• Utama
  • Biodata
  • Hubungi
    • Pengiklanan
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman
    • AMP Sitemap

SyahrilHafiz.com

Malaysian Blogger

  • SEO
  • WordPress
  • Info
  • Agro
  • Apple
  • Windows
    • Ubuntu
  • Google
  • Android
  • Perniagaan
  • GST

You are here: Home / Agro / Susu Kambing Segar Untuk Dijual. Boleh Dapatkan Sekarang Di Kedai Berdekatan Anda!

Susu Kambing Segar Untuk Dijual. Boleh Dapatkan Sekarang Di Kedai Berdekatan Anda!

December 4, 2014 oleh Syahril Hafiz7 Comments

Baguslah semakin ramai mengambil tahu akan Khasiat Susu Kambing Segar ni berbanding mengamalkan pengambilan susu formula. Kebanyakkan dari pelanggan mengambil susu kambing segar ini untuk diberi minum kepada bayi mereka, jadikan minuman sunnah seharian bersama keluarga dan berniaga di kawasan sekitar sendiri pada harga yang amat berpatutan.

[box type=”info”] Tahukah anda minum susu kambing segar setiap hari yang saya dapat dari info testimonial menyatakan minum susu kambing boleh hilangkan mengantuk & lesu! [/box]

Rata ratanya daripada anda jika nak ambil dalam kuantiti yang sedikit dalam sebotol dua untuk percubaan ( tester ) diberikan minum kepada anak ( bayi ), anda boleh ke pasaraya atau kedai runcit terpilih antaranya seperti berikut ;

1) Pasaraya Istafa Alor Star
2) Kedai Kota M Enterprise ( TUKAR ) di Kota Sarang Semut

*Sila klik link diatas untuk peta talian seperti Waze atau Google Maps lokasi tempat tersebut.

 

PENGHANTARAN TIDAK DISEDIAKAN.

Kalau anda berada di Pulau Pinang atau Perlis untuk dapatkan susu kambing segar ini pada kadar segera, boleh dapatkan di kedai – kedai seperti yang dinyatakan diatas.

Kalau Saya Order Banyak Susu Kambing Segar Ni, Boleh Tahan Lama Ker?

Anggaran jangka hayat susu kambing segar mampu bertahan selama 3- 6 bulan jika simpan dalam keadaan suhu sejukbeku ( freeze ). Ada deepfreezer lagi bagus sebab tiada cross contamination ( pencemaran silang ) diantara produk susu kambing segar dan bahan mentah/basah.

Susu Kambing Segar Panas Kan, Sesuai Ke Untuk Bayi, Sukatan Macam Mana ?

Untuk bayi bawah 1 tahun, perlu campur dengan air kosong dengan nisbah 1:1. Contoh 50 ml susu kambing segar + 50 ml air kosong. Sebaiknya bagi anak anda minum tu susu tersebut suam. Elak minum susu kambing segar semata mata bimbang kandungan mineral yang tinggi tak sesuai pada buah pinggang bayi yang belum matang sepenuhnya.

[box type=”alert”]Untuk bayi bawah 1 tahun, pengambilan susu kambing segar boleh diambil HANYA ATAS SARANAN DOKTOR. Bayi yang bermasalah dari segi kesihatan seperti demam kuning atau sebagainya sila rujuk pakar/doktor terlebih dahulu. Nak lebih khasiat untuk anak anda, ibu yang menyusukan bayi perlu minum lebih susu kambing ini, dan yakinlah SUSU IBU paling terbaik! [/box]

Untuk pengetahuan anda lagi, mengapa setelah kita minum susu kambing segar badan kita berasa panas. Ini kerana struktur kimia yang terdapat dalam susu kambing tersebut lebih mudah hadam berbanding susu lembu. Itu yang bagusnya sebab kadar metabolisme ( percernaan ) badan yang tinggi menyebabkan badan rasa panas dan jumlah kalori yang terbakar dapat dikurangkan!

So anda cepat kurus! Nanti saya kemaskini artikel lain apa kelebihan mengamalkan susu kambing segar ini untuk health fitness 🙂 . Atau anda sendiri boleh dapatkan segera ebook ( klik ) berkenaan sebelum saya terperinci dengan lebih lanjut.

Saya Nak Susu Kambing Segar. Macam Mana Nak Order!

A photo posted by Syahril Hafiz .com (@syahrilhafiz) on May 1, 2015 at 1:21am PDT

Harga jualan RM 9.00/botol ( 500 ml )

Artikel Berkaitan:

Filed Under: AgroTagged With: Formula Kurus, Khasiat Susu, Panduan Beli Susu, Susu Kambing, Susu Kambing Segar

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

About Syahril Hafiz

Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis


Comments

  1. Nurul Fazreen Othman says

    December 23, 2014 at 10:49 am

    lama dah xminum susu kambing…sedapnya

    Reply
  2. titan says

    December 6, 2014 at 8:20 pm

    wahh..9 ringgit. kira murah gak tu.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      December 7, 2014 at 10:51 am

      murah dah ni. yang penting susu berkualiti 🙂

      Reply
  3. Kakiblog says

    December 5, 2014 at 9:19 pm

    susu kambing lebih bagus dari susu lembu..itu saya setuju

    Reply
  4. akubiomed says

    December 5, 2014 at 12:21 am

    Nasib baik ada disclaimer untuk bayi ada masalah kuning tidak sesuai minum susu kambing.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      December 5, 2014 at 11:13 am

      Yang tu kena rujuk doktor pakar terlebih dulu takut kandungan nutrien yang tinggi kat susu kambing segar bayi tak boleh digest dengan baik..

      Reply
      • Kakiblog says

        December 6, 2014 at 1:02 am

        pernah juga dengar tentang isu ini..dulu

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

Tentang Penulis

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Syahril Hafiz. Follow saya di Media Sosial
SyahrilHafiz.com
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

Mesti Baca



Artikel Terbaru

  • 5 Produk Terbaik Hilangkan Stretch Mark
  • 7 Barang Bayi Terbaik Jenama Cute & Care dari Lotus’s
  • ‘Checklist’ Barang Bersalin Ibu dan Baby ke Hospital. Wajib Bawa!
  • 3 Tips Terbaik Membeli Di Shopee, Lazada & 11Street.my Jualan Murah
  • 5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online
  • 7 Pemasaran Instagram – Cara Buat Duit Online Letupkan Jualan Di Instagram!
  • DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil
  • Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
  • Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online
  • Susah Close Sale Bisnes Online? Ikut Langkah Simple Close Sale Guna WhatsApp

RSS Resepi Menarik

  • Resepi Mee Goreng by RESEPIADIK
  • Resepi Cucur Labu Sedap
  • Resepi Kuih Sagu Kelapa Parut
  • Resepi Sotong Celup Tepung Bestari
  • Resepi Kek Basque Burnt Cheesecake

Pilih Arkib

Pilih Kategori

PRODUK UNTUK DIJUAL

Minyak Enjin Kereta Terbaik

Anak Pokok Limau Nipis

Anak Pokok Betik Sekaki

Susu Kambing Segar Dari Ladang

Susu Lembu Segar Dari Ladang

Chia Seed Murah & Organik

ANDA PERASAN BLOG INI LAJU?

Hosting yang disarankan adalah [1]. Rakan kerjasama Laman Rujukan Kerjaya & Minyak Enjin XRA Power

Hakcipta Terpelihara © 2023 SyahrilHafiz.com· Kembali ke Atas