solat Istisqa digalakkan berpuasa selama 3 hari, bersedekah dan bertaubat sebelum tarikh tertentu solat. Ini kami tak sempat nak buat sebab lambat bagitau, sepatutnya hari Khamis dah start berpuasa. 😀

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Tapi Tok Imam kata tak apa, dia teruskan dengan sedikit penerangan tentang Solat Sunat Istisqa iaitu tunaikan solat sunat di tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana tanpa wangi – wangian.

Cara Solat Sunat Istisqa

Anda boleh rujuk cara solat sunat Istisqa’ ( solat minta hujan ) di pautan ini, eKhutbah.

Segala penerangan niat, bacaan doa semua ada disitu.

Alhamdulillah selesai solat sunat Istisqa, pada sebelah petang kawasan tempat saya hujan. Tak lebat pun tapi sudah membasahi bumi pun dah cukup bersyukur dah tambah – tambah petani macam saya 😀 tanaman perlukan air sebanyak mungkin untuk membesar.

solat sunat istisqa, cara solat sunat istisqa, solat minta hujan, tujuan solat istisqa, adab solat istisqa, doa niat solat istisqa,   bacaan solat istisqa, sembahyang sunat istisqa, solat sunat istisqa mohon hujan

Projek Tanaman Peria

Kemarau yang panjang bajet yang besar perlu dikeluarkan untuk sistem pengairan dan  itu adalah satu cabaran/dugaan buat saya terus ingin explore dunia agro pertanian ini.

Kepada anda yang rasa dah lama tempat tinggal tak hujan tu, elok lah pakat beramai – ramai jemaah Solat Sunat Istisqa, bila – bila masa pun boleh pagi, petang dan malam asalkan tidak bukan waktu solat fardhu. Wahu’allam.

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Ilmiah, InfoTagged With: Solat Istisqa, Solat Minta Hujan

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

About Syahril Hafiz

Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis


Comments

  1. muliani says

    April 30, 2015 at 9:15 pm

    alhamdulillah..cuaca yg baik pula diiringi dgn solat sunat spt biasa 🙂

    Reply
  2. zik says

    March 30, 2014 at 10:27 pm

    alhamdulillah… orang muda memang liat sikit nak join..

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 31, 2014 at 1:38 pm

      setuju!

      Reply
  3. ohcikgu says

    March 25, 2014 at 12:35 am

    pernah gak dulu wat. sekali je.

    Reply
  4. Denaihati says

    March 18, 2014 at 9:48 am

    Syukur Alhamdulillah hujan dah mula turun dan jerebu pun dah hampir tiada.

    Reply
  5. azam rashid says

    March 17, 2014 at 11:33 pm

    Alhamdulillah hujan turun juga

    Reply
  6. shah says

    March 17, 2014 at 10:52 am

    Alhamdulillah, pagi-pagi dah hujan, kurang sikit jerebu dan panas. lepas ni kita doa lagi untuk MH370

    Reply
  7. ANIRAH AZURI says

    March 17, 2014 at 12:58 am

    Alhamdulillah.. Berkat doa umat Islam..
    Terengganu sekarang pun dah hujan 2hari berturut2..
    Moga berterusan lah..
    Menyejukkan bumi yang kering.. 🙂

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 21, 2014 at 9:42 pm

      Sini pun hujan sibaq( lalu ) je, bila nak lencun tak tau.

      Reply
  8. profhariz says

    March 16, 2014 at 8:12 pm

    MashaAllah. Pasti hebat kan bro 🙂

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 21, 2014 at 9:41 pm

      Allah, tapi yang sedih orang muda tak dak langsung! 🙁

      Reply
  9. cikgu naman says

    March 15, 2014 at 9:11 pm

    Alhamdulillah..hari ni banyak tempat sudah turun hujan

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 15, 2014 at 9:14 pm

      oh ya ka cikgu.? Alhamdulillah…

      Reply
    • Abdur says

      March 31, 2014 at 12:08 am

      Ya,kat sinipun dah ada hujan.

      Reply
      • Syahril Hafiz says

        March 31, 2014 at 1:38 pm

        Rasa semua tempat dah masuk hujan. Alhamdulillah

        Reply

Leave a Reply to ohcikgu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

Tentang Penulis

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Syahril Hafiz. Follow saya di Media Sosial
SyahrilHafiz.com
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

Mesti Baca



Artikel Terbaru

  • 3 Tips Terbaik Membeli Di Shopee, Lazada & 11Street.my Jualan Murah
  • 5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online
  • 7 Pemasaran Instagram – Cara Buat Duit Online Letupkan Jualan Di Instagram!
  • DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil
  • Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
  • Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online
  • Susah Close Sale Bisnes Online? Ikut Langkah Simple Close Sale Guna WhatsApp
  • Cara Beli Barang Online Di Lazada Malaysia
  • Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan & Diet Harian
  • Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

RSS Resepi Menarik

  • Resepi Sotong Celup Tepung Bestari
  • Resepi Kek Basque Burnt Cheesecake
  • Resepi Kek Coklat Indulgence
  • ♥️Resepi Cucur Udang
  • ♥️ Resepi Kek Pisang Sedap

Pilih Arkib

Pilih Kategori

PRODUK UNTUK DIJUAL

Minyak Enjin Kereta Terbaik

Anak Pokok Limau Nipis

Anak Pokok Betik Sekaki

Susu Kambing Segar Dari Ladang

Susu Lembu Segar Dari Ladang

Chia Seed Murah & Organik

ANDA PERASAN BLOG INI LAJU?

Hosting yang disarankan adalah [1]. Rakan kerjasama Laman Rujukan Kerjaya & Minyak Enjin XRA Power

Hakcipta Terpelihara © 2019 SyahrilHafiz.com· Kembali ke Atas