Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2014 kepada para pembaca SyahrilHafiz.com. Tahun 2013 bakal meninggalkan kita beberapa detik lagi. Pahit manis 2013 tinggalkan sebagai kenangan. Seperti yang kita sendiri ketahui atau sedia maklum dengan media massa, 2014 tahun paling mencabar dan kos sara hidup semakin tinggi. Banyak kemungkinan mungkin terjadi sepanjang tahun 2014 seperti tahap kesihatan masyarakat, ekonomi dan keperluan asas?
Tapi apa yang boleh buat. #Turun ? #Guling ? NO KOMEN. Sesaat sangat bermakna bagi mereka yang ingin berjaya dalam hidup. Kalau macam tu, anda boleh sangka apa yang terjadi, bro Ariff Shah ada pandangannya tersendiri. Untuk semangat tahun 2014, saya cadangkan kepada anda sendiri membaca buku Who Moved My Cheese? Buku ni kalau nak diikutkan sangat kena dengan keadaan sekarang. Kisah yang lucu dan keju itu sendiri digunakan sebagai metafora bagi apa yang kita mahukan dalam kehidupan sama ada berkaitan dengan kerja, wang, kesihatan dan ketenangan fikiran.
Buku yang dikarang oleh Dr Spencer Johnson sedikit sebanyak buka minda saya, adaptasi dengan perubahan secepatnya dan terus berubah tanpa henti. Mungkin itu susah dan ambil masa. Terpulang pada individu sama ada mahu jadi Hem atau Haw.
Untuk tahun 2014 ini, saya akan lebih fokus kepada pertanian yang diusahakan sekarang. InsyaAllah kalau ada rezeki akan mempelbagaikan, akan cuba luaskan lagi ilmu dalam bidang pertanian walaupun sekarang ni pun nilai hartanah sangat tinggi, dan perlukan masa dan semoga dipermudahkan. Banyak projek tanaman yang ingin diusahakan tapi tanah tak ada, mahal sangat! ๐ . Dan kedua gajet idaman 2014 – Macbook Air ๐ , mula jatuh cinta dengan produk Apple disebabkan prestasinya bukan harganya selepas berjaya miliki Apple iPad Mini. Sangat berbeza pengalaman tu sebagai techgeek.. ehehe
Sepanjang 2013 penglibatan dalam dunia blogging 0%, hanya mampu baca dan baca. Untuk tahun 2014 ini, berazam kekal rentak yang sama, seperti akan terus menulis tutorial, tips dan juga info semasa tapi bergerak laju dalam arus dunia blogging. Nak juga award! sebagai BEST PERSONAL BLOG ๐
Jadi bagi anda? Tahun 2014…
——————————-
Instagram : Syahril Hafiz
Twitter : @caenz
Selamat menulis untuk tahun 2014. ๐
ok. akan cuba sebaik mungkin *kalau idea dan rajin mai sekali ๐
salam kenal, pertama kali mungkin datang sini.. fuh blog dia ni lawa ๐
salam kenal. terima kasih berkunjung ๐
Selamat Tahun Baru 2014 ….
Semoga di tahun ini kita lebih sukses dalam berblogging ๐
selamat tahun baru Rina ๐
haa..rajin-rajinlah menulis yekkk…
tak rajin macam dia. rajin BW, komen. salute sama bro!
Selamat tahun baru bro. Setahun tinggal dunia blog tu. hehe. Harap lebih bergaya tahun ni.
tiap tiap hari bergaya.. wahaha
Selamat Tahun Baru Bro ๐
semoga tahun bari 2014 bro lebih berjaya ..
selamat tahun baru juga ๐